WorksheetsPENILAIAN KERJA KURSUS (PKK) PENGETAHUAN
Total questions: 62
Worksheet time: 31mins
Name
Class
Date
1.
Berapakah syarat umur bagi pendidik/pengasuh di TASKA?
a)
16
b)
17
c)
18
d)
19
2.
TASKA di Tempat Kerja ditubuhkan atas inisiatif Badan Bukan Kerajaan (NGO)
a)
Betul
b)
Salah
3.
Ibu bapa tidak perlu mengisi buku log kanak-kanak semasa mengambil dan menghantar kanak-kanak
a)
Betul
b)
Salah
4.
Selepas memeriksa fizikal kanak-kanak, pendidik/pengasuh perlu merekod maklumat tersebut di dalam rekod kesihatan kanak-kanak
a)
Betul
b)
Salah
5.
Apakah tujuan Buku Log/Buku Komunikasi?
a)
Untuk mengetahui kehadiran kanak-kanak setiap hari
b)
Untuk menyemak barang peribadi kanak-kanak yang dibawa ke TASKA
c)
Untuk pendidik/pengasuh mencatat gejala semasa menjalankan saringan kesihatan
d)
Untuk mencatat aktiviti rutin dan aktiviti pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di TASKA
6.
Apakah tujuan Rekod Saringan Kesihatan?
a)
Untuk mengetahui kehadiran kanak-kanak setiap hari
b)
Untuk menyemak barang peribadi kanak-kanak yang dibawa ke TASKA
c)
Untuk pendidik/pengasuh mencatat gejala semasa menjalankan saringan kesihatan
d)
Untuk membantu pendidik/pengasuh memberi ubat dengan kuantiti yang tepat serta pada masa yang betul
7.
Nyatakan dua (2) prosedur sebelum membuat saringan kesihatan kanak-kanak
a)
Persediaan ruang dan peralatan saringan kesihatan
b)
Kesediaan diri pendidik/pengasuh (emosi, pakaian, kesihatan)
c)
Cuci tangan terlebih dahulu sebelum menjalankan pemeriksaan
d)
Mengambil suhu badan kanak-kanak dengan menggunakan jangka suhu yang sesuai
8.
Senaraikan tiga (3) perkara yang perlu dimaklumkan kepada ibu bapa berkaitan keadaan kanak-kanak di TASKA
a)
Kesihatan kanak-kanak
b)
Tingkah laku kanak-kanak
c)
Aktiviti perkembangan harian
d)
Keperluan barangan peribadi kanak-kanak
9.
Senaraikan tiga (3) elemen hospitaliti yang perlu diberi perhatian ketika menghantar kanak-kanak kepada ibu bapa
a)
Bahasa badan
b)
Ucapan salam
c)
Intonasi suara
d)
Cara penampilan dan tatarias
10.
Nyatakan dua (2) cara pendidik/pengasuh boleh berhubung secara profesional dengan ibu bapa
a)
Bersopan-santun
b)
Guna bahasa yang mudah difahami
c)
Menghormati kepercayaan dan agama
d)
Pergaulan yang terhad kepada urusan kerja
11.
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Pergigian Awal Kanak-kanak diterbitkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2008
a)
Betul
b)
Salah
12.
Losen urut bayi mestilah bebas daripada bahan kimia untuk mengelakkan masalah kulit seperti ruam dan ekzema
a)
Betul
b)
Salah
13.
Sebelum memandikan kanak-kanak, pendidik/pengasuh perlu menyediakan beberapa barang peribadi kanak-kanak terlebih dahulu
a)
Betul
b)
Salah
14.
Pendidik/pengasuh tidak perlu periksa keadaan kesihatan bayi sebelum memandikan bayi tersebut
a)
Betul
b)
Salah
15.
Yang manakah cara urutan bayi yang betul bagi jenis urutan kepala dan muka?
a)
Jangan guna sebarang minyak untuk di bahagian ini
b)
Mulakan dari bahagian bahu hingga ke pergelangan tangan
c)
Letakkan bayi dalam keadaan meniarap dengan keadaan tangannya di hadapan dan bukan disisi
d)
Letakkan kedua-dua tangan anda di bahagian tengah dada bayi anda dan gosok ke arah luar badan ke arah sebelah sisi
16.
