NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PGT 434
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
1. Yang manakah antara berikut merupakan maksud disiplin?
A. Peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa untuk dipatuhi
B. Undang-undang untuk mengawal tingkah laku individu supaya lebih berdisiplin
C. Peraturan bagi meningkatkan imej dan reputasi sesebuah sekolah
D. Kesanggupan seseorang untuk mematuhi peraturan yang dikenakan sama ada oleh diri sendiri atau orang lain secara sukarela
2. Mohd Ismail Othman (2008) telah mendefinisikan disiplin sebagai
A. Kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
B. Latihan membentuk, membetul, ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang diwujudkan
C. Disiplin sebagai kawalan terhadap tingkah laku pelajar
D. Disiplin terbahagi kepada tiga aspek iaitu individu masyarakat dan sekolah
3. Yang manakah yang betul bagi Teori Behaviorisme?
A. Tingkah laku manusia bukan hanya dipelajari melalui pengalaman langsung, tetapi juga melalui pemerhatian dan peniruan
B. Teori ini menekankan bahawa tingkah laku manusia dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran.
C. Menekankan potensi manusia untuk berkembang secara positif dan mencapai aktualisasi diri.
D. Menekankan pentingnya keaslian dan sikap penerimaan untuk perkembangan yang sihat.
4. Apakah teori oleh Albert Bandura yang menekankan bahawa remaja sering mengamati tingkah laku orang lain, terutama individu yang mereka anggap sebagai model?
A. Teori Psikososial
B. Teori Behaviorisme
C. Teori Pembelajaran Sosial
D. Teori Humanistik
5. Hierarki keperluan oleh Abraham Maslow (1943) merangkumi 5 keperluan iaitu
A. psikologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian akademik.
B. fisiologi, keselamatan, ekonomi, penghargaan diri dan pencapaian hasrat ibu bapa.
C. fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.
D. psikologi, kesihatan, sosial, penghargaan rakan dan pencapaian hasrat diri.
6. “Remaja yang berasa tidak diterima atau dihargai di rumah atau di sekolah akan menunjukkan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian dengan cara yang negatif seperti melawan atau menghina guru.”
Pernyataan di atas dapat diatasi melalui Teori Humanistik yang berkait dengan keperluan manusia yang memerlukan penerimaan diri dan orang sekeliling untuk berkembang dan mencapai aktualisasi diri.
A. Benar
B. Salah
7. Yang manakah tidak benar berkaitan cara guru boleh membantu pelajar yang sering lewat berdasarkan Teori Behaviorisme?
A. Pengukuhan negatif
B. Pengukuhan positif
C. Hukuman yang sesuai
D. Hukuman yang berat
8. Bagaimanakah pendekatan yang sesuai bagi seorang guru untuk menangani masalah disiplin di sekolah?
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu
ii. Memberikan hukuman yang sesuai berdasarkan peraturan sekolah
iii. Mengambil tindakan segera tanpa menyiasat latar belakang masalah terlebih dahulu
iv. Mendengar pendapat sebelah pihak sebelum membuat keputusan
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iv
D. iii dan iv
9. Berdasarkan gambar yang menunjukkan beberapa orang pelajar sedang ponteng sekolah, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini?
A. Mengabaikan perbuatan ponteng kerana ia merupakan masalah peribadi pelajar
B. Menyiasat sebab-sebab pelajar ponteng dan mengambil tindakan yang sesuai untuk membantu mereka
C. Memberi hukuman berat tanpa mengambil kira sebab sebenar pelajar ponteng
D. Menyebarkan gambar pelajar yang ponteng sebagai pengajaran kepada pelajar lain
10. Berdasarkan teori pembelajaran sosial, apakah cara yang paling efektif bagi seorang guru untuk membantu pelajar mengatasi masalah disiplin di sekolah?
A. Memberi hukuman yang tegas kepada pelajar yang melanggar peraturan agar mereka takut untuk mengulanginya
B. Menjadi model teladan yang baik dan menggunakan pendekatan positif dalam interaksi dengan pelajar
C. Mengabaikan tingkah laku negatif pelajar dan memberi tumpuan kepada tingkah laku positif sahaja
D. Menggalakkan pelajar untuk belajar daripada kesilapan mereka tanpa memberikan sebarang panduan atau sokongan
