wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN K1 PERCUBAAN F5 2023

Total questions: 181

Worksheet time: 2hrs 31mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?

a)

Kuasa tertinggi dalam negara

b)

Negara yang bebas dan merdeka

c)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

d)

Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

2.

Setiap negara yang berdaulat mempunyai sistem perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara. Apakah badan yang bertanggungjawab menentukan sistem perundangan negara kita?

a)

Parlimen

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Rakyat

d)

Yang di-Pertuan Agong

3.

Berikut adalah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada kedaulatan.

*Daulah

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Menjadi negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kerajaan yang terikat oleh undang-undang

d)

Memiliki kebebasan peringkat antarabangsa

4.

Pemerintah dan rakyat memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Apakah maksud kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

6.

Maklumat berikut berkaitan jawatan utama negara di Malaysia.

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertua Negeri

7.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?

a)

Berasaskan rumpun bangsa

b)

Pemerintah berkuasa mutlak

c)

Pengiktirafan undang-undang

d)

Berdasarkan kepada perlembagaan

8.

Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?

a)

Mewartakan undang-undang

b)

Menubuhkan badan kehakiman

c)

Mewujudkan suruhanjaya bebas

d)

Melaksanakan pindaan perlembagaan

9.

Kedaulatan boleh ditakrifkan mengikut beherapa sudut pandangan.

  • * Sumber Bahasa Inggeris

  • * Perkataan Sovereignty

  • Berdasarkan takrifan dari sudut hahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan bahasa Inggeris?

a)

Kuasa penuh negara

b)

Kuasa negara mendeka

c)

Kuasa tertinggi pemerintah

d)

Kuasa penuh pemerintahan

10.

Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial bagi memperkukuhkan kesejahteraan negara.

• Bahasa Kebangsaan

• Rukun Negara

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar tersebut?

a)

Pengukuhan politik

b)

Pemantapan ekonomi

c)

pemupukan perpaduan

d)

Pembasmian kemiskinan

11.

Senarai berikut berkaitan jenis kedaulatan.

• Kedaulatan Moden

• Kedaulatan Undang-undang

• Kedaulatan Antarabangsa

• X

Apakah X ?

a)

Kedaulatan Raja

b)

Kedaulatan rakyat

c)

Kedaulatan Tradisional

d)

Kedaulatan pemerintahan

12.

Bagaimanakah Rukun Negara dapat mengukuhkan kedaulatan negara kita?

a)

Memupuk jati diri kaum

b)

Membentuk perpaduan kaum

c)

Mengekalkan warisan bangsa

d)

Mengukuhkan ekonomi negara

13.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

a)

Mewujudkan kesejahteraan rakyat

b)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

c)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

14.

Bagaimanakah dasar berikut dapat mempertahankan kedaulatan negara kita?

a)

Mengekalkan kestabilan politik

b)

Mengukuhkan patriotisme rakyat

c)

Memupuk integrasi nasional

d)

Mewujudkan kemakmuran ekonomi

15.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan takrif kedaulatan?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Gambar sampul surat berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.

Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan negara kita?

a)

Perkongsian cara hidup yang sama

b)

Pengamalan adat resam yang berbeza

c)

Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat

d)

Keharmonian dalam kalangan berbilang kaum

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis-jenis kedaulatan.

Apakah X ?

a)

Agama

b)

Pertahanan

c)

Antarabangsa

d)

Perlembagaan

18.

Bagaimanakah rakyat dapat mengeratkan perpaduan sesama mereka?

I Memperjuangkan persamaan hak

II Menggunakan bahasa kebangsaan

III Mengamalkan semangat perkongsian kuasa

IV Mempertahankan kebudayaan bangsa sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Undang-undang Inggeris berikut telah diperkenalkan di negara kita.

*Charter of Justice I

*Charter of Justice II

* Charter of Justice III

Di manakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Negeri-negeri Borneo

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

20.

Apakah majlis yang menggubal undang-undang di negeri Melayu pada tahun 1877?

a)

Maljis Negeri

b)

Majlis Tertinggi

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

21.

British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat pada abad ke-19.

Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?

a)

Mempelbagai kegiatan ekonomi

b)

Membendung keganasan komunis

c)

Menghalang campur tangan kuasa asing

d)

Mengelakkan penindasan terhadap penduduk

22.

Penyataan berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

*Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963

Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pembentukan Suruhanjaya Reid

d)

Pengasingan kuasa

23.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain. Apakah model pemerintahan tersebut?

a)

Monarki

b)

Parlimen

c)

Republik

d)

Westminster

24.

Maklumat berikut berkaitan pindaaan Perlembagaan Persekutuan.

*Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pembentukan Suruhanjaya Reid

d)

Pelaksanaan Pilihan raya Umum Pertama

25.

Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

26.

Rajah berikut menunjukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong

• Pulau Pinang

• Melaka

• Sarawak

• Sabah

Bagaimanakah kedudukan baginda di negeri-negeri tersebut?

a)

Penasihat Mailis Tertinggi

b)

Penaung Menteri Besar

c)

Kelua angkatan tentera

d)

Ketua agama Islam

27.

Undang-undang berikut telah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan Barat.

Apakah fungsi undang-undang tersebut?

a)

Pentadbiran yang sistematik

b)

Keselamatan raja dan rakyat

c)

Panduan dan kawalan kepada raja

d)

Kedaulatan daripada campurtangan luar

28.

Mengapakah pindaan dibuat ke atas undang-undang berikut?

