wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI RBT TAHUN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peraturan keselamatan diri ketika berada di dalam bengkel?

a)

Menggunakan alatan dengan berhati-hati

b)

Jangan bermain semasa menggunakan alatan

c)

Meletakkan beg di tempat yang disediakan

d)

Mengikat rambut yang panjang

2.

Apakah maksud reka bentuk?

a)

Kaedah menghasilkan produk menggunakan bahan yang mempunyai corak

b)

Rupa bentuk bahan yang digunakan untuk menhasilkan produk

c)

Corak atau bentuk sesuatu produk yang direka

d)

Penghasilan produk untuk memenuhi keperluan masyarakat

3.

____________ ialah unsur yang penting untuk melakar, menggambar atau menulis.

a)

Tekstur

b)

Garisan

c)

Ruang

d)

Nilai

4.

Teknologi peralatan secara ____________ ialah teknologi yang menggunakan mesin kompleks.

a)

konvensional

b)

moden

c)

separa konvensional

d)

separa moden

5.

Yang berikut merupakan kepentingan teknologi, kecuali?

a)

Membuat pembentangan projek atau produk

b)

Menjimatkan masa, tenaga dan kos

c)

Menjamin kehidupan yang lebih berkualiti

d)

Memberi peluang kerjaya

6.

Berikut yang manakah menunjukkan simbol dan tanda keselamatan bagi lantai licin?

a)

b)

c)

d)

7.

Reka bentuk makanan terbahagi kepada dua, iaitu?

I Reka bentuk memperkenalkan budaya pelbagai kaum

II Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas

III Reka bentuk pada makanan itu sendiri

IV Reka bentuk meningkatkan nilai komersial makanan

a)

Ⅰ dan Ⅱ

b)

Ⅰ dan Ⅳ

c)

Ⅱ dan Ⅲ

d)

Ⅲ dan Ⅳ

8.

Apakah elemen yang boleh diaplikasi dalam reka bentuk makanan?

a)

Garisan

b)

Warna

c)

Ruang

d)

Corak

9.

____________ ialah satu set pernyataan dalam bahasa biasa yang menunjukkan langkah demi langkah melaksanakan tugas dari mula hingga tamat.

a)

Scratch

b)

Pseudokod

c)

Carta alir

d)

Algoritma

10.

Pilih penyataan yang betul berkaitan tentang tekstur?

a)

Tempat yang lapang dan mampu memberi keluasan.

b)

Memberikan kesan pada objek dan orang yang melihatnya.

c)

Perbandingan antara dua benda, iaitu besar dan kecil.

d)

Ciri-ciri yang dapat dilihat dan disentuh seperti kasar, licin, kesat, halus, lembut dan berkilat.

11.

Apakah jenis garisan di dalam gambar?

a)

Garisan zig-zag

b)

Garisan putus-putus

c)

Garisan berlingkar

d)

Garisan beralun

12.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri reka bentuk pembungkusan yang baik?

a)

Ditiru daripada reka bentuk pembungkusan produk lain

b)

Reka bentuk yang unik

c)

Mesra pengguna dan mesra alam

d)

Sukar untuk dikendalikan oleh pengguna

13.

Mengapakah maklumat pelabelan penting?

a)

Supaya pengguna dapat mengetahui kandungan bahan sebelum membelinya.

b)

Supaya pengguna dapat mengetahui jumlah pengguna yang telah membeli produk tersebut.

c)

Supaya pengguna dapat mengetahui tempat produk tersebut dijual.

d)

Supaya pengguna dapat mengetahui cara-cara menghasilkan produk tersebut.

14.

Antara berikut, yang manakah kerjaya dalam bidang reka bentuk?

a)

Polis

b)

Chef

c)

Juruwang

d)

Penyanyi

15.

"Mengandungi fitur-fitur penting dalam aplikasi Scratch seperti menu fail, menu edit untuk mencipta, membuka serta menyimpan projek dan sebagainya."

Apakah yang dimaksudkan berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Sprite List

b)

Script Area

c)

Costumes Tab

d)

Bar Menu

16.

·         Zon aman

·         Pertolongan pertama

Apakah warna yang memberi maksud simbol dan tanda keselamatan di atas?

a)

Putih

b)

Kuning

c)

Biru

d)

Hijau

17.

Apakah kesan jika tidak membuka pintu dan tingkap di dalam bengkel?

a)

Tiada pengudaraan yang baik dan pencahayaan tidak cukup.

b)

Risiko kecederaan.

c)

Berlaku pembaziran.

d)

Ruang kerja akan menjadi sempit dan menghalang laluan.

18.

Apakah amalan penyelenggaraan alatan dalam gambar?

a)

Bersihkan kotoran pada gunting dengan reja kain.

b)

Bersihkan habuk dan kotoran pada papan kekunci dengan penyedut habuk.

c)

Lap papan kekunci menggunakan kain lembut yang lembap.

d)

Titiskan minyak.

19.

Lakaran bekas pensel yang menunjukkan hasil gabungan lakaran satu dan lakaran dua dikenali sebagai?

a)

Lakaran penambahbaikan

b)

Lakaran idea

c)

Lakaran contoh

d)

Lakaran

20.

