wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ETIKA & PERADABAN BAB 7

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan PALING TEPAT tentang perlembagaan

a)

merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara bagi membolehkan sesebuah kerajaan memerintah dengan lebih licin

b)

dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas dan dasar yang akan menentukan arah politik sesebuah negara.

c)

mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal perhubungan antara autoriti awam dan rakyat.

d)

perlembagaan persekutuan mengandungi 193 Perkara/Artikel

2.

Antara peranan kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah

a)

mewujudkan pemerintahan yang adil

b)

membahagikan kuasa kepada pemerintah dan rakyat

c)

sumber rujukan undang-undang

d)

untuk menjaga kedaulatan negara

3.

Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

a)

Malaysia sebuah Persekutuan

b)

Agama Islam agama rasmi

c)

Malaysia pernah dijajah

d)

Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

4.

Perkara 152 perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

a)

Bahasa Melayu bahasa rasmi negara

b)

Kepentingan bahasa Melayu

c)

Bahasa melayu bahasa orang melayu

d)

Orang bukan melayu juga boleh menggunakan bahasa melayu

5.

Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan dibawah

a)

Akta Keselamatan dalam negeri

b)

Akta hasutan 1984

c)

Akta dadah berbahaya

d)

Akta jenayah

6.

Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut kecuali

a)

Melucutkan sendiri kewarganegaraannya

b)

menderhaka kepada raja dan negara

c)

bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan pejabat konsul Kerajaan.

d)

Dibuang daerah

7.

Pengenalan Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara adalah contoh-contoh tapak intergrasi peringkat

a)

Makro

b)

Meso

c)

Mikro

d)

Bawah ke atas

8.

Berikut merupakan ciri-ciri umum negara Persekutuan KECUALI :

a)

Berkongsi kedaulatan

b)

Mempunyai perlembagaan bertulis

c)

Layanan samarata antara negeri-negeri

d)

Undang-udang berasingan

9.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai kebebasan asasi di Malaysia

a)

Fakhrul dimasukkan kedalam penjara dan semasa dalam penjara dia diarahkan melakukan kerja-kerja pertukangan dan membaiki alat-alat jentera di penjara

b)

Salmah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Guru Besar di sekolahnya

c)

Malaysia membenarkan sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan LGBT

d)

Sebagai rakyat Malaysia Ahmad bebas bergerak ke mana-mana sahaja dalam Persekutuan.

10.

Encik Robert seorang warga Amerika telah mendapat kewarganegaraan Malaysia 4 tahun lepas. Dalam hal ini, Encik Robert telah memperolehi kewarganegaraan secara

a)

Kuatkuasa Undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Naturalisasi

d)

Percantuman Wilayah

11.

Manakah diantara berikut BUKAN merupakan peristiwa yang berlaku dalam proses penggubalan perlembagaan Tanah Melayu 1946

a)

Malayan Union 1946

b)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Reid

12.

Berikut merupakan peranan Perlembagaan kepada sesebuah negara KECUALI

a)

Menjamin keamanan negara

b)

menjamin riwayat negara bangsa

c)

Alat untuk mengukur kemajuan negara

d)

Panduan kepada pemerintah dan rakyat

13.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 digubal oleh

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya cobbold

c)

Lord Reid

d)

Lord Cobbold

14.

Pilih kenyataan yang SALAH mengenai tapak intergrasi

a)

wujud diperingkat makro,meso dan mikro

b)

sukan rakyat adalah contoh tapak intergrasi peringkat makro

c)

sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan

d)

Perlembagaan Perekutuan adalah tapak intergrasi utama pemerintahan dan pentadbiran negara

15.

Manakah antara berikut BUKAN contoh tapak Intergrasi ?

a)

Rukun Negara

b)

Wawasan 2020

c)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Pasar Tani

16.

Perkara-perkara seperti agama islam, bahasa melayu, monarki dan hak istimewa orang melayu dan bumiputera dikenali sebagai

a)

Elemen Warisan

b)

Warisan Negara

c)

Perkara penting dalam perlembagaan

d)

Kuasa kerajaan negara

17.

Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan dipelihara.

a)

Dasar keselamatan negara

b)

Dasar Wawasan negara

c)

dasar luar negara

d)

dasar pecah dan perintah

18.

Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab berikut KECUALI

a)

Agama

b)

Kaum

c)

Keturunan

d)

Tempat Bermusafir

19.

Pilih kenyataan yang SALAH

a)

Malaysia membenarkan kebebasan beragama kepada semua rakyatnya

b)

agama islam adalah terletak di bawah kuasa negeri

c)

Islam mempunyai sejarah yang panjang dengan tamadun melayu, ia adalah warisan dan budaya melayu

d)

Perundangan dengan pelaksanaan pentadbiran adalah berdasarkan Perlembagaan

20.

Ketiga-tiga badan pentadbiran kerajaan seperti Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif adalah tertahluk kepada

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Yang Di Pertuan Agong

c)

Sultan

d)

Kbinat