*Pindaan Perlembagaan 1963

*Pindaan Perlembagaan 1965

a)

Menunjukkan kewibawaan

b)

Menjamin keluhuran perlembagaan

c)

Memenuhi desakan parti-parti politk

d)

Menyesuaikan dengan keperluan semasa

29.

Maklumat berkaitan undang-undang Inggeris di Negeri-negeri Selat.

*Charter of Justice

*Diambil daripada undang-undang yang digubal di England

Apakah matlamat undang -undang tersebut?

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Mengawal raja dan pembesar

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menghalang kemasukan imigran

30.

Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita?

I. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera

II. Sistem Demokrasi Berparlimen

III. Kewarganegaraan

IV. Bahasa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Maklumat berikut adalah model yang digunakan oleh Suruhanjaya Reid dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

*. Model Westminster

Apakah ciri penting model tersebut?

a)

Berasaskan model negara Britain

b)

Digubal oleh pertubuhan Komanwel

c)

Berlandaskan Demokrasi Berparlimen

d)

Membentuk sistem Kerajaan Persekutuan

32.

Berikut merupakan pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan dengan pemisahan Singapura.

• Imigresen

• Kewangan

• Hubungan Luar

• X

Apakah X?

a)

Kesihatan

b)

Pendidikan

c)

Pertahanan

d)

Mahkamah

33.

“PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957”

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Digubal oleh Parlimen

b)

Diambil berdasarkan Hukum Kanun Melaka

c)

Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

d)

Disesuaikan dengan model Westminster

34.

Apakah perkara yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?

I Struktur mahkamah

II Pengagihan kekayaan

III Peranan bahasa kebangsaan

IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Antara berikut, manakah perkara yang menjadi rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

Kebebasan hak bersuara

b)

Kewarganegaraan yang sama

c)

Penggunaan bahasa kebangsaan

d)

Pelaksanaan pendidikan vernakular

36.

Apakah perkara yang dipinda dalam pindaan Perlembagaan 1965?

a)

Hubungan luar

b)

Sistem pendidikan

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Struktur mahkamah

37.

Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?

a)

Ketua hakim

b)

Ketua pentadbir negeri

c)

Ketua keselamatan dan keamanan

d)

Ketua hal ehwal agama Islam

38.

Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia.

Apakah peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja?

a)

Penasihat kerajaan

b)

Pakar perlembagaan

c)

Pengimbang sistem demokrasi

d)

Penggubal undang-undang negeri

39.

Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

40.

Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?

a)

Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

b)

Dipilih rakyat melalui pilihan raya

c)

Diluluskan oleh Perlembagaan Persekutuan

d)

Diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong

41.

Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar.

Apakah kepentingan cap tersebut?

a)

Mengesahkan pelantikan menteri

b)

Melambangkan kedaulatan pemerintah

c)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal oleh Parlimen

42.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-Raja adalah

a)

mengesyorkan perintah darurat

b)

mengisytiharkan persempadanan

c)

meluluskan peruntukan perbelanjaan

d)

memperkenankan pindaan perlembagaan

43.

Apakah kepentingan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?

a)

Mengukuhkan kuasa raja

b)

Mewujudkan kesamarataan

c)

Meredakan konflik parti politik

d)

Mengelakkan pertindihan kuasa

44.

Apakah yang menghalang perluasan kuasa British di negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

Perpaduan rakyat

b)

Pemimpin agama

c)

Penyatuan kaum

d)

Pemerintahan beraja

45.

Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sislem demokrasi di negara kita. Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?

a)

Mengesah pelantikan anggota jemaah menteri

b)

Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan penting

c)

Mempunyai kuasa budi bicara dalam pobentukan kerajaan

d)

Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen

46.

Bagaimanakah pemerintahan beraja diteruskan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

a)

Pilihan Raya

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Jawatan Yang di-Pertuan Agong

47.

Pengasingan kuasa diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini.

• Badan Perundangan

• Badan Eksekutif

• Badan Kehakiman

Siapakah punca kuasa kepada ketiga-tiga badan ini?

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Majlis Raja-Raja Melayu

48.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

a)

Melantik Yang di-Pertuan Agong

b)

Mengamalkan gaya hidup bebas

c)

Memiliki dua kewarganegaraan

d)

Memilih pemimpin negara

49.

Penyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?

I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan

II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan

III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran

IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan Durbar?

a)

Persidangan umum antara Raja Melayu dengan British

b)

Persidangan umum antara Raja Melayu semua negeri

c)

Persidangan umum Raja Melayu dengan Parti Perikatan

d)

Persidangan umum Raja Melayu dengan pembesar Melayu

51.

Gambar berikut ialah cap Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mengesahkan kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan kabinet pertama

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Melambangkan undang-undang pemerintahan

52.

Gambar berikut berkaitan dengan persidangan Durbar yang pertama pada tahun 1897.

Persidangan tersebut bertujuan untuk membincangkan ...

a)

perubahan sempadan

b)

hal-ehwal pentadbiran

c)

pindaan perlembagaan

d)

syarat kewarganegaraan

53.

Seseorang menteri perlu mempertahankan keputusan bersama dalam Jemaah Menteri.

Apakah yang perlu dilakukan oleh menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah Menteri ?

a)

Meletakkan jawatan

b)

Menghentikan sesi persidangan

c)

Mengadakan undi tidak percaya

d)

Mengemukakan bantahan bertulis

54.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dan keistimewaan tertentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Antara hak tersebut ialah

I. melindungi kepentingan sah kaum lain

II. memelihara hak keistimewaan orang Melayu

III. menasihati Perdana Menteri dalam pentadbiran

IV. memilin Timbalan Yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Apakah strategi yang berjaya mengekalkan keamanan dan keselamatan di bahagian tengah Sarawak.

a)

ESSCOM

b)

RASCOM

c)

SALCRA

d)

PRIMA

56.