Yang manakah cara urutan bayi yang betul bagi jenis urutan belakang badan?
a)
Mulakan dari bahagian bahu hingga ke pergelangan tangan
b)
Kawasan perut bayi adalah kawasan yang halus, tekanan perlu dielak walaupun sedikit
c)
Letakkan bayi dalam keadaan meniarap dengan keadaan tangannya di hadapan dan bukan disisi
d)
Letakkan kedua-dua tangan anda di bahagian tengah dada bayi anda dan gosok ke arah luar badan ke arah sebelah sisi
17.
Nyatakan dua (2) contoh bahan ramuan yang perlu dielakkan dalam kelengkapan mandian bayi
a)
Aqua
b)
Paraben
c)
Phenoxyethanol
d)
Lauryl Glucoside
18.
Nyatakan tiga (3) teknik yang digunakan untuk mengurut perut bayi
a)
I LOVE YOU
b)
Water Wheel
c)
Swedish Milking
d)
Walking The Wind
19.
Pilih tiga (3) kebaikan cloth diaper
a)
Bebas bahan kimia
b)
Melindungi kulit bayi
c)
Mengurangkan masalah ruam lampin pada bayi
d)
Kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang
20.
Nyatakan dua (2) jenis flos gigi
a)
Pita gigi
b)
Berus gigi
c)
Ubat gigi
d)
Flos berlilin atau tanpa lilin
21.
Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan jadual rutin harian kanak-kanak di TASKA?
a)
Membentuk aktiviti mengikut panduan pengurusan TASKA
b)
Menyusun aktiviti rutin harian yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
c)
Menggunakan aktiviti yang menggembirakan dengan pendekatan belajar sambil bermain
d)
Membuat jadual mengikut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
22.
Bagaimanakah jadual rutin harian memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak?
a)
Menggalakkan kreativiti dalam seni dan kraf
b)
Meningkatkan pemahaman konsep matematik
c)
Mempertahankan keseronokan dalam pembelajaran
d)
Membantu dalam pembangunan kemahiran berkomunikasi
23.
Mengapakah pendidik/pengasuh melakukan perekodan semasa aktiviti perbualan pagi?
a)
Untuk mengawal masa aktiviti
b)
Untuk memastikan kanak-kanak sentiasa diam
c)
Untuk mendokumentasikan perkembangan kanak-kanak
d)
Untuk mengetahui kadar pertukaran wang raya oleh kanak-kanak
24.
Apakah yang kanak-kanak boleh lakukan semasa Nature Walk?
a)
Membaca buku
b)
Menonton televisyen
c)
Meneroka alam sekitar
d)
Bermain permainan video
25.
Apakah yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak melalui permainan bebas?
a)
Hanya belajar membaca dan menulis
b)
Tidak ada pembelajaran yang berlaku
c)
Belajar hanya tentang satu topik sahaja
d)
Merangsang pemikiran kritis dan kreativiti
26.
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih ruang untuk aktiviti main pasir?
a)
Saiz keseluruhan bilik kelas
b)
Jumlah perabot di bilik kelas
c)
Warna cat dinding bilik kelas
d)
Ketinggian langit-langit bilik kelas
27.
Apakah aktiviti yang perlu dilakukan oleh pendidik/pengasuh semasa aktiviti bermain air?
a)
Tidak perlu melakukan apa-apa
b)
Berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif
c)
Menonton dan tidak berinteraksi dengan kanak-kanak
d)
Menghukum kanak-kanak jika mereka membuat kotoran
28.
Apakah kepentingan untuk memberi pujian kepada kanak-kanak?
a)
Untuk memberi ganjaran fizikal
b)
Untuk menunjukkan kelemahan mereka
c)
Untuk membuat mereka berasa lebih baik daripada rakan sebaya
d)
Untuk menggalakkan mereka berusaha dan mencuba perkara baru
29.
Apakah yang perlu dilakukan jika ruang bermain terlalu sesak?
a)
Mencari alat permainan yang lebih kecil
b)
Memilih ruang bermain yang lebih besar
c)
Mengasingkan kanak-kanak mengikut umur
d)
Membuang alat permainan yang tidak digunakan
30.
Apakah yang boleh dilakukan oleh pendidik/pengasuh sebelum memulakan aktiviti perbualan pagi dalam kumpulan besar?
a)
Berbual dan bersoal jawab tentang keadaan cuaca
b)
Membaca doa diikuti nyanyian Negaraku/lagu nurseri
c)
Mengumpulkan kanak-kanak dalam bilik masing-masing
d)
Menggunakan kreativiti masing-masing ketika mengendalikan perbualan
31.
