wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 - SENI DALAM ISLAM

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kesan negatif fahaman liberal kepada masyarakat Islam?

a)

Kebebasan tanpa mengikut lunas Islam seterusnya menormalisasi kemaksiatan.

b)

Semakin berkurang wanita membuka aurat dan semakin ramai jemaah pergi ke masjid.

c)

Kebebasan bersuara di dalam Islam dibuka dengan bersyarat.

d)

Pemahaman yang lebih baik tentang nilai-nilai tradisional

2.

Bagaimana kebebasan beragama yang berlebihan boleh mempengaruhi nilai-nilai dalam Islam?

a)

Menunjukkan perbezaan nilai yang ketara antara Islam dan agama lain.

b)

Mengelakkan kerosakan yang mungkin berlaku dalam agama dan menyebabkan fitnah.

c)

Menyekat kebebasan berfikir supaya harmoni dalam amalan ibadah.

d)

Mendorong akal berfikir melangkaui kesucian syariat Islam.

3.

Mengapa dikatakan bahawa Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain?

a)

Islam adalah identiti budaya dan bukannya agama seperti agama lain.

b)

Matlamat akhir agama Islam adalah mendapat redha Allah semata-mata yang membezakan dengan agama lain.

c)

Islam berkongsi kepercayaan yang sama dengan Kristian dan Yahudi iaitu mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan.

d)

Semua agama mempunyai sembahan dan ajaran yang serupa dengan Islam.

4.

Apakah bukti Islam mengangkat martabat wanita?

a)

Islam meletakkan mahar kepada wanita dalam pernikahan.

b)

Islam mengharamkan wanita untuk bekerja di luar rumah.

c)

Hak bercerai juga diberikan kepada wanita melalui permohonan fasakh.

d)

Islam membenarkan perkahwinan paksa dalam keadaan tertentu yang merugikan wanita.

5.

Bagaimanakah fahaman feminisme mendoktrinasi dalam Islam?

a)

Ajaran Islam mempromosikan kelemahan wanita tanpa sebarang hak.

b)

Feminisme menentang semua bentuk ajaran agama, termasuk Islam.

c)

Memperjuangkan hak wanita dan kesetaraan gender berdasarkan tafsiran salah dalam nas al-Quran dan Hadis yang menyokong keadilan.

d)

Feminisme dan ajaran Islam adalah tidak serasi dan tidak boleh wujud bersama.

6.

Berikut manakah salah tafsir kelompok fahaman liberal terhadap syariat Islam?

a)

Tiada paksaan dalam Islam oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 256.

b)

Poligami hanyalah pemuas nafsu dan bukanlah membanteras zina.

c)

Agama Islam secara teori dan praktikal adalah berbeza dengan agama lain.

d)

Wanita tidak boleh menjadi imam kepada kaum lelaki.

7.

Bagaimana konsep kesetaraan gender dinyatakan dalam ajaran Islam?

a)

Peranan gender dalam Islam ditentukan dengan ketat tanpa ruang untuk kesetaraan.

b)

Kesaksamaan dari sudut syariat Islam bahawa manusia semuanya adalah hamba dan tiada yang lebih mulia kecuali pada tingkat amalannya sahaja.

c)

Kesetaraan gender tidak dibahas dalam ajaran Islam.

d)

Ajaran Islam mempromosikan keunggulan dan kemuliaan lelaki berbdanding wanita.

8.

Apakah konteks budaya dalam pemahaman Islam liberal agar dapat dihindari oleh masyarakat?

a)

Pantang larang orang-orang tua perlu dituruti agar tidak mendapat kecelakaan.

b)

Masyarakat perlu diberi kebebasan mengamalkan adat resam tanpa mengaitkan dengan agama.

c)

Semua kaum boleh sesuka hati menukar agama atas dasar kepelbagaian bangsa.

d)

Adat dan petua-petua yang bersalahan dengan agama serta mendatangkan syirik perlu dijauhkan.

9.

Bagaimana fahaman liberal mencabar Islam dalam memahami nas syariat?

a)

Poligami hanyalah untuk memuaskan nafsu kaum lelaki semata-mata.

b)

Menolak penyertaan wanita dalam urusan masyarakat dan mengutamakan lelaki.

c)

Menggalakkan penafsiran semula teks-teks agama dan membuka ruang untuk mengkritik kitab-kitab ulama.

d)

Mempromosikan kepimpinan lelaki dalam amalan agama.

10.

Apakah kritikan gerakan feminis terhadap Islam?

a)

Mempersoalkan kelompok LGBT tidak diberikan hak dalam Islam.

b)

Ajaran Islam sepenuhnya menentang kesetaraan gender.

c)

Feminisme diterima secara universal dalam semua komuniti Islam.

d)

Gerakan feminis hanya mempromosikan nilai-nilai Barat.