Apakah fungsi Majlis Tanah Negara?

a)

Menguruskan kawasan petempatan

b)

Mengawal kegiatan pertanian

c)

Menyediakan bekalan benih

d)

Meneroka tanah baru

57.

Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri.

Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?

a)

Tanah

b)

Pelajaran

c)

Kesihatan

d)

Pertahanan

58.

Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

a)

Melantik ketua kerajaan

b)

Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

c)

Menyeragamkan undang-undang negara

d)

Mengukuhkan kuasa pemerintahan

59.

Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ?

I Kewangan

II Undang-undang Islam

III Kerajaan Tempatan

IV Kewarganegaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Agensi apakah ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan tanah berikut?

Menyatukan dan memulihkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar

a)

FELDA

b)

SCORE

c)

FELCRA

d)

PERHILITAN

61.

Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih banyak berbanding peringkat lain?

a)

Mengawal kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri

b)

Mengelak permasalaban dalam negeri

c)

Mewujudkan kerajaan yang kuat

d)

Memastikan adat terpelihara

62.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berussha untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah kediaman.

Bagaimanakah kedua-dua kerajaan mencapai matlamat tersebut?

a)

Menyekal pembinaan rumah-rumah mewah

b)

Melarang warga asing membeli rumah di Malaysia

c)

Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik

d)

Menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah

63.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri?

I. Mewujudkan keadilan

II. Mengukuh perpaduan

III. Menjamin kestabilan negara

IV. Meningkatkan kemajuan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

64.

Tempat berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak.

• Taman Negara Kinabalu

• Taman Negara Mulu

Apakah keistimewaan taman negara tersebul?

a)

Pusat spesies Rafflesia

b)

Zon perlindungan PERHILITAN

c)

Tapak Warisan Dunia UNESCO

d)

Pusat penjagaan flora dan fauna

65.

Jadual berikut berkaitan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

Apakah perkara yang diletakkan di bawah Senarai Bersama?

a)

Pertanian dan perhutanan

b)

Perubatan dan kesihatan

c)

Kerajaan tempatan

d)

Kebajikan awam

66.

Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Menstabilkan harga padi

b)

Memulinkan tanah ladang

c)

Membangunkan tanah baharu

d)

Membantu dalam penyelidikan getah

67.

Rajah berikut berkaitan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengapakah pembahagian kuasa dilakukan?

a)

Menjaga hak asasi rakyat

b)

Melicinkan sistem pemerintahan

c)

Mengukuhkan sistem kebudayaan

d)

Memantapkan pertahanan negara

68.

Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dilaksanakan pada tahun 1997.

Apakah kebaikan perlaksanaan program tersebut?

I Membangunkan kawasan luar bandar

II Membuka kawasan baharu untuk perumahan

III Menyelesaikan masalah kekurangan rumah

IV Menghapuskan masalah kemiskinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

69.

Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberi kepada Kerajaan Persekutuan?

I Menjamin kestabilan negara

II Mewujudkan kerajaan Persekutuan yang kuat

III Menggubal undang-undang negara

IV Mengurus hal ehwal agama Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

Ill dan IV

70.

Sejak tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Mengapakah langkah tersebut diambil?

a)

Menarik minat pelancong

b)

Memulihara khazanah laut

c)

Mewujudkan identiti negara

d)

Mendapatkan pengiktirafan UNESCO

71.

Gambar menunjukkan fenomena yang berlaku dalam Taman

Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut

a)

Kerajaan Tempatan

b)

Jabatan Ketua Menteri

c)

Badan Bukan Kerajaan

d)

Majlis Tindakan Negara

72.

Perkara berikut berkaitan dengan kawalan keselamatan di negara kita.

• Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM)

Mengapakah kawasan keselamatan tersebut diistiharkan ?

a)

Rusuhan kaum

b)

Serangan lanun

c)

Ancaman komunis

d)

Penularan penyakit

73.

Maklumat berikut berkaitan tindakan A.M Azahari.

Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh

A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia

Mengapakah A.M. Azahari bertindak seperti di atas?

a)

Melindungi hak peribumi Borneo

b)

Menyokong gabungan dengan Indonesia

c)

Membentuk kesatuan Kalimantan Utara

d)

Menyekat penguasaan ekonomi

74.

Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963.

Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?

a)

Melancarkan serangan gerila

b)

Memusnahkan bandar

c)

Mengadakan demonstrasi

d)

Membakar rumah kediaman

75.

Maklumat berikut merujuk kepada idea gagasan Malaysia.

• Penyatuan wilayah penguasaan British

• Membentuk satu sistem pentadbiran dan ekonomi

Mengapakah langkah tersebut diambil?

a)

Memudahkan pentadbiran British

b)

Meneruskan imperialism Barat

c)

Melaksanakan dekolonisasi

d)

Menamatkan perang dunia

76.

Senarai berikut merupakan dasar konfrontasi yang telah dilakukan Indonesia ke atas Gagasan Malaysia.

• Pendaratan tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak

• Peristiwa berbalas tembakan tentera Malaysia dan Indonesia

Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?

a)

Menuntut campur tangan Brunei

b)

Melaksanakan sekatan ekonomi

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Membuat aduan kepada PBB

77.

