wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tasawwur Islam BA132C BA132D

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah susunan yang BETUL mengenai proses penciptaan manusia menurut Al-Quran?

a)

Nutfah – Mudghah – ‘Alaqah dan Nafkh Ruh

b)

Nutfah – ‘Alaqah – Mudghah – Izam dan Lahm

c)

Turab – Tin – Hama’in Masnun dan Nafkh Ruh

d)

Turab – Hama’in masun – Tin Lazib dan Nafkh Ruh

2.

Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah unsur kejadian manusia diciptakan oleh Allah?

§  Beramal soleh

§  Berakhlak mulia

§  Mendekatkan diri dengan Allah SWT

§  Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya

a)

Unsur Jasmani

b)

Unsur Emosi

c)

Unsur Akal

d)

Unsur Rohani

3.

Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah kategori sunnah yang dimaksudkan?

 

§  Bersugi

§  Tidur mengiring ke sebelah kanan

§  Makan dengan tangan kanan

a)

  Qauliyyah

b)

Fi'liyyah

c)

Taqririyyah

d)

Wasatiyyah

4.

Dadah adalah haram kerana mempunyai persamaan dengan arak disebabkan ianya memabukkan, memudaratkan dan menghilangkan kewarasan akal fikiran manusia.

 

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sumber yang digunakan untuk menyamakan hukum haram tersebut?

a)

Al-Quran

b)

Al-Sunnah

c)

Al-Ijma'

d)

Al-Qiyas

5.

Antara berikut yang manakah BENAR mengenai fungsi akidah dalam skop ajaran Islam?

 

i.        Pendorong untuk mematuhi syariat dan berakhlak mulia

ii.      Syarat utama masuk syurga

iii.    Asas pertama masuk Islam

iv.    Mencurahkan sepenuh tenaga untuk mencapai sesuatu matlamat

a)

i, iii dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

6.

Antara ciri-ciri keistimewaan Islam ialah syumul. Antara berikut apakah pernyataan yang BETUL menepati konsep dan ciri syumul?

a)

Menepati fitrah dan naluri manusia

b)

Merupakan ajaran yang sejagat kepada semua tempat, bangsa, dan sepanjang masa

c)

   Meliputi semua aspek yang sempurna dan lengkap berkaitan urusan dunia dan akhirat

d)

   Merangkumi hal ehwal pengabdian kepada Allah dan tujuan diciptakan manusia

7.

    Tayammum gantian wuduk dan solat jama’ dan qasar adalah antara rukhsah atau keringanan yang diberikan jika situasi darurat berlaku.

 

Merujuk kepada pernyataan di atas, apakah ciri keistimewaan Islam yang dimaksudkan?

a)

Sepadu dan Seimbang

b)

Praktikal dan realistik

c)

Lengkap dan Sempurna

d)

Tetap dan Anjal

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam adalah agama yang 'Alamiyah?

a)

Agama yang datang dari Tuhan, dan bukanlah manusia

b)

Sesuai untuk semua orang, sepanjang masa

c)

Bersifat seimbang dan tidak ekstrimis

d)

Selagi mana adat tersebut tidak bercanggah dengan agama Islam, maka ia boleh dilakukan

9.

Apakah elemen utama dalam skop akidah?

a)

Beriman kepada Hari Kiamat

b)

Manunaikan zakat

c)

Melawan Hawa Nafsu

d)

Mendirikan solat

10.

Islam terdiri dari beberapa skop utama, pilih lebih dari satu.

a)

Akhlak

b)

Tauhid

c)

Syariah

d)

Wasilah