WorksheetsPertandingan Quizizz Integriti 2024
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Enam (6) fungsi teras Unit Integriti adalah seperti berikut KECUALI:
Pengukuhan Integriti
Pengesanan dan Pengesahan
Pembanterasan Rasuah
Pengurusan Aduan
Tema bagi Sambutan Bulan Integriti Nasional Tahun 2024 adalah _____________.
Integriti Citra Malaysia Madani
Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi
Integriti Teras Keluarga Madani
Integriti Pemangkin Keluarga Madani
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), terdapat empat (4) kesalahan rasuah yang utama iaitu:
i. Meminta / menerima rasuah
ii. Memberi suapan
iii. Membuat pinjaman dengan syarikat pemberi pinjam wang
iv. Mengemukakan tuntutan palsu
v. Salah guna kuasa
i, ii, iii dan iv
i, ii, iv dan v
ii, iii, iv dan v
i, iii, iv dan v
Di Malaysia, rasuah juga dikenali dengan nama-nama berikut KECUALI:
Pewangi
Tumbuk rusuk
Duit kopi
Bunga emas
Kod Etika Juruaudit digubal bagi meningkatkan standard profesionalisme Juruaudit JAN dengan tujuan mewujudkan perlakuan dan etika kerja Juruaudit JAN yang menepati standard berasaskan kepada nilai-nilai dan akhlak murni.
Betul
Salah
Seorang penjawat awam mempunyai akses kepada maklumat sulit kerajaan. Apa tanggungjawab yang perlu diambil untuk memastikan integriti maklumat terpelihara?
Berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan keluarga untuk memberi mereka kelebihan
Menggunakan maklumat sulit untuk keuntungan peribadi atau politik
Mengabaikan kerahsiaan maklumat tersebut jika ia tidak memberi kesan besar
Menjaga kerahsiaan maklumat tersebut dan hanya menggunakannya untuk tujuan rasmi yang dibenarkan
Sebagai penjawat awam, apakah peranan anda dalam menjaga kepercayaan orang awam terhadap institusi kerajaan?
Menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi
Mengutamakan kepentingan individu berbanding kepentingan masyarakat
Bertindak secara adil, profesional, dan telus dalam setiap keputusan
Mengabaikan aduan daripada orang awam sekiranya ia tidak memberi keuntungan peribadi
Berikut merupakan perkara-perkara larangan mutlak selaku penjawat awam KECUALI
Penyalahgunaan dadah
Gangguan seksual
Keterhutangan kewangan yang serius
Melakukan pekerjaan luar
Antara berikut, manakah tindakan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual?
Memberi hadiah sempena hari lahir rakan sekerja
Meminta bantuan rakan sekerja untuk menyelesaikan tugasan
Memanggil rakan sekerja dengan perkataan ‘sayang’ sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan tersebut
Makan tengah hari bersama rakan sekerja untuk menghilangkan lelah
Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa gangguan seksual adalah seperti berikut:
i. Membuat laporan polis
ii. Membuat panggilan di Talian Kasih 15999
iii. Mengemukakan aduan kepada Unit Integriti (UI) kementerian/jabatan/agensi pelaku
iv. Mengumpulkan bukti perlakuan tersebut
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
Semua di atas
Penjawat awam adalah dibenarkan untuk menggunakan sebarang aset milik Kerajaan bagi urusan peribadi jika tiada yang akan mengetahui atau sekiranya ia tidak mendatangkan kerugian.
Betul
Salah
Integriti bermaksud melakukan perkara yang betul walaupun tiada sesiapa yang memerhatikannya.
Betul
Salah
Seseorang pegawai boleh datang lewat ke tempat kerja, selagi mana tidak menjejaskan tugas mereka.
Betul
Salah
Apakah yang dimaksudkan dengan CPI?
Corruption Perspective Index
Corruption Perceptions Index
Corruption Perceptive Index
Corruption Power Index
Di tangga berapakah kedudukan Malaysia dalam CPI (yang terkini)?
57
50
61
62
Prinsip kelima Malaysia MADANI adalah:
Kemampanan
Kesejahteraan
Keyakinan
Ihsan
Apakah yang dimaksudkan dengan HEMAT?
Sikap penjawat awam dalam membuat perancangan kewangan kerajaan yang menitik beratkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.
Sikap penjawat awam dalam menggunakan wang Kerajaan bagi projek atau program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.
Sikap penjawat awam dalam merancangkan perbelanjaan Kerajaan secara teratur dan kos efektif.
Sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros.
Apakah yang dimaksudkan dengan Semangat MALAYSIA?
Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Semangat, Intelektual dan Arif
Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Ikhlas dan Aman
Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Senyum, Ihsan dan Arif
Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif
Apakah yang dimaksudkan dengan NACS?
Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Strategi Pemusnahan Rasuah Nasional
Strategi Penghapusan Rasuah Nasional
Strategi Pelupusan Rasuah Nasional
Apakah dua (2) substrategi yang diterajui oleh Jabatan Audit Negara dalam NACS?
i. Mewajibkan syarikat untuk mengisytiharkan pemunya benefisial untuk mengambil bahagian dalam perolehan awam
ii. Menjalankan kajian kebolehlaksanaan penggubalan Rang Undang-Undang Tatakelola
iii. Meningkatkan keberkesanan tadbir urus seperti yang dicadangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara melalui pemantauan berterusan menggunakan Papan Pemuka Ketua Audit Negara (Papan Pemuka AG)
iv. Meningkatkan tatakelola dan fungsi Audit Dalam di Perkhidmatan Awam
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
iii dan iv
