wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ala UASA Sains T3

Total questions: 25

Worksheet time: 2hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili sistem saraf pusat?

a)

Otak

b)

Saraf spina

c)

Saraf tunjang

d)

Saraf kranium

2.

Pokok semalu akan menguncupkan daunnya apabiula disentuh.

Apakah jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh pokok semalu terhadap rangsangan itu?

a)

Hidrotropisme

b)

Tigmotropisme

c)

Fototropisme

d)

Gerak balas nastik

3.

Apakah yang menyebabkan bunyi 'lub' semasa jantung berdenyut?

a)

Penutupan injap trikuspid dan bikuspid semasa pengecutan ventrikel berlaku.

b)

Penutupan injap trikuspid dan bikuspid semasa pengenduran ventrikel berlaku.

c)

Penutupan injap sabit semasa pengenduran ventrikel berlaku.

d)

Penutupan injap sabut semasa pengecutan ventrikel berlaku.

4.

Apakah kaedah yang digunakan untuk mengekstrak aluminium daripada bijih bauksit?

a)

Penurunan dengan serbuk karbon

b)

Penurunan dengan gas hidrogen

c)

Elektrolisis

d)

Tindak balas dengan gas oksigen

5.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan tindak balas yang sama seperti fotosintesis?

a)

Pembakaran bahan api

b)

Pengaratan besi

c)

Tindak balas peneutralan

d)

Peleburan kiub ais

6.

Stesen jana kuasa terma menggunakan gas asli. Apakah perubahan tenaga yang terlibat dalam penjana?

a)

Tenaga haba > Tenaga kimia > Tenaga elektrik

b)

Tenaga haba > Tenaga kinetik > Tenaga elektrik

c)

Tenaga nuklear > Tenaga haba > Tenaga kinetik > Tenaga elektrik

d)

Tenaga kimia > Tenaga haba > Tenaga kinetik > Tenaga elektrik

7.

Jika seorang lelaki mengangkat sebuah kotak pada ketinggian 1.5 m dari atas tanah. Jika jumlah kerja yang dilakukan ialah 90 J, berapakah daya yang dikenakan?

a)

50 N

b)

60 N

c)

70 N

d)

80 N

8.

Sinar P merupakan sejenis sinaran radioaktif yang dapat menembusi kepingan aluminium.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sinar P?

a)

P mempunyai kuasa penembusan yang rendah

b)

P bercas positif

c)

P hanya boleh dihalang oleh bongkah plumbum yang tebal

d)

P dipesongkan menjauhi plat positif medan elektrik

9.

Mengapakah tompok Matahari kelihatan lebih gelap daripada permukaan Matahari yang lain?

a)

Tompok Matahari menyerap semua cahaya yang jatuh ke atasnya

b)

Tompok Matahari lebih sejuk daripada kawasan sekitarnya

c)

Tompok Matahari menggunakan lebih banyak bahan api nuklear

d)

Tompok Matahari mengandungi suhu yang paling tinggi

10.
  1. * Muncul seperti sebuah awan yang besar

  2. * Letupan gas sengit yang besar

  3. * Memancarkan zarah gas bermagnet ke ruang angkasa

Antara yang berikut, yang manakah digambarkan oleh maklumat di atas?

a)

Lentingan jisim korona

b)

Tompok Matahari

c)

Angin suria

d)

Prominen

11.

Siapakah yang mencadangkan bahawa Matahari ialah pusat Sistem Suria kita?

a)

Aristotle

b)

Copernicus

c)

Ptolemy

d)

Kepler

12.

Apakah fungsi teleskop radio?

a)

Mengambil gambar objek-objek angkasa lepas

b)

Mengesan dan mengumpul gelombang radio di angkasa

c)

Meneroka planet lain dalam Sistem Suria

d)

Melindungi Bumi daripada sinaran yang berbahaya

13.

Apakah alat teknologi ini?

a)

Kuar angkasa Cassini

b)

Teleskop angkasa Spitzer

c)

Satelit Sputnik 1

d)

Roket Soyuz

14.

Pernyataan manakah yang benar?

a)

Pucuk menunjukkan geotropisme negatif dan fototropisme positif

b)

Akar menunjukkan geotropisme positif dan hidrotropisme negatif

c)

Akar menunjukkan fototropisme positif dan geotropisme negatif

d)

Pucuk menunjukkan geotropisme positif dan hidrotropisme positif

15.

Antara ciri berikut, yang manakah menyebabkan alveolus sangat berkesan dalam proses pertukaran gas?

a)

Permukaan dinding yang nipis

b)

Permukaan alveolus yang kering

c)

Terdapat satu sahaja alveolus untuk fokus kepada pertukaran gas

d)

Dikelilingi satu kapilari darah

16.

Struktur respirasi salamander dapat beradaptasi dalam dua persekitaran berbeza. Bagaimanakah salamander bernafas?

a)

Insang

b)

Insang dan peparu

c)

Peparu dan kulit

d)

Kulit dan insang

17.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang transpirasi dalam tumbuhan?

a)

Kadar transpirasi adalah tinggi pada hari yang panas

b)

Kadar transpirasi hanya dipengaruhi oleh angin dan suhu

c)

Transpirasi ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada tumbuhan

d)

Transpirasi ialah proses pembentukan wap air di permukaan daun

18.

Apakah fungsi hablur kalium manganat (VII) dalam rajah ini?

a)

Memulakan tindak balas

b)

Membekalkan oksigen

c)

Membekalkan tenaga haba

d)

Menyerap tenaga haba daripada serbuk logam

19.

Apakah unsur yang dapat diekstrak daripada hematit?

a)

Aluminium

b)

Besi

c)

Timah

d)

Plumbum

20.
  • * Uranium

  • * Plutonium

Apakah sumber tenaga ini?

a)

Bahan api fosil

b)

Tenaga nuklear

c)

Biojisim

d)

Tenaga geoterma

21.

Apakah kegunaan transformer?

a)

Menukar arus terus kepada arus ulang-alik

b)

Menukar voltan arus ulang-alik

c)

Menukar jumlah arus yang mengalir dalam litar

d)

Menukar rintangan suatu peralatan

22.

Izzah menolak sebuah kotak seberat 250 N dalam masa 5 saat. Hitung kuasa jika dia menolak kotak itu sejauh 2 meter.

a)

50 W

b)

100 W

c)

150 W

d)

200 W

23.

Antara berikut, yang manakah mempunyai tenaga keupayaan kenyal?

a)

Ayunan bandul ringkas

b)

Roller coaster

c)

Busur diregangkan oleh pemanah

d)

Pembakaran petroleum

24.

Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mengesan kedudukan darah beku di dalam salur darah?

a)

Iodin-131

b)

Kobalt-60

c)

Natrium-24

d)

Karbon-14

25.

Apakah kepentingan magnetosfera Bumi?

a)

Melindungi Bumi dari cuaca yang melampau

b)

Menghalang sinaran berbahaya daripada sampai ke Bumi

c)

Menyejukkan suhu Bumi

d)

Memesongkan angin suria