Mengapakah Lord Brassey mencadangkan idea pembentukan Malaysia pada tahun 1887?

a)

Menyatukan pentadbiran

b)

Mengukuhkan pertahanan

c)

Membentuk tanah jajahan yang besar

d)

Membangunkan wilayah Sabah dan Sarawak

78.

Berikut merupakan antara faktor pembentukan Malaysia

• Pembangunan wilayah

• Mempercepatkan kemerdekan

• X

Apakah X?

a)

Keselamatan

b)

Kedaulatan

c)

Keamanan

d)

Kestabilan

79.

Jadual berikut berkaitan siri lawatan pemimpin negara sebelum pembentukan Malaysia.

Apakah kepentingan siri lawatan ini?

a)

Pemulihan hubungan

b)

Keadilan pengagihan kuasa

c)

Permuafakatan untuk merdeka

d)

Kesepakatan pembentukan Malaysia

80.

Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu(PBB) tentang pembentukan Malaysia. Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?

a)

Mengusulkan idea

b)

Memberi penjelasan

c)

Mengadakan siri lawatan

d)

Membuat tinjauan semula

81.

Mengapakah British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Memudahkan pentadbiran

c)

Memajukan taraf hidup rakyat

d)

Menghapuskan persaingan kuasa barat

82.

Maklumat berikut berkaitan reaksi pembentukan Malaysia.

**Dr. Suhandrio Menteri Luar Indonesia bertindak mengumumkan dasar kontrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963.

Apakah alasan yang membawa kepada tindakan tersebut?

a)

Mendakwa Sabah miliknya

b)

Mengancam kedudukan Indonesia

c)

Mengurangkan pengaruh orang Melayu

d)

Menggagalkan gagasan Melayu Raya

83.

Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Menuntut wilayah Sabah.

b)

Menubuhkan Kesatuan Borneo

c)

Melambatkan proses kemerdekaan

d)

Mengawal kestabilan politik Asia Tenggara

84.

Maklumat berikut berkaintan konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia .

Tarikh : 20 Januari 1963

Perkara: Ganyang Malaysia

Bagaimanakah kerajaan Malaysia menangani perkara tersebut?

I Menggunakan saluran diplomasi

II Menghentikan perdagangan dua hala

III Menyekat segala kemasukan rakyat asing

IV Mendapatkan sokongan negara luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

85.

Pada tahun 1962,referendum diadakan di Singapura.

Mengapakah referendum tersebut diadakan?

a)

Menentukan sokongan terhadap pembentukan Malaysia

b)

Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan

c)

Mengekalkan sistem pemerintahan British

d)

Menilai pengaruh parti politik berhaluan kiri

86.

Rajah berikut menunjukkan berlaku perubahan pada tarikh pengisytiharan pembentukan Malaysia.

Mengapakah perubahan ini berlaku?

a)

Ancaman komunis

b)

Bantahan dari Indonesia

c)

Laporan PBB tidak dapat disiapkan

d)

Kabinet Menteri lambat bermesyuarat

87.

Mengapakah penyatuan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 penting?

a)

Mengelakkan pencerobohan sempadan

b)

Mengatasi kejatuhan ekonomi

c)

Menyatukan pelbagai kaum

d)

Menyelesaikan masalah komunis

88.

Mengapakah Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?

a)

Mengancam kedudukan

b)

Menggugat kedaulatan

c)

Menjejaskan keselamatan

d)

Mencetuskan pemberontakan

89.

Antara berikut wilayah manakah yang menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963?

I Brunei

II Thailand

III Sarawak

IV Singapura

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

90.

Mengapakah terdapat penduduk di Sabah yang menolak cadangan pembentukan Malaysia?

a)

Mengutamakan bahasa ibunda kaum

b)

Mendapat hasutan Parti Komunis Malaya

c)

Mahukan kuasa mutlak dalam pentadbiran

d)

Membentuk Kesatuan Negeri Borneo

91.

Apakah cabaran dalaman yang dihadapi Malaysia selepas pembentukan Malaysia?

a)

Meningkatkan hasil pendapatan

b)

Mewujudkan pemimpin berwibawa

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Memantapkan pentadbiran negeri

92.

Maklumat berikut berkaitan cabaran untuk memajukan sistem pendidikan selepas pembentukan Malaysia. **Penduduk pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan secukupnya untuk bersekolah.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi cabaran tersebut?

a)

Melatih tenaga guru baru

b)

Memperkenalkan buku baru

c)

Memperkenalkan silibus baru

d)

Menyeragamkan kurikulum baru

93.

Rajah berikut berkaitan kaedah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak

Apakah kaedah X?

a)

Perang saraf

b)

Perintah berkurung

c)

Pengisytiharan darurat

d)

Pembesaran pasukan keselamatan

94.

Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13Mei1969?

a)

Penyelewengan dalam pilihan raya

b)

Pergaduhan antara kongsi gelap

c)

Kebanjiran pendatang asing

d)

Ketidakseimbangan dalam ekonomi

95.

Ancaman komunis di Semenanjung Malaysia pada fasa kedua pada bulan Mei 1969 hingga Disember 1978 ?

I Menculik orang awam

II Mengalihkan landasan kereta api

III Membunuh anggota keselamatan

IV Mengebom tempat awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

96.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah ?

I Mencari pasaran baru

II Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

III Melibatkan kerjasama sektor swasta

IV Menetapkan kuota pengeluaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

97.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966.

Bagaimanakah kerajaan herlindak untuk menghadapi krisis ini?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Meminda perlembagaan

c)

Mengadakan pilihan raya

d)

Memberi khidmat nasihat

98.

