Font size
WorksheetsBAB 1: MEKATRONIK
Total questions: 27
Worksheet time: 54mins
Apakah definisi mekatronik?
Pengaturcaraan komputer untuk menggerakkan peralatan elektronik
Gabungan sistem mekanikal dan elektronik untuk menghasilkan produk
Aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal produk
Reka bentuk produk atau sistem yang mengintegrasikan disiplin elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini
Apakah maksud reka bentuk mekatronik?
Sistem yang mengintegrasikan disiplin mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini
Sistem yang mengintegrasikan disiplin elektronik, mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini
Sistem yang menggunakan satu proses kawalan atau memindahkan tenaga melalui pergerakan mekanikal seperti tuas, mesin, atau enjin
Sistem yang mengintegrasikan disiplin elektronik, elektrik, mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini
Antara berikut, apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat?
I Menjaga keselamatan negara
II Mempertingkatkan pendapatan negara
III Menaikkan import dan eksport Malaysia
IVMenaik taraf pendapatan pekerja dan modal insan
II dan IV
II dan III
I dan IV
I dan III
Gambar berikut merupakan peranti yang digunakan dalam sistem kawalan dan pengaturcaraan. Apakah fungsi peranti ini?
Sebagai bekalan kuasa
Untuk melaksanakan operasi sistem
Untuk menukar sumber gerakan kepada bentuk lain
Untuk menerima dan memproses isyarat dan kemudian menjana isyarat untuk pelaksanaan
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan sistem mekanikal?
Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau arus bergantian sebagai sumber kuasa
Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam litar untuk melaksanakan operasi sistem
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai pemancar untuk memindahkan sumber gerakan kepada bentuk lain
Kaedah kawalan yang digunakan untuk mengurus, mengarahkan, atau mengawal tindakan untuk memastikan fungsi reka bentuk mekatronik berjalan secara automatik dan sempurna
Antara yang berikut, apakah fungsi sistem mekanikal untuk mesin basuh automatik?
Untuk menerima dan menukar isyarat input
Untuk menghasilkan putaran pada dram semasa mencuci pakaian
Untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor
Untuk mengurangkan dan meningkatkan kelajuan serta menambah tork
Gambar berikut menunjukkan sebahagian daripada mesin basuh automatik. Apakah fungsi bahagian ini?
Untuk menghasilkan putaran pada dram
Untuk memprogram fungsi mesin
Untuk membekalkan tenaga elektrik kepada mesin basuh
Digunakan oleh pengguna untuk memberikan arahan
Gambar berikut menunjukkan sebuah penderia gerakan yang digunakan oleh pintu gelangsar automatik.
Apakah fungsi peranti ini?
Menerima isyarat input
Mengawal pergerakan pintu gelangsar automatik
Mengesan sebarang pergerakan di hadapan pintu gelangsar automatik
Memastikan arus sentiasa mengalir dalam pintu gelangsar automatik
Apakah fungsi penderia dalam mesin basuh automatik?
Memacu motor AU
Memastikan arahan pengguna yang dipilih dilaksanakan
Memberi isyarat input apabila dram penuh dengan air
Membenarkan mesin basuh mempunyai pelbagai fungsi secara serentak
Apakah jenis lakaran yang disediakan untuk pembangunan idea kereta kawalan jauh yang diubah suai?
Lakaran doodle
Lakaran penerokaan
Lakaran persembahan
Lakaran 3D bermaklumat
Apakah kaedah pengujian yang digunakan untuk menilai fungsi produk mekatronik?
Ujian kestabilan
Ujian parameter
Ujian ketahanan
Ujian kekemasan
Apakah tujuan penilaian kefungsian terhadap reka bentuk produk yang telah diubah suai?
Untuk mendapatkan hak cipta bagi produk tersebut
Untuk mengurangkan persaingan terhadap produk tersebut
Untuk membolehkan produk yang diubah suai dijual pada harga yang tinggi
Untuk memastikan penambahbaikan pada produk memenuhi objektif yang ditetapkan
Pilih aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan ketika menilai fungsi reka bentuk produk yang diubah.
I Keupayaan produk
II Nilai estetika
IIIKeselamatan
I dan II
I dan III
II dan III
I,II dan III
Gambar berikut menunjukkan suatu simbol pada gambar rajah blok.
Apakah fungsi simbol yang ditunjukkan?
Menunjukkan aliran semasa
Menunjukkan urutan blok
Menunjukkan label komponen
Menunjukkan pergerakan komponen
Gambar berikut menunjukkan sebahagian langkah proses
penambahbaikan pada kereta kawalan jauh.
Apakah X?
Pilih bahan
Membuat kemasan
Bina dan pasang
Kenal pasti kelemahan
Gambar berikut menunjukkan komponen dalam satu sistem produk mekatronik.
Apakah sistem tersebut?
Sistem elektrik
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Antara berikut, apakah aspek yang diambil kira dalam sistem elektrik sebuah produk mekatronik?
I Kedudukan peranti dalam litar
II Harga litar
III Saiz litar
IV Sambungan litar
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, elemen manakah yang terdapat pada produk mekatronik?
I Sistem elektrik
II Sistem elektronik
III Sistem mekanikal
IV Sistem kawalan dan pengaturcaraan
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Gambar berikut menunjukkan suatu produk mekatronik.
Apakah sistem yang membolehkan produk bergerak dalam cara berputar?
Sistem elektrik
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Gambar berikut menunjukkan dua contoh produk mekatronik.
Apakah persamaan antara dua produk mekatronik dari segi sistem elektrik?
Menggunakan motor AT untuk bergerak
Menggunakan motor AU untuk bergerak
Menggunakan bateri untuk membekalkan kuasa
Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber kuasa
Gambar berikut menunjukkan gambar rajah blok bagi produk mekatronik.
Apakah X dan Y?
X-Kawalan &
Y-Peranti output
X-Kawalan &
Y-Peranti keluaran
X-Pengaturcaraan &
Y-Peranti output
X-Pengaturcaraan &
Y-Peranti keluaran
Gambar berikut menunjukkan gambar rajah blok bagi kereta kawalan jauh.
Apakah output yang betul di X?
Roda berputar
Kereta bergerak
Lampu menyala
Drum berputar
Aplikasi manakah yang perlu diaktifkan pada telefon pintar untuk berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk kereta kawalan jauh?
Wi-fi
Titik Akses
Bluetooth
Inframerah
Gambar berikut menunjukkan gambar rajah blok satu produk sedia ada.
Apakah produk yang ditunjukkan?
Pintu automatik
Mesin basuh automatik
Pintu gelangsar automatik
Pesawat kawalan jauh
Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan awal (prelimenary action) dalam konsep prinsip inventif?
Melakukan tindakan awal untuk menjual produk
Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko
Melakukan tindakan awal untuk menguji fungsi produk
Melakukan tindakan awal untuk mengenal pasti punca masalah
Gambar berikut menunjukkan analisis berantai punca-kesan bagi kereta kawalan jauh.
Berdasarkan rajah, apakah batasan (limitation) pada kereta kawalan jauh yang menyebabkan masalah tersebut berlaku?
I Kekuatan badan kereta yang rendah
II Pencahayaan yang kurang di kawasan gelap
III Tidak mempunyai butang untuk mengawal kelajuan kereta
IVGerak balas yang perlahan untuk memberhentikan kereta kawalan jauh
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, apakah kepentingan melakukan kemasan ke atas sesuatu produk mekatronik?
I Menambah daya tarikan produk
II Mengurangkan risiko kecederaan kepada pengguna
III Meningkatkan keupayaan produk
IV Merendahkan kos penghasilan produk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