Kebanyakan bayi pada usia 3 bulan tidur selama 12 jam pada waktu malam
a)
Betul
b)
Salah
32.
Pemilihan warna yang lembut atau kertas dinding dapat membantu mengelakkan kebosanan dalam bilik tidur kanak-kanak
a)
Betul
b)
Salah
33.
Kejadian SIDS telah berkurang kepada 50% semenjak posisi tidur terlentang dicadangkan pada tahun 1992
a)
Betul
b)
Salah
34.
Gunakan lampu tidur atau biarkan pintu terbuka dapat membantu kanak-kanak tidur dengan lebih baik
a)
Betul
b)
Salah
35.
Berikan dua (2) situasi yang tidak dapat dielakkan oleh pendidik/pengasuh untuk mengendalikan rutin harian bayi yang sempurna
a)
Bayi perlu dipujuk mungkin kurang sihat
b)
Bayi tidur lebih daripada waktu dalam jadual
c)
Bayi tidak mahu tidur mengikut waktu yang ditetapkan
d)
Bayi kerap makan kerana pemberian makanan dalam kuantiti yang sedikit
36.
PIlih tiga (3) aktiviti yang sesuai dijalankan sekiranya kanak-kanak tidak boleh tidur
a)
Melukis
b)
Menyanyi
c)
Mewarna
d)
Membuat latihan
37.
Apakah tiga (3) kesan buruk kepada kanak-kanak yang kurang tidur?
a)
Bersemangat
b)
Risiko obesiti
c)
Kurang tumpuan
d)
Sukar mengawal emosi
38.
Apakah dua (2) komponen yang terdapat dalam Jadual Harian TASKA?
a)
Nama aktiviti
b)
Hari dan waktu
c)
Peruntukan masa aktiviti
d)
Keperluan asas kanak-kanak
39.
Apakah akta yang mengawal selia penyediaan makanan untuk kanak-kanak di TASKA?
a)
Akta Makanan 1983
b)
Akta Pendidikan 1996
c)
Akta Kesihatan Kanak-kanak 1990
d)
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 Pindaan 2007
40.
Menurut Peraturan 43, apakah yang perlu disediakan oleh pengusaha TASKA bagi kanak-kanak?
a)
Jadual belajar
b)
Jadual makan
c)
Senarai pakaian
d)
Senarai permainan
41.
Siapakah yang bertanggungjawab dalam perancangan menu dan penyediaan makanan di TASKA?
a)
Doktor Keluarga
b)
Pendidik TASKA
c)
Guru Besar Sekolah
d)
Ibu Bapa Kanak-kanak
42.
Apakah peraturan yang menghendaki pengusaha menyediakan air bersih untuk kanak-kanak di TASKA?
a)
Peraturan 13
b)
Peraturan 15
c)
Peraturan 24
d)
Peraturan 45
43.
Apakah amalan yang digalakkan untuk bayi dari lahir sehingga umur 6 bulan?
a)
Memberi makanan pejal
b)
Memberi jus buah-buahan
c)
Penyusuan susu ibu sahaja
d)
Penyusuan susu formula sahaja
44.
Antara berikut, yang manakah merupakan aras yang perlu dimakan dalam kuantiti yang lebih pada Piramid Makanan Malaysia?
a)
Aras atas
b)
Aras bawah
c)
Aras tengah
d)
Aras paling atas
45.
Apakah jenis makanan yang harus dikurangkan mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia?
a)
Ikan dan daging
b)
Bijirin dan produk bijirin
c)
Lemak, garam dan gula
d)
Buah-buahan dan sayur-sayuran
46.
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?
a)
Makanan yang diambil dalam kuantiti yang besar
b)
Makanan yang hanya mengandungi satu jenis nutrien
c)
Makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi
d)
Makanan yang membekalkan tenaga dan semua zat yang diperlukan oleh tubuh
47.
Apakah kesan negatif jangka panjang dari pengambilan makanan tidak disarankan?
a)
Meningkatkan kecerdasan
b)
Meningkatkan tenaga segera
c)
Menyebabkan masalah kesihatan
d)
Menyebabkan penambahan zat makanan
48.
