Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH TAHUN 4 SKMS (1)

Total questions: 54

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sumber kedua kecuali...

a)

Artifak

b)

Buku

c)

Majalah

d)

Surat Khabar

2.

Apakah pengertian sejarah?

a)

Peristiwa yang akan berlaku.

b)

Berkaitan asal usul seseorang.

c)

Hasil-hasil kajian sejarawan yang lepas.

d)

Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu.

3.

Keluarga asas terdiri daripada___________

a)

Ibu, bapa dan anak-anak

b)

Nenek, Ibu, bapa dan anak-anak

c)

Datuk, nenek dan Ibu bapa

d)

Anak-anak dan datuk nenek

4.

Keluarga yang terdiri daripada nenek, datuk, ibu, bapa dan anak-anak dipanggil..

a)

Keluarga asas

b)

Keluarga besar

c)

Keluarga kembangan

d)

Keluarga berkembang

5.

__________ dan _________ merupakan identiti sesebuah sekolah.

a)

Lencana dan bendera

b)

Bendera dan guru

c)

Guru dan visi sekolah

d)

Bangunan dan lencana

6.

Ketua organisasi sesebuah sekolah ialah .............................

a)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

b)

Guru Besar

c)

Guru Penolong Kanan Kurikulum

d)

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

7.

Apakah maklumat yang perlu ada dalam alamat rumah?

a)

nombor telefon

b)

nama ibu

c)

poskod

d)

warna rumah

8.

Buku, __________ dan akhbar merupakan sumber kedua

a)

fosil

b)

lukisan

c)

majalah

d)

manuskrip

9.

Mengapakah setiap orang perlu mempunyai keluarga sendiri?

a)

Dapat mengembangkan keturunan keluarga.

b)

Mengikut adat dan budaya masyarakat tempatan.

c)

Mewujudkan suasana meriah ketika sambutan perayaan.

d)

Mewujudkan rasa bangga kerana mempunyai keluarga besar.

10.

Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal ?

a)

Mengharapkan pujian daripada orang lain.

b)

Menjamin kesihatan dan keselesaan hidup.

c)

Memenangi pertandingan yang dianjurkan.

d)

Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut.

11.

Apakah peranan anda sebagai seorang anak?

a)

Menonton TV dan bermain

b)

Membantu ibu bapa mengemas rumah

c)

Bekerja untuk menyara keluarga

d)

Bergaduh dengan adik beradik

12.

Berikut merupakan tokoh-tokoh sejarawan kecuali

a)

Herodotus

b)

Professor Dr. Khoo Kay Kim

c)

Doktor Muhammad Yusuf Ibrahim

d)

Professor Amira Ahmad

13.

Apakah nama haiwan dalam gambar tersebut ?

a)

Sloth

b)

Gajah

c)

Mamot

d)

Harimau bertaring lengkung

14.

Mengapakah berlakunya pencairan air batu?

a)

A) Pembebasan gas oksigen.

b)
B) Paras air laut meningkat
c)
C) Tarikan magnet bumi yang amat kuat
d)

D) Peningkatan suhu bumi

15.

Berikut ialah haiwan pada Epok Pleistosen kecuali...

a)

Sloth

b)

Mamot

c)

Zirafah

d)

Harimau bertaring lengkung

16.

__________ ialah kejadian bongkah air batu yang besar bergerak perlahan-lahan dan mencair ke permukaan bumi

a)

Pengglasieran

b)

Paleolitik

c)

Penyejukan

d)

Pendidihan

17.

Suhu dunia meningkat pada Zaman Air Batu Akhir.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Peningkatan suhu telah membawa perubahan kepada bentuk muka bumi.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Peningkatan suhu dunia tidak menjejaskan aliran air sungai.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Akibat perubahan suhu, haiwan seperti mamot dan haiwan bertaring lengkung telah pupus.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Akibat peningkatan suhu bumi, manusia bergerak mencari petempatan baru di kawasan yang lebih sejuk.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Mengapakah kita perlu menjaga kelestarian alam sekitar ?

a)

Kegunaan pembalakan haram.

b)

Dijual pada masa akan datang.

c)

Kepentingan untuk generasi akan datang.

d)

Dijadikan tapak perumahan.

23.
Apakah yang akan berlaku sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik?
a)
A) Saya semakin sayang dan bangga dengan pencapaian sekolah
b)
B) Pencemaran bumi akan berlaku dari segi pencemaran air, udara dan bunyi.
c)
C) Saya tidak akan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
d)
D) Harga kereta akan semakin mahal
24.

Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir terhadap Asia Tenggara?

a)

Asia Tenggara terhakis

b)

Manusia dan haiwan duduk setempat

c)

Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda

d)

TIada hidupan

25.

Hang Tuah dan sahabatnya mahir dalam ilmu _______________ dan menjadikan mereka pahlawan yang hebat.

a)

Persilatan

b)

Penulisan

c)

Memanah

d)

Mengira

26.

Siapakah empat sahabat karib Hang Tuah yang menjadi hulubalang serta membantu Hang Tuah dalam segala urusan sebagai laksamana?

a)

Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekas dan Hang Lekit.

b)

Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Deki dan Hang Kasturi.

c)

Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Suri.

d)

Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

27.

Siapakah nama bapa Hang Tuah?

a)

Hang Mahmud

b)

Hang Malakat

c)

Hang Muhammad

28.

Hang Tuah berasal dari Kampung

a)

Sungai Tedong

b)

Sungai Duyung

c)

Sungai MUar

d)

Sungai Tuang

29.

Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya mengikat jamung di sepanjang pantai Melaka?

a)

Mengelirukan askar Siam yang tiba di waktu malam.

b)

Mengalu-alukan kedatangan askar Siam

c)

Mengaku kalah kepada musuh.

30.

  “Parameswara mengetahui potensi Melaka dan telah memajukan Melaka menjadi  sebuah pusat perdagangan antarabangsa”.

Apakah keistimewaan yang ada pada Parameswara dalam situasi ini?

a)

Amanah

b)

Bijaksana

c)

Tidak berputus asa

d)

Bertanggungjawab

31.

Siapakah Laksamana yang terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Hang Tuah

b)

Tun Perak

c)

Parameswara

d)

Raja Muhammad

32.

Yang manakah bukan kualiti diri Hang Tuah ?

a)

berani

b)

taat setia

c)

bertanggungjawab

d)

berkemahiran dalam bidang seni

33.

Antara berikut, yang manakah peranan Hang Tuah ?

i) Pengawal Sultan

ii) Ketua Angkatan Tentera

iii) Menjamin keselamatan pedagang

iv) ketua pembesar

a)

i, ii, iii

b)

i, ii, iv

c)

ii, iii, iv

d)

i, iii, iv

34.

Dalam struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka, siapakah yang menjadi pemerintah tertinggi?

a)

Sultan

b)

Pembesar

c)

Rakyat

d)

Hamba

35.

Kerajaan Melayu Awal telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan dua kuasa besar iaitu

a)

Siam dan China

b)

China dan India

c)

Arab dan India

36.

Apakah barang dagangan Kerajaan Melayu Awal?

a)

Rempah ratus

b)

Tembikar

c)

Sutera

37.

Apakah barangan yang ditawarkan oleh kerajaan China semasa perdagangan dengan Kerajaan Melayu Awal?

a)

Senapang

b)

Rempah Ratus

c)

Sutera

38.

Apakah kerajaan yang muncul pada abad pertama?

a)

Funan

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Majapahit

39.

Lokasi Kerajaan Melayu Awal, Kedah Tua ialah di _________

a)

Lembah Bujang

b)

Sungai Petani

c)

Alor Setar

40.

Mengapakah hubungan diplomatik antara kuasa besar dengan Kerajaan Melayu Awal dilakukan?

a)

Untuk berperang

b)

Menjamin keselamatan

c)

Bagi menakluk negara lain

41.

 Kerajaan Melayu Awal ini wujud pada abad kelima. Pusat kerajaannya terletak di  Lembah Bujang. Apakah Kerajaan Melayu Awal yang dimaksudkan itu?

a)

 Chih-Tu.

b)

 Kerajaan Kedah Tua.

c)

 Santubong.

d)

 Temasik.

42.

Apakah barangan dagangan oleh Kerajaan Melayu awal kepada kerajaan China dan India?

a)

Rempah ratus.

b)

Sutera

c)

Tembikar

d)

Batu permata.

43.

Apakah Kerajaan Melayu Awal pada Abad Pertama ?

a)

Mataram

b)

Funan

c)

Beruas

d)

Kedah Tua

44.

Masyarakat Kerajaan Melayu Awal yang terletak di lembah sungai menjalankan kegiatan pertanian kerana tanahnya yang subur. Apakah tanaman yang diusahakan oleh mereka ?

a)

kelapa sawit

b)

padi

c)

pisang

d)

lada hitam

45.
Apakah maksud Zaman Prasejarah?
a)

Zaman manusia hidup dalam kesejukan.

b)

Zaman manusia berperang.

c)

Zaman manusia menggunakan teknologi moden.

d)

Zaman manusia belum mengenal tulisan

46.
Apakah yang berlaku apabila manusia mula menternak binatang dan bercucuk tanam dalam kehidupan mereka?
a)
Wujud kawasan petempatan kekal
b)
Hidup berpindah randah
c)
Wujud amalan ritual
47.
Zaman prasejarah terbahagi kepada beberapa zaman iaitu___________
a)
zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam
b)
zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Gangsa
c)
zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Besi
d)
zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Air Batu
48.

____________ dan _____________ merupakan kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik.

a)

Menangkap ikan..mengutip hasil hutan

b)

Menjalankan aktiviti perdagangan..bertukar barang

c)

Belayar..menternak haiwan

d)

Memburu haiwan..mengutip hasil hutan

49.

Apakah tujuan manusia Zaman Paleolitik menghidupkan api?

a)

Menerangi kawasan tempat tinggal

b)

Perlindungan daripada binatang buas

c)

Memanaskan lauk

50.

Prasejarah ialah zaman manusia belum mengenal tulisan.

a)

Ya

b)

Tidak

51.

Kita perlu menghargai tinggalan sejarah kerana dapat mengenal kebudayaan dari masa ke masa sebagai peradaban manusia.

a)

Ya

b)

Tidak

52.

Berikut merupakan alatan Zaman Prasejarah kecuali...

a)

b)

c)

d)

53.

Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?

a)

I. Boleh bercucuk tanam

b)

II. Membekalkan sumber air

c)

III. Selamat daripada binatang buas

d)

IV. Melindungi daripada cuaca buruk

54.

Bagaimanakah perubahan teknologi membantu kehidupan manusia ?

a)

Kerja yang dilakukan menjadi lambat.

b)

Hasil yang diperolehi menjadi sedikit.

c)

Memerlukan tenaga kerja yang ramai.

d)

Kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.