wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4B3L1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Penamatan Perang Dunia Pertama telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles pada tahun 1919. Apakah kepentingan perjanjian tersebut?
a)
Mewujudkan keamanan
b)
Memantapkan pentadbiran
c)
Memulihkan institusi beraja
d)
Menyatukan wilayah
2.
Mengapakah Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik pada Perang Dunia Kedua? I Menyebarkan ideologi II Memulih kepercayaan rakyat III Memenuhi keperluan industri IV Mewujudkan orde baharu
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
3.
Maklumat berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Persidangan Damai Paris ( 1919 ): Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut ?
a)
Saiz angkatan tentera dihadkan
b)
Kuasa mutlak raja dikurangkan
c)
Sempadan negara berasaskan bangsa
d)
Pembentukan kerajaan bercorak republik
4.
Pernyataan berikut menerangkan kesan Perang Dunia Kedua. Perang di Eropah dan di Asia Pasifik telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa dan membawa kemusnahan harta benda. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ?
a)
Menghargai nikmat keamanan
b)
Kesepakatan membawa berkat
c)
Mengutamakan kekuatan tentera
d)
Kewibawaan pemimpin asas kejayaan
5.
Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918. Mengapakah perang tersebut berlaku?
a)
Kemunculan ideologi baharu
b)
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
c)
Wilayah Jerman diceroboh
d)
Bakal raja Austria dibunuh
6.
Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi. Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya?
a)
Memperkenalkan ekonomi kawalan
b)
Memperkenalkan kad catuan makanan
c)
Mencetak banyak wang pokok pisang
d)
Mengimport makanan
7.
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut? I Kemunculan ideologi baharu II Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa III Penubuhan Archduke Ferdinand IV Perlumbaan senjata moden
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita pada tahun 1941?
a)
Tekanan golongan radikal
b)
Kemunculan ideologi baharu
c)
Kepentingan strategik ketenteraan
d)
Tanggungjawab menyebarkan tamadun
9.
Bagaimanakah pemerintahan Dinasti Habsburg di empayar Austria-Hungary mengalami keruntuhan?
a)
Pembunuhan pewaris takhta
b)
Penyebaran ideologi komunis
c)
Penentangan terhadap kenaikan cukai
d)
Pemberontakan di wilayah penguasaan
10.
Slogan berikut digunakan oleh pihak Jepun untuk menjayakan misi mereka di negara kita. Asia untuk Orang Asia Apakah tujuan slogan tersebut digunakan?
a)
Mengukuhkan perpaduan kaum
b)
Menonjolkan imej sebagai pembela
c)
Membantu memperoleh kemerdekaan
d)
Menjaga kebaikan penduduk tempatan