Rajah berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi pada awal pembentukan Malaysia.

Apakah X?

a)

Menggalakkan perniagaan dalam talian

b)

Menubuhkan pusat latihan vokasional

c)

Mempelbagai kegiatan ekonomi

d)

Mendapat bantuan Bank Dunia

99.

Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?

I. Kuasa terhad

II. Pasaran bersama

III. Pelabuhan bebas

IV. Tuntutan percukaian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

100.

Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak.

Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?

a)

Menghalang pengaruh asing

b)

Membendung kemasukan PATI

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Menyekat perkembangan ideologi

101.

Apakah cabaran kerajaan dalam memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sabah dan Sarawak?

a)

Teknologi rendah

b)

Saiz negeri yang besar

c)

Kekurangan tenaga mahir

d)

Tentangan dari negara jiran

102.

Mengapakah perpaduan kaum dan integrasi nasional sukar untuk dilaksanakan di negara kita ?

a)

Pengaruh globalisasi

b)

Kepelbagaian budaya

c)

Perubahan kepimpinan

d)

Perbezaan fahaman politik

103.

Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?

a)

Kekurangan bahan mentah

b)

Kepelbagaian kaum dan etnik

c)

Kekurangan pemimpin berwibawa

d)

Ketidakseimbangan sosioekonomi

104.

Kerajaan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengatasi isu Pembangunan dan ekonomi.

• Kadar pengangguran meningkat

• Peluang pekerjaan yang terhad

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut selepas merdeka?

a)

Menubuhkan pusat latihan vokasional

b)

Melaksanakan sistem pertanian pintar

c)

Mencari pasaran baharu bagi bijih timah

d)

Menubuhkan kawasan perindustrian baharu

105.

Mengapakah Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan Singapura dari Malaysia?

I Menjaga kepentingan rakyat

II Mengelakkan ketegangan kaum

III Menguatkan pertahanan Singapura

IV Meyukarkan kerjasama dengan Singapura

a)

I dan lI

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

Ill dan IV

106.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Peristiwa 13 Mei 1969?

I Mengisytiharkan darurat

II Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

III Membatalkan keputusan pilihan raya

IV Menangkap dalang yang mencetuskan rusuhan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

Il dan III

d)

IlI dan IV

107.

Petikan berikut merupakan inti pati ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Dewan Rakyat, pada 9 Ogos 1965.

“Pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan”

Mengapakah perkara tersebut terjadi ?

a)

Rusuhan kaum

b)

Pembatalan pinjaman

c)

Ancaman komunis berleluasa

d)

Pelaksanaan pelabuhan bebas cukai

108.

Rancangan Malaysia Pertama telah dilaksanakan dari tahun 1966 hingga 1970. Apakah isu ekonomi yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam melaksana rancangan tersebut?

I. Kejatuhan harga bahan mentah

II. Kebergantungan pada eksport getah

III. Kemerosotan kemasukan pelabur asing

IV. Ketidaksamarataan agihan modal saham

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

109.

Bagaimanakah kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996?

I Program pendidikan bersepadu diperkenalkan

II Kurikulum sekolah KBSR dan KBSM dilaksanakan

III Mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian

IV Diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

Il dan III

d)

III dan IV

110.

Penganjuran Mailis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah diadakan secara bergilir-gilir sejak tahun 1974. Apakah kesan daripada penganjuran sukan tersebut?

a)

Mempertingkatkan sektor pelancongan

b)

Menggalakkan integrasi antara negeri

c)

Mendapat pengiktirafan banyak pihak

d)

Melibatkan kerjasama sektor swasta

111.

Antara berikut, yang manakah merupakan ideologi yang diusahakan oleh kerajaan untuk perpaduan rakyat?

a)

Pilihan Raya

b)

Tugu Negara

c)

Rukun Negara

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

112.

Bagaimanakah Rukun Negara dapat membentuk masyarakat yang adil?

a)

Mengamalkan pelbagai adat

b)

Menguasai sains dan teknologi

c)

Masyarakat bebas daripada penindasan

d)

Membentuk masyarakat yang suka bersaing

113.

Mengapakah perpaduan kaum dan integrasi nasional sukar untuk dilaksanakan di negara kita ?

a)

Pengaruh globalisasi

b)

Kepelbagaian budaya

c)

Perubahan kepimpinan

d)

Perbezaan fahaman politik

114.

Apakah tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970?

a)

Memartabatkan bahasa Melayu

b)

Menambah bilangan cendekiawan Melayu

c)

Melahirkan pemimpin yang berwibawa

d)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

115.

Apakah penambahbaikan dalam Laporan Rahman Talib yang dilaksanakan melalui Kajian Aminuddin Baki?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Menekankan mata pelajaran Sejarah

c)

Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

d)

mengurangkan kadar buta huruf

116.

Mengapakah faktor sejarah menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka?

I. Pentadbiran British

II. Pembukaan tanah

III. Penyatuan wilayah

IV. Pendidikan vernakula

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

Il dan III

d)

III dan IV

117.

Logo berikut berkaitan dengan sambutan jubli emas ideologi negara.

Apakah latar belakang pembentukan ideologi tersebut?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Pembentukan Malaysia 1963

c)

Perisytiharan Kemerdekaan 1957

d)

Pembubaran Malayan Union 1946

118.

Apakah tujuan penubuhan Mailis Perundingan Negara (MAPEN) pada tahun 1970?

a)

Menyediakan modal

b)

Menyusun masyarakat

c)

Memupuk identiti nasional

d)

Memodenkan perindustrian

119.

Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British.

