WorksheetsF4B5L1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Bagaimanakah PUTERA-AMCJA menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
a)
Membawa kes ke mahkamah
b)
Menghantar surat bantahan
c)
Mengadakan referendum
d)
Menganjurkan hartal
2.
Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
a)
Kuasa raja dikembalikan
b)
Kerakyatan yang longgar
c)
Hak sama rata semua kaum
d)
Pentadbiran tradisional diperkukuh
3.
Petikan berikut menerangkan hartal yang diadakan di negara kita pada tahun 1940-an.
20 SEPTEMBER 1947- Parti gabungan PUTERA-AMCJA
telah menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai mereka.
Mengapakah parti tersebut bertindak demikian ?
a)
Penjajahan tentera Jepun
b)
Pengenalan Malayan Union
c)
Penolakan Perlembagaan Rakyat
d)
Pembubaran Parti Komunis Malaya
4.
Mary dilahirkan di Amerika Syarikat namun bapanya merupakan Rakyat Raja dan Rakyat British.
Mary layak memperoleh kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 secara
a)
naturalisasi
b)
pendaftaran
c)
percantuman wilayah
d)
kuat kuasa undang-undang
5.
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Cadangan Raja-raja Melayu
- Desakan daripada orang Melayu
- X
Apakah X?
a)
Sokongan pentadbir British
b)
Desakan golongan Melayu radikal
c)
Mematuhi tuntutan Piagam Atlantik
d)
Saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
6.
Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(Communities Liason Committee)
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
a)
Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
b)
Membentuk parti politik berasaskan kaum
c)
Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
d)
Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu
7.
Penyataan berikut terkandung dalam Piagam Atlantik
...menghormati hak setiap manusia untuk memilih bentuk kerajaan mereka sendiri dan mahukan hak kedaulatan dan kerajaan sendiri dikembalikan kepada mereka...
Sumber:www.britanica.com
Bagaimanakah British bertindak untuk mematuhi piagam tersebut di tanah air kita?
a)
Melonggarkan syarat kerakyatan
b)
Melaksanakan sistem pengagihan kuasa
c)
Mengurangkan bidang kuasa Raja Melayu
d)
Membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948
8.
Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948?
a)
Pengagihan kuasa ditamatkan
b)
Syarat kerakyatan longgar
c)
Raja berkuasa mutlak
d)
Hak istimewa terjamin
9.
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?
a)
Melaksanakan pemerintahan demokrasi
b)
Menghalang kemasukan orang dagang
c)
Mengetatkan syarat kewarganegaraan
d)
Membenarkan kebebasan berpolitik
10.
Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tnaah Melayu 1948?
I Diiktiraf sebagai penduduk asal
II Pemerintahan bercorak demokrasi
III Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
IV Kedudukan Raja-raja Melayu dikembalikan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
100 %
