NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI Kata Adjektif Tahun 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
cair
putih
pekat
merah
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
sejuk
damai
panas
nyaman
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
baik
cergas
nyaman
indah
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
Indah
Muram
Kelam
Sayup
Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
baik
malu
takut
patuh
Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
pilu
mahu
cemas
gembira
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
tinggi
besar
kontot
panjang
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
panas
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
senang
besar
Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecet
melecur
Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sengsara
Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah.
pelik
gawat
runsing
rencam
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu.
busuk …tengik
hanyir… wangi
hapak … harum
hancing …mersik
Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.
ghairah
asyik
tekun
leka
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu.
becak
lembik
lembap
bengkok
Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
serong
bengkok
bongkok
condong
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.
jauh
cepat
dekat
nyaris
Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
sedih
hairan
terkejut
gembira
"Buah duku dan langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.
lazat
busuk
kelat
harum
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
pantas
cepat
deras
kencang
Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
teliti
lemah
sopan
lembut
Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
baru
antik
retak
runtuh
Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
sibuk
damai
serabut
gembira
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang __________.
hapak
tengik
hamis
haring
Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
tertib
gopoh
pantas
cermat
Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
pilu
gusar
geram
marah
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
kelajuan
kelalaian
keberanian
kesibukan
