Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

A SEM 1 Sistem Perundangan

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

A Dibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat selain Menteri atau timbalan Menteri

B Dibentangkan oleh Menteri daripada kementerian tertentu

C Dikemukakan oleh Ahli Majlis Parlimen daripada kerajaan atau bukan kerajaan

X Hibrid - Y Awam - Z Persendirian

Yang manakah padanan yang betul antara pernyataan dengan jenis rang undang-undang?

a)

X - C

Y - A

Z - B

b)

X - B

Y - A

Z - C

c)

X - C

Y - B

Z - A

d)

X - A

Y - B

Z - C

2.

Yang manakah benar tentang pembubaran Parlimen?

a)

Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

b)

Pembubaran Parlimen menyebabkan Dewan Undangan Negeri terbubar.

c)

Pembubaran Parlimen melibatkan semua ahli Majlis Parlimen.

d)

Parlimen terbubar apabila genap tempoh lima tahun.

3.

Komponen Dewan Undangan Negeri Johor terdiri daripada ...

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Menteri Besar

d)

Dewan Negeri

4.

Antara yang berikut, yang manakah mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet.

b)

Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja.

c)

Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik untuk menjadi Perdana Menteri.

d)

Ahli Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan.

5.

Dalam prosedur penggubalan dan kelulusan sesuatu rang undang-undang di Parlimen, pada peringkat manakah kajian terperinci dilakukan?

a)

Peringkat Mesyuarat kelulusan Kabinet

b)

Peringkat Bacaan Kedua

c)

Peringkat Jawatankuasa

d)

Peringkat Bacaan Pertama

6.

Manakah antara berikut benar tentang proses penggubalan undang-undang?

a)

Rang Undang-Undang Ahli Persendirian hendaklah terlebih dahulu disetujui oleh Kabinet.

b)

Peguam Negara menyediakan rang undang-undang untuk Kabinet.

c)

Kabinet boleh membuat pindaan kepada rang undang-undang yang dicadangkan oleh mana- mana Kementerian.

d)

Menteri berkenaan hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum membentangkan undang-undang yang digubal di Parlimen

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan keistimewaan yang diperoleh oleh seorang ahli Dewan Undangan Negeri?

a)

Kesahan apa-apa prosiding di dalam dewan tidak boleh dipersoalkan.

b)

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri boleh menjadi ahli Dewan Negara.

c)

Prosiding Dewan dihadiri oleh Raja dan Raja Permaisuri.

d)

Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan apa-apa jua yang disiarkan di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri.

8.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tugas Speaker Dewan Rakyat?

a)

Menolak sebarang usul yang dikemukakan oleh ahli dewan.

b)

Membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris semasa dewan bersidang.

c)

Membenarkan semua ahli dewan mengeluarkan pertanyaan tambahan.

d)

Mengarahkan mana-mana ahli dewan yang berkelakuan tidak senonoh keluar Majlis Mesyuarat bagi tempoh lima belas hari.

9.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sistem perundangan di Malaysia?

a)

Persidangan Dewan Rakyat dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

b)

Parlimen Malaysia ialah badan penggubal undang-undang tertinggi negara.

c)

Perbahasan merupakan elemen penting dalam proses meluluskan sesuatu usul.

d)

Ketua pembangkang mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu usul yang dikemukakan.

10.

Yang manakah antara berikut merupakan jenis undang-undang tidak bertulis yang digunakan di negara ini?

a)

Proklamasi Darurat 2021.

b)

Undang-undang Kaum Iban di Sarawak.

c)

Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984.

d)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

11.

Yang manakah antara berikut ciri-ciri perundangan subsidiari yang dibuat oleh pihak yang mempunyai kuasa perundangan?

a)

Undang-undang yang sukar digubal dan memerlukan suatu kajian terperinci dilakukan.

b)

Dibuat untuk melengkapkan sesuatu Akta Induk yang digubal oleh badan perundangan negara.

c)

Boleh berkuatkuasa ke belakang tetapi tidak boleh awal dari tarikh kuat kuasa sesuatu Akta Induk.

d)

Akan terbatal jika undang-undang ini bercanggah dengan Akta Induk yang digubal oleh badan perundangan negara

12.

Yang manakah penyataan yang benar tentang bidang kuasa Dewan Negara?

a)

Memulakan rang undang-undang kecuali Rang Undang-Undang Kewangan

b)

Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama setahun.

c)

Menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

d)

Meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat.

13.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang fungsi Parlimen?

a)

Dewan Negara boleh menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

b)

Sesuatu rang undang-undang dibaca sebanyak tiga kali dalam DR dan DN.

c)

Kuasa Dewan Rakyat lebih tinggi daripada Dewan Negara tetapi lebih rendah daripada DUN.

d)

Dalam keadaan darurat, rang undang-undang boleh dipersembahkan kepada YDPA walaupun rang undang-undang itu belum diluluskan oleh Dewan Negara.

14.

Antara yang berikut, yang manakah yang mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik untuk menjadi Perdana Menteri.

b)

Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet.

c)

Ahli Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan.

d)

Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja.

15.

• Mewakili kaum minoriti.

• Telah mencapai kepujian dalam lapangan tertentu.

• Sumbangannya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Kriteria berikut adalah pelantikan jawatan

a)

Ahli Dewan Rakyat.

b)

Senator Dewan Negara

c)

Speaker Dewan Rakyat.

d)

Ahli Dewan Undangan Negeri