wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2025 SEM 1 - SET 3

Total questions: 40

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri asas sesebuah negara?

a)

Diterajui oleh parti politik tertentu

b)

Ditadbir secara demokrasi berparlimen

c)

Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

d)

Diperintah oleh sebuah kerajaan yang berdaulat

2.

Antara berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang syarat memohon kewarganegaraan melalui naturalisasi?

a)

Berkahwin dengan warganegara Malaysia

b)

Mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu

c)

Dilahirkan di Persekutuan

d)

Berniat hendak bermastautin tetap di Malaysia

3.

Yang manakah cara pindaan syarat- syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

a)

Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di Pertuan Agong

d)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja

4.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peranan Raja atau Yang Dipertua Negeri dalam badan perundangan Negeri?

a)

I. Mempengerusikan setiap persidangan Dewan Undangan Negeri

b)

II. Merasmikan persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

c)

III. Memilih dan melantik ahli Dewan Undangan Negeri

d)

IV. Memperkenankan Rang Undang undang Negeri

5.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Yang Dipertua Negeri?

a)

Dilantik oleh Yang Dipertuan Agong

b)

Tidak boleh didakwa atas sifat peribadi

c)

Boleh dipecat dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga ahli Parlimen

d)

Mestilah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang

6.

Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam persekutuan?

a)

Ketua kerajaan

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

d)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

7.

Perkara imigresen dalam MA63 memberi kuasa kepada…

a)

Persekutuan

b)

Parlimen

c)

Negeri lain

d)

Sabah & Sarawak

8.

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh dipecat oleh Yang di Pertuan Agong tanpa melalui tribunal berdasarkan kesalahan

a)

I. Menjadi ahli Dewan Undangan Negeri

b)

II. Menjadi penasihat Persatuan Pesara Tentera

c)

III. Memegang jawatan Pengerusi Belia Felda Malaysia

d)

IV. Memegang jawatan Ketua Pengarah Imegresen Malaysia

9.

Yang manakah pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Persekutuan

c)

Perbendaharaan Negara

d)

Majlis Kewangan Negara

10.

Badan kehakiman mengendalikan kes yang dibawa oleh…

a)

Perdana Menteri

b)

Pendakwa raya & peguam sivil

c)

YDPA

d)

Menteri Besar

11.

Tadbir urus yang baik perlu memberi tumpuan kepada aspek

a)

Prestasi

b)

Pematuhan Kerajaan

c)

Ketelusan

d)

Akauntabiliti

12.

Yang manakah cabaran utama kerajaan mewujudkan tadbir urus yang baik?

a)

Memenuhi transformasi perkhidmatan

b)

Menyediakan pelan strategik yang mantap

c)

Menyediakan modal insan yang berkemahiran

d)

Mementingkan keuntungan optimum perkhidmatan

13.

Fokus utama dalam tadbir urus baik ialah memberi keutamaan kepada:

a)

Pelanggan

b)

Agensi luar

c)

Pelabur

d)

Kerajaan

14.

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampun kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

a)

Mahkamah Sesyen di Kelantan.

b)

Mahkamah Majistret di Kedah.

c)

Mahkamah Tinggi di Terengganu.

d)

Mahkamah Syariah di Melaka.

15.

Yang manakah benar tentang proses Penggubalan Undang-undang?

a)

Rang Undang-undang Ahli Persendirian hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh Kabinet

b)

Pejabat Peguam Negara menyediakan rang undang-undang untuk Kabinet

c)

Kabinet boleh membuat pindaan kepada rang undang-undang yang dicadangkan oleh mana-mana kementerian

d)

Menteri yang berkenaan hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum membentangkan undang-undang yang digubal Parlimen

16.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri?

a)

Berkuasa untuk menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan

b)

Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-undang negeri

c)

Berkuasa untuk menggubal undang-undang setakat yang tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan

d)

Berkuasa untuk menggubal undang-undang yang tidak tersenarai asalkan Parlimen tidak mempunyai kuasa terhadapnya

17.

Apakah isu yang boleh menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan kerajaan?

a)

Masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten

b)

Berlaku kerenah birokrasi yang berbentuk hierarki kompleks

c)

Memperkenalkan perkhidmatan sampingan dalam talian

d)

Kelulusan sesuatu projek dibuat secara tender terbuka

18.

Siapakah yang akan menasihati Yang di Pertuan Agong berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negara?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Setiausaha Majlis Raja-Raja

19.

Yang manakah merupakan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Menukar status tanah pertanian kepada tanah komersial

b)

Mendenda pelanggan yang merokok di premis makanan

c)

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan rekreasi awam

d)

Meluluskan pindaan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan

20.