• Mengutamakan sektor ekonomi perlombongan dan perladangan

• Melaksanakan sistem pendidikan vernakular

Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca medeka?

a)

Keberhutangan tinggi

b)

Kecekapan pentadbiran

c)

Taraf hidup rakyat meningkat

d)

Kerenggangan hubungan kaum

120.

Pernyataan di bawah menunjukkan prinsip kelima Rukun Negara.

* Kesopanan dan Kesusilaan

Bagaimanakah prinsip tersebut dapat direalisasikan dalam kalangan rakyat Malaysia?

a)

Memupuk nilai-nilai murni

b)

Mematuhi undang-undang

c)

Menghormati lambang negara

d)

Mengukuhkan kuasa politik

121.

Maklumat berikut berkaitan cadangan Laporan Rahman Talib

• Penggunaan Bahasa yang seragam

• Menggunakan kurikulum yang sama

Apakah kepentingan cadangan tersebut

a)

Menghapuskan buta huruf

b)

Mewujudkan perpaduan rakyat

c)

Membentuk pelajar yang seimbang

d)

Melahirkan generasi berkemahiran tinggi

122.

Bagaimanakah matlamat masyarakat yang adil dalam Rukun Negara dapat dicapai?

I Menjamin kebebasan has asasi

II Bebas mengamalkan agama masing-masing

III Peluang yang sama menikmati kekayaan negara

IV Peluang yang sama untuk bersaing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

123.

Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

• Kegiatan persatuan

• Unit beruniform

• Sukan dan permainan

Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?

a)

Memupuk perpaduan kaum

b)

Melahirkan atlet bertaraf dunia

c)

Mempelbagai aliran persekolahan

d)

Meningkatkan kemahiran teknologi

124.

Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?

I Mencipta masyarakat yang adil

II Menjamin hak kebebasan rakyat

III Memperkasa semangat kenegerian

IV Membentuk masyarakat demokratik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

125.

Maklumat berikut berkaitan cabaran untuk memajukan sistem pendidikan selepas pembentukan Malaysia.

• Penduduk pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan secukupnya untuk bersekolah.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi cabaran tersebut?

a)

Melatih tenaga guru baru

b)

Memperkenalkan buku baru

c)

Memperkenalkan silibus baru

d)

Menyeragamkan kurikulum baru

126.

Apakah matlamat penubuhan Kolej Sultan Abdul Halim?

a)

Meningkatkan tenaga kerja mahir

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Menyeragamkan sistem pendidikan

d)

Memperkasakan Bahasa Melayu

127.

Gambar berikut berkaitan logo 1M1S.

Mengapakah dasar 1M1S diperkenalkan?

a)

Semangat cinta negara

b)

Semangat kenegerian

c)

Semangat sukarelawan

d)

Semangat setia kawan

128.

Garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan telah diadakan pada tahun 1970. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?

a)

Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

b)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

c)

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

d)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

129.

Tokoh berikut telah memberikan cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 untuk memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan murid.

Apakah cadangan tersebut?

I Mewajibkan pembelajaran Tatarakyat

II Mengutamakan pendidikan kerohanian

III Memperkenalkan sekolah aneka jurusan

IV Memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

130.

Rukun Negara dibentuk selepas Tragedi 13 Mei 1969. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang ..

a)

progresif

b)

berdaya saing

c)

merendah diri

d)

individualistik

131.

Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah.

• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

• Lembaga KemajuanPahang Tenggara (DARA)

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?

a)

Nanas dan kopi

b)

Kelapa dan koko

c)

Tembakau dan teh

d)

Getah dan kelapa sawit

132.

Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?

a)

Mencapai perpaduan negara

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menyeragamkan sistem kewangan

d)

Memperkukuh sektor pertahanan

133.

Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?

a)

Membuka kampung-kampung baharu

b)

Melaksanakan pembangunan wilayah

c)

Mengurangkan kemasukan imigran

d)

Mengurangkan saham milik asing

134.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara. Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?

a)

Melaksanakan ekonomi kawalan

b)

Mengawal kadar inflasi

c)

Memantau pengurusan kewangan negara

d)

Mengimbangi pembangunan antara negeri

135.

Apakah jenis tanaman yang diusahakan oleh agensi di bawah

• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA)

• Lembaha Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

I Koko

II Getah

III Kelapa Sawit

IV Kelapa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

136.

Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam bidang sosial

• Memberikan kemudahan pendidikan

• Mewujudkan masyarakat perdagangan

• X

Apakah X ?

a)

Meningkatkan kesihatan rakyat

b)

Menambahbaik kemudahan asas

c)

Menggunakan sains dan teknologi

d)

Membentuk masyarakat berdisiplin

137.

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Husscin pada 20 Disember 1974.

Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

Menambah pengeluaran hahan makanan

b)

Mempercepatkan pembangunan wilayah

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Memajukan pelhagai jenis perindustrian

138.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

• Meningkatkan saham kaum bumiputera sekurang-kurangya mencapai 30% dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden

Tindakan tersebut direalisasikan melalui

a)

kerjasama agensi

b)

pemberian tender

c)

usaha penswastaan

d)

latihan intensif

139.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Bagaimanakan matlamat DPN dapat dicapai?

a)

Pembangunan seimbang antara negeri

b)

Pembukaan bandar-bandar baharu

c)

Penyusunan masyarakat di bandar

d)

Pemupukan nilai kebangsaan

140.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1975.

Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?

a)

Memajukan industri pertanian

b)

Menambahkan pengeluaran makanan

c)

Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan

d)

Menyediakan peralatan pertanian

141.

Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang yang ditubunkan tahun 1973?

a)

Membangunkan industri desa

b)

Menjalankan penyelidikan pertanian

c)

Membantu petani dalam kegiatan koperasi

d)

Mengawal kualiti hasil pertanian

142.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Apakah perkara yang diberi tumpuan dalam pelaksanaan dasar tersebut?

a)

Meneroka kawasan hutan untuk pertanian

b)

Memajukan teknologi di kawasan luar bandar

c)

Memantapkan kegiatan ekonomi perindustrian

d)

Menjalankan perkebunan secara berkelompok

143.

Maklumat berikut merupakan salah satu strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

• Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar

• Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan strategi tersebut?

a)

Memperkenalkan program kitar semula

b)

Memulakan program agropelancongan

c)

Menumpukan penggunaan teknologi hijau

d)

Menggalakkan penggunaan teknologi pintar

144.

Antara berikut yang manakah strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai perpaduan kaum?

I Membasmi kemiskinan

II Membuka industri baharu

III Menawar peluang pekerjaan

IV Menyusun semula penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

145.

Gambar berikut merupakan rumah kediaman peneroka FELDA sebelum dan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan gambar tersebut tentang kejayaan DEB ?

a)

Menaikkan taraf hidup rakyat

b)

Memudahkan pemilikan geran tanah

c)

Meningkatkan bilangan ahli keluarga

d)

Memperkayakan kebudayaan tempatan

146.

Agensi berikut ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

*Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

*Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?

a)

Memodenkan teknologi

b)

Membangunkan wilayah

c)

Memberikan pinjaman moda

d)

Melaksanakan dasar penswastaan

147.

Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

148.

Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.

Mengapakah situasi di atas berlaku?

a)

Mengembalikan kedaulatan undang-undang

b)

Memastikan pembangunan ekonomi

c)

Mengadakan rundingan

d)

Menjaga kebajikan rakyat

149.

Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?

a)

Melancarkan Program Buku Merah

b)

Melaksanakan Rancangan Colombo

c)

Mengadakan Sidang Kemuncak Dunia

d)

Menubuhkan Tabung Kemanusiaan

150.

Jadual berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam.

Apakah X?

a)

Menyokong kemerdekaan negara

b)

Menyediakan dana pembangunan

c)

Memberi latihan ketenteraan

d)

Menghantar misi pengaman

151.

Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara luar kerana faktor keperluan nasional.

Apakah kepentingannya kepada negara kita?

I Menentukan hala tuju dasar luar negara

II Bebas daripada campur tangan kuasa asing

III Menjaga kebajikan rakyat Malaysia di luar negara

IV Kepentingan ekonomi dan keamanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

152.

Gambar menunjukkan Logo Komanwel.

Bagaimanakah penyertaan Malaysia dalam Komanwel dapat mengeratkan hubungan antara negara kita dengan negara anggota.

I Sukan komanwel

II Kerjasama Ekonomi

III Penyertaan dalam ZOPFAN

IV Menyertai misi pengaman dunia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

153.

Pernyataan herikut berkaitan Kementerian Luar Negeri.

• Menggubal dasar luar negara

• Menjaga kepentingan nasional Malaysia di peringkat antarabangsa

Apakah X?

a)

Parlimen

b)

Wisma Putra

c)

Istana Negara

d)

Jabatan Perdana Menteri

154.

Berikut merupakan deklarasi yang dikemukakan Malaysia dalam ASEAN.

• Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur pada tabun 1971.

Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut?

a)

Menjalin huhungan dengan China

b)

Menentang Dasar Aparteid Afrika Selatan

c)

Menghalang pengeksploitasian benua Antartika

d)

Menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain

155.

Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama.

• Kewujudannya adalah berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa

Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Wisma Putra

b)

Perbadanan Putrajaya

c)

Putra World Trade Centre (PWTC)

d)

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

156.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN.

• Skim Keutamaan Perniagaan (SKP)

Apakah kelebihan SKP?

a)

Pembayaran tarif rendah

b)

Pemotongan cukai barangan

c)

Penggunaan mata wang ASEAN

d)

Pertukaran teknologi pemasaran

157.

Antara berikut, yang manakah matlamat penggubalan dasar luar negara.

I. Menjalinkan hubungan ketenteraan

II. Mempertahankan kemerdekaan negara

III. Melindungi kepentingan nasional

IV. Menjamin kesejahteraan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

Il dan Ill

d)

Il dan VI

158.

Pengubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh

a)

kehendak kuasa asing

b)

keperluan ketenteraan

c)

pendirian negara serantau

d)

kepentingan ekonomi negara

159.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan erat dengan pelbagai kerajaan di rantau dan luar Alam Melayu pada abad ke-15. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar pada ketika itu?

I Mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka

II Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka

III Membantu menguasai tanah jajahan yang luas

IV Melancarkan sistem pemerintahan kerajaan Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

160.

Maklumat berikut adalah perubahan dasar luar Malaysia pada tahun 1970-an.

**Dasar Berkecuali

Apakah perkara yang membuktikan perubahan dasar Malaysia tersebut?

a)

Menandatangani Perjanjian Pertahanan Malaysia-British

b)

Menjadi perantara menyelesaikan konflik antara Iran-Iraq

c)

Mengisytiharkan deklarasi ZOPFAN bersama negara ASEAN

d)

Menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi

161.

Prinsip berikut berkaitan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.

Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berpendirian tersebut?

a)

Mendukung Piagam PBB

b)

Meneroka benua Antartika

c)

Menyertai komuniti ASEAN

d)

Menuntut Kepulauan Spratly

162.