Apakah maksud penghargaan terhadap reka bentuk yang telah dihasilkan?

a)

Hadiah yang perlu diberi kepada pereka bentuk produk

b)

Reka bentuk yang tidak perlu dihargai

c)

Apresiasi reka bentuk

d)

Reka bentuk yang pelbagai

21.

Berikut adalah maksud bagi warna kuning dalam simbol dan tanda keselamatan kecuali

a)

Pemerhatian

b)

Larangan

c)

Amaran

d)

Waspada

22.

Mengapakah murid perlu mematuhi arahan ketika berada di dalam bengkel?

a)

Supaya tiada berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel

b)

Supaya projek dapat disiapkan dengan cepat

c)

Supaya tiada alatan dan bahan di dalam bengkel yang hilang

d)

Supaya ruang kerja tidak menjadi sempit

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel?

a)

Jawatankuasa kecil sekolah

b)

Persatuan Reka Bentuk dan Teknologi

c)

Sistem pengurusan bengkel yang teratur

d)

Ahli gabungan masyarakat setempat

24.

Apakah kepentingan reka bentuk dalam kehidupan?

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza

b)

Menjana idea

c)

Menghasilkan bayang-bayang pada bentuk

d)

Membuat pengiraan kos

25.

Elemen reka bentuk warna bermaksud?

a)

Perubahan daripada terang kepada gelap atau sebaliknya

b)

Permukaan yang mempunyai garisan luar sebagai sempadan

c)

Memberikan kesan pada objek dan orang yang melihat

d)

Membuat perbandingan antara dua benda iaitu besar atau kecil

26.

Rajah menunjukkan salah satu elemen dalam reka bentuk. Apakah elemen reka bentuk tersebut?

a)

Elemen garisan

b)

Elemen ruang

c)

Rupa geometri

d)

Rupa organik

27.

Kasar, licin, halus, lembut atau berkilat

Apakah elemen reka bentuk bagi pernyataan di atas?

a)

Tekstur

b)

Rupa

c)

Warna

d)

Ruang

28.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?

a)

Pembuatan kerja yang dilakukan setiap hari

b)

Pengetahuan sains dalam mereka cipta alat

c)

Produk yang menggunakan teknologi

d)

Perkembangan alatan dulu hingga sekarang

29.

Apakah langkah yang perlu dilakukan setelah mendapat idea sesebuah produk?

a)

Berkongsi dengan rakan

b)

Menyediakan bahan

c)

Melakarkan idea

d)

Membuat produk

30.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pembungkusan produk?

a)

Berharga murah

b)

Bahan dari luar negara

c)

Warna pembungkusan yang cantik

d)

Mudah disimpan

31.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan reka bentuk pembungkusan?

a)

Melindungi mutu dan fizikal produk

b)

Memperkenalkan produk kepada orang ramai

c)

Membolehkan produk dijual pada harga mahal

d)

Mengelakkan makanan daripada ditiru oleh pesaing

32.

Susunkan kaedah menghasilkan reka bentuk pembungkusan dengan urutan yang betul.
I Membuat kemasan

II Mengukur dan menanda

III Memotong

IV Mencantum

a)

II, IV, III dan I

b)

II, III, IV dan I

c)

III, II, I dan IV

d)

II, III, I dan IV

33.

Yang berikut merupakan jenis makanan yang sesuai digunakan dalam reka bentuk makanan kecuali

a)

Bijirin

b)

Konfeksi

c)

Buah-buahan

d)

Produk tenusu

34.

Antara berikut, yang manakah sesuai untuk diukir menjadi reka bentuk makanan?

a)

Buah tembikai

b)

Buah kelapa

c)

Buah durian

d)

Buah rambutan

35.

Apakah yang akan dikira dalam kos ketika membuat reka bentuk makanan?

a)

Masa menyediakan

b)

Kotak pembungkusan

c)

Bahan makanan

d)

Pinggan mangkuk

36.

Antara berikut, apakah bahan yang perlu disediakan untuk membuat reka bentuk sepinggan nasi lemak?

a)

Tomato

b)

Ikan bilis

c)

Daging

d)

Roti

37.

Yang berikut merupakan kepentingan reka bentuk makanan, kecuali

a)

Melambangkan budaya kaum

b)

Mengikut trend reka bentuk makanan terkini

c)

Menyediakan makanan yang sedap

d)

Terdapat pelbagai pilihan bentuk makanan

38.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengaturcaraan komputer?

a)

Perkakasan komputer

b)

Peranti atau mesin yang digunakan untuk mengendalikan data input

c)

Urutan arahan berkod dalam perkakasan komputer

d)

Set arahan yang mengarahkan komputer melakukan tindakan

39.

Antara berikut, peralatan manakah yang mempunyai pengaturcaraan komputer?
Ⅰ Mesin basuh

Ⅱ Jam dinding

Ⅲ Ketuhar gelombang mikro

Ⅳ Periuk bertekanan tinggi

a)

I dan II

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan III

d)

III dan IV

40.

Bahagian manakah kita perlu meletakkan blok untuk membina atur cara?

a)

Scripts Area

b)

Bar menu

c)

Stage

d)

Sprite List