Menyerlahkan prinsip akauntabiliti kerajaan bermaksud:

a)

Semua tindakan diabaikan

b)

Semua tindakan dan keputusan

dipertanggungjawabkan

c)

Semua keputusan dipolitikkan

d)

Semua tindakan dirahsiakan

21.

Yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?

a)

Rakyat bebas memilih Ketua Negara

b)

Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan

c)

Wakil rakyat dipilih dalam pilihan raya umum

d)

Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara

22.

Badan kehakiman tertinggi di Malaysia ialah?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Tribunal

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Mahkamah Sesyen

23.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas Peguam Negara?

a)

Menjadi pendakwa raya

b)

Menjadi penasihat undang-undang kepada

kerajaan

c)

Membentangkan rang undang-undang di

Parlimen

d)

Menetapkan hukuman dalam kes jenayah

24.

Yang manakah antara yang berikut ialah kuasa badan kehakiman?

a)

Membicarakan kes-kes jenayah raja-raja

b)

Memutuskan kes-kes sivil dan jenayah

c)

Melaksanakan undang-undang

d)

Mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan

25.

Yang manakah benar tentang pilihan raya kecil?

a)

Diadakan di kampung kecil

b)

ADUN telah meletak jawatan

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri telah meninggal

dunia

d)

Jumlah wanita yang mengundi di kawasan

tersebut sedikit

26.

Antara yang berikut, yang manakah anggota Kabinet?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Timbalan-timbalan Menteri

d)

Menteri-menteri

27.

Draf awal RUU dirangka oleh

a)

Peguam Negara

b)

Kementerian

c)

Parlimen

d)

YDPA

28.

Peranan Majlis Kewangan Negara adalah untuk

a)

A. Mengaudit akaun negeri-negeri

b)

B. Menyiapkan belanjawan tahunan negara

c)

C. Menyiapkan program Rancangan Lima Tahun

d)

D. Memperuntukkan atau meminjamkan wang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

29.

Yang manakah benar tentang sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

A. Duti hiburan

b)

B. Lesen perniagaan

c)

C. Lesen memandu kereta

d)

D. Cukai keuntungan harta tanah

30.

Hasil zakat, fitrah & baitulmal adalah hasil…

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Kerajaan Negeri

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Swasta

31.

Yang manakah merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang bebas menganuti dan mengamalkan agamanya

b)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara ini

c)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap

d)

Seseorang yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

32.

Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertua Sabah dan Sarawak?

a)

Biasiswa dan kebajikan awam

b)

Peruntukan tambahan mengenai kewarganegaraan

c)

Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

d)

Kepentingan sah kaum-kaum lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

33.

Yang manakah merujuk kepada sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Pilihan raya hanya boleh diadakan selepas dua tahun

b)

Pilihan raya perlu diadakan sebelum Parlimen dibubarkan

c)

Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen

d)

Pilihan raya boleh diadakan setiap tahun tanpa had

34.
  • * Akta

  • * Enakmen

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Undang-undang yang tidak sah

b)

Undang-undang sementara

c)

Undang-undang yang telah dibatalkan

d)

Undang-undang bertulis

35.

Yang manakah merupakan punca utama yang boleh menjejaskan daya saing sesebuah negara?

a)

Kenaikan harga barang keperluan

b)

Penurunan pelaburan asing

c)

Pengurangan tenaga kerja dalam sektor awam

d)

Kenaikan kadar inflasi dalam negara

36.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan mengatasi undang-undang lain

b)

Perlembagaan boleh dipinda dengan mudah

c)

Mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah

d)

Parlimen tidak berkuasa mentafsir Perlembagaan

37.

Petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Pilihan Raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh

a)

keputusan pilihan raya disemak

b)

keputusan pilihan raya diwartakan

c)

pengumuman calon dibuat

d)

pengundian awal dijalankan

38.

Ketelusan dalam konteks tadbir urus baik sektor awam merujuk kepada

a)

penilaian prestasi pegawai awam secara berkala

b)

pengukuhan hubungan antara pegawai awam dan masyarakat

c)

pengawasan terhadap semua aktiviti sektor awam

d)

perkongsian maklumat antara sektor awam dengan orang ramai

39.

Yang manakah merupakan kuasa Dewan Negara terhadap sesuatu rang undang-undang?

a)

Mengubah rang undang-undang tanpa kelulusan Dewan Rakyat

b)

Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama setahun

c)

Memulakan rang undang-undang kecuali rang undang-undang kewangan

d)

Menolak semua rang undang-undang yang dibentangkan

40.
  • * Merupakan setiausaha Jemaah Menteri

  • * Menjadi setiausaha mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri

Tugas di atas dilaksanakan oleh ....

a)

Ketua Setiausaha Negara

b)

Setiausaha Agung Negara

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Setiausaha Peribadi Menteri