Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEST 1 KIAR (KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

1. Rasuah ialah

a)

Melaksanakan tugas yang telah diamanahkan mengikut masa yang ditetapkan

b)

Penerimaan atau pemberian suapan (rasuah) bertujuan supaya seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya

c)

Memberikan bantuan atau perkhidmatan tanpa mengharapkan balasan

d)

Aktiviti yang dilaksanakan di dalam sesebuah jabatan untuk meningkatkan prestasi jabatan

2.

Rasuah adalah satu......

a)

hobi

b)

sukan lasak

c)

jenayah berat

d)

jenayah ringan

3.

Apakah nama agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah?

a)

Agensi Dadah Kebangsaan

b)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

c)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia

4.

Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai ..............

a)

kawtim

b)

kopi kaw

c)

kueteow

d)

rusuk tumbuh

5.

Berikut adakah perbuatan rasuah kecuali.....

a)

memberi hadiah supaya dilantik menjadi AJK Kelab

b)

memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir

c)

tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan

d)

melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari Persatuan

6.

Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah

a)

Akta Integriti 2010

b)

Akta Tolak Rasuah 2008

c)

Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009

d)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

7.

"Ali seorang pengawas telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu sekiranya tidak mahu namanya ditulis."

Perbuatan Ali itu adalah...........

a)

meminta rasuah

b)

meminta hadiah

c)

meminta bantuan

d)

meminta sumbangan

8.

"Ali seorang pengawas telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu sekiranya tidak mahu namanya ditulis."

Perbuatan yang dilakukan oleh Ali dianggap

a)

baik hati dan mulia

b)

tiada apa-apa kesalahan

c)

tidak jujur dan tidak amanah

d)

membantu rakan dalam kesusahan

9.

"Ali seorang pengawas telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu sekiranya tidak mahu namanya ditulis."

Apa tindakan yang patut Abu lakukan?

a)

Tidak berbuat apa-apa.

b)

Makan nasi lemak bersama Ali

c)

Memberi nasi lemak kepada Ali

d)

Tidak beri dan laporkan perbuatan Ali kepada guru disiplin.

10.

9. Pilih kesan negatif akibat jenayah rasuah.

I. Berlaku kenaikan harga barang

II. Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara

III. Keluarga pelaku rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat

IV. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan dirampas

a)

I dan Il

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

11.

Siapakah yang boleh terlibat dengan jenayah rasuah?

I. Guru

II. Pelajar

III. Ahli korporat

IV. Pegawai kerajaan

a)

I dan Il

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

12.

Amin seorang murid yang rajin belajar, tidak meniru dalam peperiksaan, sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah apabila diberi tanggungjawab. Amin merupakan murid yang......

a)

ulat buku

b)

berintegriti

c)

biasa sahaja

d)

suka menunjuk

13.

Berikut adalah perbuatan tidak beretika kecuali..............

a)

Akim meminjam wang yang disimpannya sebagai bendahari kelab untuk membeli buku komik

b)

Azman berjanji untuk belanja rakan-rakannya dengan syarat mereka mengundinya untuk jawatan ketua kelas

c)

Jibam menjual nasi lemak kepada rakan-rakannya dengan harga yang berpatutan

d)

Aminah, ketua pasukan bola keranjang memilih rakan-rakannya sahaja untuk mewakili sekolah walaupun mereka tidak pandai dalam permainan tersebut

14.

Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah .........

a)

Baik

b)

halal

c)

Haram

d)

syubhah

15.

Adlin hendak mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak sekolah bawah 12 tahun. Beliau mesti

a)

berbuat baik dengan guru ko-kurikulum

b)

menggunakan khidmat bomoh supaya beliau terpilih

c)

memberi duit kopi kepada ketua pasukan agar memilihnya

d)

berusaha bersungguh-sungguh agar kemahiran bermain bola meningkat

16.

Etika dan integriti dalam sukan adalah seperti berikut kecuali

a)

bermotivasi dan berdisiplin untuk kemenangan

b)

memberi kata-kata perangsang kepada pasukan yang kalah

c)

sanggup melakukan apa sahaja untuk kemenangan termasuk rasuah

d)

sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang permainan yang ditetapkan

17.

Namakan institusi yang paling asas untuk membentuk masyarakat yang berkualiti?

a)

Institusi awam

b)

Institusi keluarga

c)

Institusi pendidikan

d)

Institusi pendidikan tinggi

18.

Apakah tindakan anda jika ternampak seorang individu cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai kerajaan?

a)

Mendiamkan diri

b)

Tidak mahu ambil tahu

c)

Maklumkan kepada rakan anda

d)

Melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

19.

Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji mahasiswa kecuali

a)

berbudi bahasa

b)

sentiasa berfikiran positif

c)

belajar bersungguh-sungguh

d)

mengharapkan balasan apabila berbuat baik

20.

10. Bentuk rasuah termasuklah .......?

I. hadiah

II. pinjaman

III. upah

IV. wang tunai

a)

I dan Il

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, IIl dan IV