Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ibu memasang __________ di bilik kakak yang akan melangsungkan perkahwinan pada minggu depan.

a)

tetikus

b)

dedaun

c)

lelangit

d)

bebudak

2.

Adik perempuan saya suka mengejar ___________ di taman bunga

a)

anai-anai

b)

laki-laki

c)

bola-bola

d)

rama-rama

3.

Keadaan di dalam kelas menjadi ________setiap kali guru tiada di dalam kelas.

a)

basah-kuyup

b)

huru-hara

c)

gelap-gelita

d)

lauk-pauk

4.

Petani itu memasang __________ untuk menakutkan burung.

a)

orang-orang

b)

layang-layang

c)

daun-daun

d)

tupai-tupai

5.

Abu memandu dengan cermat kerana jalan ke rumah Ali _______.

a)

lemah-gemalai

b)

susup-sasap

c)

rempah-ratus

d)

bengkang-bengkok

6.

_________ lagi Pak Aiman telah mengayuh basikal dengan cucunya di Alor Setar

a)

Siang-siang

b)

Bulat-bulat

c)

Paru-paru

d)

Kuda-kuda

7.

________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.

a)

selok-belok

b)

Tindak-tanduk

c)

Selang-seli

d)

Turun-temurun

8.

________ berkumpul di dewaan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan untuk membuat liputan

a)

Laki-laki

b)

Kura-kura

c)

Pemberita-pemberita

d)

Orang-orang

9.

_________ itu hinggap di ranting pokok depan rumah ibu.

a)

Kekabu

b)

Bebenang

c)

Reranting

d)

Pepatung

10.

________ orang ramai kedengaran apabila penceramah itu, selesai berucap.

a)

Sorak-sorai

b)

Corat-coret

c)

Sedu-sedan

d)

Mandi-manda

11.

________ diminta mengulang kaji pelajaran setiap kali selesai proses pembelajaran di sekolah.

a)

Guru-guru

b)

Ketua-ketua

c)

Murid-murid

d)

Pekerja-pekerja

12.

Budak lekaki itu menangis ________ apabila dimarahi oleh ibunya kerana bermain di luar rumah tanpa memakai kasut.

a)

teresak-esak

b)

terharu-haru

c)

tersekat-sekat

d)

terngiang-ngiang

13.

Puan Fatimah menjaga ________nya seperti menatang minyak yang penuh umpama anak sendiri.

a)

anak-anak perempuan

b)

anak-anak angkat

c)

anak-anak lelaki

d)

anak-anak kecil

14.

Ibu sedang menunggu ayah yang tidak juga __________ ke rumah walaupun hari sudah larut malam.

a)

datang-datang

b)

pulang-pulang

c)

pindah-pindah

d)

timbul-timbul

15.

Kita haruslah menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang berjuang _____________ demi membebaskan tanah air tercinta daripada penjajah.

a)

bermusuh-musuhan

b)

bersahut-sahutan

c)

berkejar-kejaran

d)

bermati-matian

16.

Kanak-kanak itu ketawa apabila melihat ekor Si Tompok _________ ketika disentuh oleh kakak.

a)

menguis-nguis

b)

menguit-nguit

c)

mengais-ngais

d)

mencakar-cakar

17.

Kerana mengantuk, kepalanya _________ ketika menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Qatar.

a)

terbuai-buai

b)

terayun-ayun

c)

terhuyung-hayang

d)

tersengguk-sengguk

18.

Keadaan di hospital itu _______ kerana kekurangan kakitangan untuk menguruskan pesakit-pesakit COVID-19.

a)

hiruk-pikuk

b)

kelam-kabut

c)

bolak-balik

d)

riuh-rendah

19.

Rambut pengemis itu __________ kerana sudah lama tidak disikat.

a)

kusut-masai

b)

compang-camping

c)

berbolak-balik

d)

berduyun-duyun

20.

Hakimin ___________ untuk ke sekolah kerana dia terlewat bangun.

a)

terkinja-kinja

b)

hura-hara

c)

kelam-kabut

d)

terkial-kial