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh pencemaran mikrobiologikal?
a)
Penyakit bawaan makanan dan air
b)
Penggunaan bahan tambah/aditif kimia
c)
Sisa baki antibiotik dalam haiwan ternakan
d)
Pemindahan bahan kimia dari bahan pembungkusan
49.
Apakah kesan penggunaan sisa baki racun perosak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran?
a)
Memberi rasa yang lebih enak
b)
Menyebabkan pencemaran kimia
c)
Meningkatkan kandungan nutrien
d)
Menjadikan makanan lebih tahan lama
50.
Berapa lama maksimum makanan yang telah dimasak boleh disimpan dalam peti sejuk?
a)
2 hari
b)
3 hari
c)
4 hari
d)
5 hari
51.
Apakah tindakan yang perlu diambil apabila menyimpan makanan dalam chiller?
a)
Membiarkan makanan terdedah
b)
Meletakkan makanan pada suhu bilik
c)
Menempatkan makanan dalam bekas yang tidak ditutup
d)
Menyimpan makanan pada suhu di bawah 4 darjah celcius
52.
Apakah yang perlu dilakukan sebelum memakan buah-buahan yang dimakan mentah?
a)
Dibasuh terlebih dahulu
b)
Direndam dalam air garam
c)
Disimpan di dalam peti sejuk
d)
Dibiarkan terdedah di atas meja
53.
Apakah tujuan pengendalian makanan yang bersih?
a)
Mencegah pencemaran dan penyakit
b)
Memastikan makanan kelihatan menarik
c)
Mengurangkan kos penyediaan makanan
d)
Menentukan makanan disediakan dengan cepat
54.
Apakah yang perlu diberikan tumpuan semasa memilih bahan mentah untuk penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak?
a)
Harga
b)
Kualiti
c)
Kuantiti
d)
Kandungan gula
55.
Apakah tujuan penyimpanan bahan makanan kering dalam kabinet yang bersih dan selamat dalam ruang dapur?
a)
Untuk menjaga suhu bahan makanan
b)
Untuk memudahkan akses kepada bahan makanan
c)
Untuk melindungi bahan makanan daripada cahaya matahari
d)
Untuk mengelakkan bahan makanan daripada lalat, lipas dan tikus
56.
Berapakah usia yang disyorkan untuk memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi?
a)
3 bulan
b)
6 bulan
c)
9 bulan
d)
12 bulan
57.
Apakah yang perlu dilakukan jika bayi tertidur selepas menyusu dengan puting masih di dalam mulutnya?
a)
Tarik keluar puting dari mulut bayi
b)
Tunggu sehingga bayi bangun sendiri
c)
Biarkan bayi tidur dengan puting di dalam mulut
d)
Berikan bayi lebih banyak susu untuk menyedarkan bayi
58.
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik "first in, first out" dalam penyediaan susu formula?
a)
Susu yang dibeli terakhir harus digunakan terlebih dahulu
b)
Susu yang pertama dibeli harus digunakan terlebih dahulu
c)
Susu yang disediakan terakhir harus diberikan terlebih dahulu
d)
Susu yang disediakan pertama kali harus diberikan terlebih dahulu
59.
Apakah yang perlu dilakukan jika bekalan elektrik terputus semasa menyimpan susu ibu dalam peti sejuk beku?
a)
Biarkan susu ibu membeku
b)
Tidak perlu melakukan apa-apa
c)
Gunakan susu ibu dengan segera
d)
Simpan semula susu ibu dalam peti sejuk biasa
60.
Apakah yang perlu dielakkan semasa menghias makanan untuk kanak-kanak?
a)
Menggunakan susun atur yang menarik
b)
Menggunakan potongan makanan menarik
c)
Menggunakan bahan yang tidak boleh dimakan
d)
Menggunakan peralatan makan berwarna-warni
61.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk menjadikan waktu makan satu pengalaman positif bagi kanak-kanak?
a)
Menghidangkan makanan yang sama setiap hari
b)
Menyajikan makanan dengan cepat tanpa interaksi
c)
Memarahi kanak-kanak jika mereka tidak suka makanan
d)
Menyediakan makanan dalam kombinasi warna yang menarik
62.
Apakah tekstur makanan bayi yang sesuai untuk bayi yang baru mula makan makanan pejal?
a)
Puri halus
b)
Makanan dilecek
c)
Makanan dicincang
d)
Makanan dipotong kecil
100 %