Rancangan Colombo diperkenalkan dalam Komanwel pada tahun 1951. Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Menyediakan kemudahan kredit

b)

Menguruskan persidangan tahunan

c)

Mewujudkan kerjasama pertahanan

d)

Menyelesaikan masalah kemiskinan

163.

Rajah berikut berkaitan dengan dasar luar negara.

Apakah ‘Y’?

a)

Memajukan teknologi

b)

Memupuk hubungan baik

c)

Melestarikan alam sekitar

d)

Mengelakkan penindasan kaum

164.

Antara berikut manakah sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan rantau ASEAN?

a)

Menubuhkan organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)

b)

Mengumunkan deklarasi Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN)

c)

Menandatangani perjanjian Anglo-Malaysian Defence Agreement (AMDA)

d)

Menyertai Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)

165.

Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju telah menggugat ekonomi negara sedang membangun.

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?

I Gigih dalam pekerjaan

II Berani membuat penerokaan

III Toleransi sesama masyarakat

IV Waspada terhadap anasir luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

Il dan III

d)

Ill dan IV

166.

Maklumat berikut menjadi sejarah penting bagi Langkawi. Tahun : 2006

Peristiwa ; Mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark.

Mengapakah tindakan di atas dilakukan?

a)

Memodenkan pengurusan perhutanan

b)

Memajukan kawasan pelancongan

c)

Menggalakkan pembinaan saliran

d)

Menjamin kelestarian alam

167.

Mengapakah gerakan antiminyak kelapa sawit Malaysia dilancarkan oleh negara maju?

a)

Menyekat pengeluaran negara pengeksport

b)

Menjadi punca pencemaran alam sekitar

c)

Menyaingi penjualan minyak kacang soya

d)

Mendominasi penanaman secara ladang

168.

Malaysia telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009.

Apakah tujuan pelancaran dasar tersebut?

a)

Menangani masalah jerebu

b)

Mengawal perubahan iklim

c)

Memelihara warisan sejarah

d)

Menjamin keperluan makanan

169.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam pasaran antarabangsa?

a)

Kebergantungan pinjaman luar

b)

Dominasi ekonomi negara maju

c)

Ketidakstabilan nilai mata wang

d)

Tarif dan cukai yang murah

170.

Apakah kepentingan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?

a)

Memelihara keamanan sejagat

b)

Menghormati prinsip negara Komanwel

c)

Meningkatkan kerjasama sosioekonomi

d)

Melindungi hak asasi manusia

171.

Deklarasi berikut telah disytiharkan dalam Mesyuarat Ketua Ketua Negara Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.

• Deklarasi Langkawi

Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

a)

Memelihara alam sekitar

b)

Menyelaras bantuan teknikal

c)

Menyediakan dana pendidikan

d)

Menjadikan Langkawi destinasi pelancongan

172.

Maklumat berikut berkaitan dengan persidangan yang dianjurkan oleh PBB.

• Tahun 1992

• Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro, Brazil

Apakah hasil yang dipersetujui dalam persidangan tersebut?

a)

Pengawalan ancaman jerebu

b)

Penentangan ujian senjata nuklear

c)

Pengisytiharan Deklarasi Agenda 21

d)

Pengawalan lapisan ozon

173.

Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global

Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan?

a)

Pemeliharaan alam sekitar

b)

Pemulihan flora dan fauna

c)

Promosi pelancongan

d)

Penjagaan kesihatan

174.

Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

• Kerelevanan Organisasi Antarabangsa

Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?

a)

Kerakusan kuasa luar

b)

Penyalahgunaan kuasa veto

c)

Perlumbaan teknologi senjata

d)

Kemelesetan ekonomi sejagat

175.

Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi kawasan transit bagi aktiviti pemerdagangan orang ke negara lain?

a)

Kedudukan strategik

b)

Kepelbagaian kaum

c)

Kelonggaran undang-undang

d)

Ketidakstabilan politik negara

176.

Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat Syria menghadapi krisis di negaranya?

I. Ketenteraan

II. Kepimpinan

III. Pendidikan

IV. Perubatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

177.

Dalam menangani isu politik negara Islam, Malaysia menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Apakah buktinya?

a)

Mengecam campurtangan Britain di Palestin

b)

Menjadi tentera sukarela Malaysia ke Palestin

c)

Memberi bantuan senjata kepada rakyat Palestin

d)

Menyokong sebuah negara merdeka untuk Palestin

178.

Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia

• Aman Palestin

• Muslim Care Malaysia

Apakah sumbangan NGO tersebut

a)

Menyalurkan pelbagai bantuan

b)

Mengukuhkan hubungan diplomasi

c)

Menubuhkan organisasi negara Islam

d)

Melaksanakan sistem kewangan Islam

179.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura. Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?

I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan

II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal

III Sekatan dagangan dihapuskan

IV Pasaran terbuka luas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

180.

Jadual berikut berkaitan dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia.

Tahun : 1992

Peristiwa: Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani

Apakah tujuan perjanjian tersebut dimeterai?

a)

Mengurangkan ancaman lanun

b)

Mengurangkan cukai pelabuhan

c)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

d)

Menghapuskan monopoli kuasa besar

181.

Apakah cadangan Malaysia bagi mengatasi isu Antartika ?

a)

Menjadikannya warisan sejagat

b)

Menempatkan pasukan keselamatan

c)

Membenarkannya dikuasai kuasa besar

d)

Melarang sebarang aktiviti penyelidikan

Similar Resources on Wayground