wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI BM TAHUN 2

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Ali makan ______ di kantin sekolah.

a)

bola

b)

nasi

c)

buku

d)

kasut

2.

Antara berikut, yang manakah ialah kata majmuk?

a)

kasut

b)

air terjun

c)

kucing

d)

bunga

3.

Apakah perkataan berlawanan bagi perkataan “besar”?

a)

tinggi

b)

kecil

c)

luas

d)

sempit

4.

Pilih kata ganda berentak yang betul.

a)

kacau-bilau

b)

pepohon

c)

besar-besar

d)

kawan-kawan

5.

Pilih ayat yang betul.

a)

Saya pergi sekolah.

b)

Saya pergi ke sekolah.

c)

Saya ke sekolah pagi.

d)

Pergi saya sekolah.

6.

Apakah maksud kata "tajam"?

a)

Tidak tumpul

b)

Tidak lebar

c)

Tidak tinggi

d)

Tidak berat

7.

Pilih kata kerja dalam ayat berikut: Dia sedang membaca buku.

a)

dia

b)

sedang

c)

membaca

d)

buku

8.

Manakah antara berikut ialah kata ganda separa?

a)

kumbang-kumbang

b)

kekuda

c)

burung-burung

d)

bolak-balik

9.

Apakah imbuhan yang betul untuk kata dasar “baca”?

a)

membaca

b)

terbaca

c)

dibaca

d)

Semua betul

10.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan "gembira."

a)

Sedih

b)

Bahagia

c)

Marah

d)

Malu

11.

Lengkapkan pantun berikut:

Buah cempedak di luar pagar,

__________ tolong jolokkan.

a)

Ambil galah

b)

Abang Haris

c)

Kalau rajin

d)

Minta

12.

Apakah fungsi tanda baca dalam ayat ini: “Boleh saya pinjam pensel awak?” tanya Ahmad.

a)

Menunjukkan arahan

b)

Menunjukkan pertanyaan

c)

Menunjukkan tegasan

d)

Menunjukkan larangan

13.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung dengan betul.

a)

Saya makan nasi kerana saya lapar.

b)

Saya makan nasi tetapi saya lapar.

c)

Saya makan nasi tetapi saya kenyang.

d)

Saya makan nasi dan saya lapar.

14.

Lengkapkan peribahasa berikut: "Bagai aur dengan _____".

a)

kayu

b)

buluh

c)

tebing

d)

sungai

15.

Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan dengan betul.

a)

Tiga biji buku atas meja.

b)

Seekor bunga di taman.

c)

Sekakipensel di dalam kotak.

d)

Dua ekor kucing bermain di taman.

16.

Pilih kata adjektif dalam ayat berikut:

"Pokok itu sangat tinggi".

a)

pokok

b)

sangat

c)

tinggi

d)

itu

17.

Dr. Norliza bekerja sebagai pakar bedah di ______ .

a)

Kedai Azam

b)

Hospital Sungai Buluh

c)

Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya

d)

Taman Hijau Putrajaya

18.

Cari perkataan yang berlawan dengan "terang."

a)

Gelap

b)

Hitam

c)

Cerah

d)

Putih

19.

Pilih perkataan yang sesuai untuk melengkapkan peribahasa berikut:

"Seperti itik _______ petang."

a)

dalam

b)

di atas

c)

pulang

d)

ke

20.

Ahmad membaca cerita tentang alam sekitar. Nyatakan satu kebaikan membaca cerita tersebut.

a)

Ahmad berasa lapar.

b)

Ahmad mendapat pengetahuan.

c)

Ahmad menjadi malas.

d)

Ahmad mengantuk.

21.

Apakah kesan jika kita tidak menjaga kebersihan alam sekitar?

a)

Udara menjadi segar.

b)

Sungai menjadi bersih.

c)

Haiwan akan terancam.

d)

Hutan menjadi hijau.

22.

Nyatakan maksud peribahasa “buah tangan.”

a)

Barang yang dihasilkan sendiri

b)

Barang yang diberikan sebagai hadiah

c)

Buah yang dipegang di tangan

d)

Tangan yang menghasilkan buah

23.

Dalam ayat berikut, apakah pengajaran yang boleh diperoleh?

"Ali sentiasa membantu rakan-rakannya yang memerlukan bantuan."

a)

Membantu rakan adalah amalan mulia.

b)

Membantu rakan adalah membuang masa.

c)

Membantu rakan adalah tugas guru.

d)

Membantu rakan adalah tanggungjawab ibu bapa.

24.

Pilih ayat yang menunjukkan nilai kasih sayang.

a)

Saya marah adik kerana bermain.

b)

Saya menolong ibu mengemas rumah.

c)

Saya memberi hadiah kepada kawan saya.

d)

Saya bercakap kasar dengan jiran.

25.

Apakah tujuan kita menggunakan kata ganda dalam ayat?

a)

Untuk menunjukkan perasaan

b)

Untuk menambah keindahan bahasa

c)

Untuk memberi arahan

d)

Untuk menambah bilangan

26.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan sekolah?

a)

Buang sampah merata-rata

b)

Basuh tangan sebelum makan

c)

Membuang sampah di dalam tong sampah

d)

Bermain di dalam kelas

27.

Pilih kata majmuk yang sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: Kita perlu menjaga ______ agar sentiasa bersih.

a)

air terjun

b)

alam sekitar

c)

jalan raya

d)

rumah

28.

Apakah tindakan yang betul jika melihat sampah di taman permainan?

a)

Biarkan sahaja

b)

Ambil dan buang ke dalam tong sampah

c)

Tolak kepada kawan

d)

Campak ke jalan