wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk dan Teknologi

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul mengenai maksud reka bentuk elektrik, mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini?

a)

Reka bentuk produk atau sistem yang mengintegrasikan disiplin mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini.

b)

Reka bentuk produk atau sistem yang mengintegrasikan disiplin elektronik, mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini.

c)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggunakan satu proses kawalan atau pemindahan tenaga melalui pergerakan mekanikal seperti tuas, mesin, atau peralatan.

d)

Reka bentuk produk atau sistem yang mengintegrasikan disiplin elektronik, elektrik, mekanikal, kawalan, dan pengaturcaraan untuk mencapai matlamat yang diingini.

2.

Antara yang berikut, apakah fungsi sistem mekanikal untuk mesin basuh automatik?

a)

Menerima dan menukar isyarat input.

b)

Menjana putaran pada dram semasa mencuci pakaian.

c)

Menyediakan arahan ON/OFF, MULA, JEDA, dan lain-lain.

d)

Menyediakan kuasa elektrik kepada sistem kawalan motor dan motor AU.

3.

"Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada."

 Pernyataan berikut berkaitan dengan justifikasi untuk memilih teknologi sebelum menghasilkan reka bentuk produk. Apakah justifikasi tersebut?

a)

Fungsi teknologi

b)

Tujuan teknologi

c)

Permohonan teknologi yang dipilih

d)

Kekuatan dan kelemahan teknologi

4.

Antara yang berikut, apakah kepentingan menjalankan kajian tentang keperluan pelanggan?

a)

Memastikan bahawa pengeluaran produk menjimatkan kos.

b)

Memastikan bahawa produk boleh dijual pada harga yang tinggi.

c)

Memastikan bahawa pengeluaran produk dapat dilaksanakan mengikut jadual.

d)

Memastikan bahawa idea reka bentuk produk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

5.

Rajah menunjukkan Jambatan Ikon Elmina yang terletak di Shah Alam. Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan dalam jambatan itu?

a)

Keseimbangan

b)

Pergerakan

c)

Simplicity

d)

Kontras

6.

Rajah menunjukkan contoh lukisan ceraian. Apakah kelebihan lukisan ceraian?

a)

Menunjukkan urutan pemasangan komponen

b)

Memahami reka bentuk dengan jelas dalam lakaran

c)

Menunjukkan maklumat dalam lakaran

d)

Menghasilkan ilustrasi dalam 3D

7.

Maklumat menunjukkan kos pengeluaran bagi satu projek dalam pembangunan produk. Apakah kos pengeluaran projek tersebut?

a)

RM 193.00

b)

RM 250.00

c)

RM 247.00

d)

RM 267.00

8.

Rajah menunjukkan reka bentuk lampu siling. Antara yang berikut, apakah kekuatan produk di atas?

a)

Mempunyai reka bentuk yang menarik

b)

Mempunyai nilai produk yang tinggi

c)

Menawarkan harga yang jauh lebih rendah

d)

Mempunyai pencahayaan yang sesuai untuk mana-mana ruang

9.

Rajah menunjukkan satu kaedah untuk mengiklankan produk. Apakah kaedah pengiklanan untuk produk tersebut?

a)

Demontrasi

b)

Perbandingan

c)

Metafora atau analogi

d)

Penyampaian fakta

10.

Bagaimana warna latar belakang dalam iklan mempengaruhi reka bentuk?

a)

Warna latar belakang yang sesuai boleh menonjolkan produk

b)

Warna latar belakang yang sesuai boleh menunjukkan kelebihan produk

c)

Warna latar belakang yang sesuai boleh menyampaikan fakta tentang produk

d)

Warna latar belakang yang sesuai

11.

Berikut adalah komponen dalam kereta kawalan jauh.

A Pemacu motor

B Motor AT

C Modul geganti

D Bateri alkali

Nyatakan komponen sistem elektronik yang terdapat dalam kereta kawalan jauh

a)

A dan B

b)

B dan C

c)

A dan C

d)

B dan D

12.

Padankan elemen mekatronik dengan contoh komponen pintu gelangsar automatik yang betul .

a)

Litar pemacu motor - sistem mekanikal

b)

Motor AT dan pengubah - sistem elektrik

c)

Tali sawat - sistem elektronik

d)

Penderia - sistem kawalan dan pengaturcaraan

13.

Pilih kaedah yang betul dalam menyaring maklumat antara pengurus projek dan pelanggan .

a)

Adakan persidangan video dengan pelanggan

b)

Adakan perbincangan dengan pasukan kerja

c)

Adakan sesi perbincangan lanjut dengan pelanggan

d)

Dapatkan maklum balas bertulis daripada pelanggan

14.

Tandakan (√) satu jenis ujian makmal yang betul dalam kotak yang disediakan.

a)

Ujian kekuatan

b)

Ujian fungsi

c)

Ujian keupayaan

15.

Pilih tiga faktor yang dipertimbangkan dalam menilai keberkesanan produk.

a)

Menentukan kebolehgunaan produk

b)

Memenuhi keperluan pelanggan

c)

Ketepatan penampilan

d)

Mematuhi ringkasan projek

16.

Pilih dua saluran media cetak yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.

a)

Poster

b)

Majalah

c)

Papan digital

17.

Pilih dua kelebihan menyampaikan fakta melalui gambar untuk pengiklanan.

a)

Mudah dihasilkan

b)

Pengguna peka terhadap produk

c)

Murah

d)

Menyatakan bentuk sebenar produk

18.

Nyatakan dua pertimbangan utama apabila membuat penambahbaikan kepada produk berdasarkan laporan ujian dan penilaian sebelum menyelesaikan dokumentasi.

a)

Menambah harga jualan

b)

Ciri-ciri keselamatan pada produk.

c)

Mengubah reka bentuk produk sesuai dengan fungsinya.

d)

Mengekalkan barang yang rosak atau kurang berfungsi

19.

Jelaskan maksud pendokumentasian.

a)

Dokumen rasmi berkaitan produk dan maklumat pelanggan.

b)

satu laporan bertulis perincian reka bentuk meliputi maklumat peringkat penjanaan idea hingga produk dihasilkan.

c)

satu laporan bertulis dan bergambar

d)

Satu laporan lengkap hasil pembangunan dan penyelidikan produk.

20.

Senaraikan tiga ciri iklan yang berkesan yang telah anda pelajari.

a)

Memberikan kesan mendalam

b)

Kreatif

c)

Mesej yang mudah dibaca

d)

unsur unik dan tersendiri

e)

Maklumat yang tepat

21.

Apakah komponen sistem elektrik?

a)

Pemacu Motor

b)

Modul geganti

c)

Gear

d)

Bateri Alkali