WorksheetsF4B6L1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut berkaitan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu pada tahun 1948.
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
- Menggeledah rumah kediaman
- Mengetatkan undang-undang senjata api
- X
Apakah X?
a)
Memajukan perkhidmatan penerangan
b)
Menawarkan hadiah wang tunai
c)
Mengharamkan parti radikal
d)
Menggantung penerbitan akhbar
2.
Apakah kesan pelaksanaan rancangan penempatan semula Kampung Baru semasa zaman darurat di Tanah Melayu?
a)
Mempercepat kemerdekaan negara
b)
Meningkatkan peluang pekerjaaan
c)
Merenggangkan hubungan kaum
d)
Menjejaskan ekonomi sara diri
3.
Maklumat berikut berkaitan ordinan yang diperkenalkan di Tanah Melayu.
Trade Union Ordinance No. 9 of 1948
Mengapakah ordinan tersebut diluluskan ?
a)
Menyelaraskan upah pekerja
b)
Menyekat kemasukkan imigran
c)
Menghalang pengaruh komunis
d)
Memajukan pertanian komersial
4.
Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh berikut?
- Karl Marx
- Friedrich Engels
a)
Sekularisme
b)
Komunisme
c)
Kapitalisme
d)
Sosialisme
5.
Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.
Apakah tugas pasukan tersebut?
a)
Menjejak persembunyian pengganas
b)
Menyekat bekalan makanan dan ubatan
c)
Mempertahankan bandar dan kampung
d)
Membuat rondaan di pinggir hutan
6.
Pilih pasangan yang tepat tentang peranan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
a)
Home Guard : Melindungi pekerja lombong bijih timah
b)
Auxiliary Police : Mengesan tempat persembunyian komunis
c)
Senoi Praaq : Mempertahankan bandar dan kampung
d)
Special Constables : Membuat rondaan di pinggir hutan
7.
Gambar menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak demikian?
a)
Melambatkan proses kemerdekaan
b)
Melumpuhkan aktiviti ekonomi
c)
Menakutkan pemimpin tempatan
d)
Memecahbelahkan perpaduan kaum
8.
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pegawai British di Tanah Melayu pada zaman darurat.
Pegawai I : Kita tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraaan semata-mata.
Pegawai II : Ya betul. Kita juga perlu memperkukuhkan perpaduan penduduk Tanah Melayu.
Berdasarkan dialog tersebut, apakah tindakan kerajaan bagi menamatkan zaman darurat?
a)
Melancarkan Perang Saraf
b)
Menangkap pemimpin radikal
c)
Memperbanyak Kampung Baru
d)
Memperbesarkan pasukan keselamatan
9.
Mengapakah pergerakan Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?
a)
Perbezaan bahasa antara penduduk
b)
Doktrin perjuangan yang sederhana
c)
Sekatan undang-undang oleh pemimpin
d)
Kekerasan digunakan dalam perjuangan
10.
Mengapakah tokoh-tokoh tersebut ditangkap semasa zaman darurat pada tahun 1948?
- Khatijah Sidek
- Ahmad Boestaman
- Ishak Haji Muhammad
a)
Menjadi pemimpin gerakan radikal
b)
Menyertai gerakan menentang Jepun
c)
Melindungi tokoh nasionalis tempatan
d)
Mensabotaj kempen menyokong British
100 %
