Font size
Worksheetssejarah tingkatan 1
Total questions: 160
Worksheet time: 1hrs 20mins
Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian.
Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
Pengertian sejarah tersebut adalah dalam
bahasa Inggeris
bahasa Melayu
bahasa Yunani
Kamus Dewan
Sejarah merujuk kepada peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan
Percakapan
Cerita
Bukti
Pemahaman
Antara berikut, yang manakah merupakan pandangan sejarawan, Muhd Yusof Ibrahim?
I Merupakan masa lalu itu sendiri
II Merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku
III Membicarakan perkara tentang masyarakat manusia
IV Catatan rekod sesuatu peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah karya E.H. Carr yang terkenal?
Histories
Muqaddimah
What is History
The Persian War
Dalam bahasa Melayu, istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, syajaratun yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan
I cerita
II riwayat
III asal usul
IV penyelidikan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan.
Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
Siapakan tokoh sejarawan tersebut?
E. H. Carr
Herodotus
Ibn Khaldun
Khoo Kay Kim
Rajah berikut menujukkan garis masa dalam sejarah.
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan dengan ruang dalam sejarah.
Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial.
Mengapakah sejarawan bertindak membahagikan penulisan mereka ?
Maklumat lebih tersusun
Memudahkan penyelidikan
Memudahkan penyimpanan
Mengelakkan keciciran maklumat
Pilih pernyataan yang benar tentang sumber primer.
I Merupakan sumber yang bersifat asli dan belum ditafsirkan
II Merupakan bahan yang belum diolah atau diterbitkan
III Merupakan sumber asli yang telah dicetak dan diterbitkan
IV Merupakan jurnal yang diterbitkan tanpa mengubah keasliannya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih padanan yang benar tentang sumber primer dan sumber sekunder.
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber sejarah
Artifak merupakan peralatan ciptaan manusian yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan.
Apakah jenis sumber tersebut ?
Sumber primer
Sumber sekunder
Sumber bahan sejarah
Sumber tidak boleh baharu
Anda ditugaskan untuk mengkaji tentang sejarah Tamadun Melayu.
Apakah sumber primer yang perlu anda rujuk ?
Ensiklopedia
Manuskrip
Akhbar
Jurnal
Apakah kaedah yang digunakan dalam penyelidikan sejarah ?
I Kaedah lisan
II Kaedah bertulis
III Kaedah membaca
IV Kaedah bual bicara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kaedah lisan terdiri daripada tiga tahap.
Apakah yang perlu dilakukan pada tahap pertama ?
Meyakinkan tokoh
Menentukan tokoh
Meneliti sumber bertulis
Menilai fakta dengan sumber bertulis
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah arkeologi ?
Mencari maklumat sejarah daripada bahan lisan
Mencari maklumat sejarah daripada bahan bertulis
Mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah
Mencari maklumat sejarah daripada buku-buku di perpustakaan
Apakah bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah ekskavasi ?
I Jurnal
II Binaan batu
III Bahan logam
IV Dokumen rasmi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Susun kerja-kerja di makmal arkeologi mengikut urutan yang betul
I Pembersihan
II Pengkatalogan
III Penganalisisan
IV Pemunggahan dan pengisihan
III, I, IV, II
II, I, IV, III
I, II, III, IV
IV, I, II, III
Apakah yang menyebabkan wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah antara sejarawan ?
I Perbezaan ideologi
II Menganalisis pandangan
III Perbezaan tema penulisan
IV Pemilihan sumber yang pelbagai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dialog berikut berkaitan dengan tafsiran dalam sejarah.
Berdasarkan dialog tersebut, mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah ?
Tujuan penulisan
Sumber yang terhad
Membuktikan kehebatan
Perbezaan gaya pemikiran
Apakah kepentingan mempelajari sejarah
Membina keyakinan diri
Menyemai semangat kenegerian
Membangunkan negara dan bangsa
Mewujudkan rasa cinta antara ahli keluarga
Istilah geologi diambil daripada bahasa Greek, iaitu geo dan logia. Perkataan logia membawa maksud
Bumi
Hidupan
Sains
Purbakala
Rajah berikut berkaitan dengan pengkajian dalam bidang sejarah.
Paleontologi
Paleografi
Monografi
Epigrafi
Pelbagai perubahan telah dialami oleh bumi semenjak pembentukannya. Pembentukan tersebut bermula sejak
2.3 bilion tahun lalu
3.5 bilion tahun lalu
4.2 bilion tahun lalu
4.6 bilion tahun lalu
Apakah haiwan yang hidup semasa Zaman Pleistosen?
Woolly Mammoth
Bison Occidentalis
Crinoid Stone-lily
Coiled Cephalopod
Antara berikut, apakah haiwan utama yang wujud di bumi sejak 18 000 tahun lalu?
I Kuda
II Gajah
III Ikan paus
IV Badak sumbu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peristiwa yang berlaku di bumi pada 94 juta tahun lalu?
Kepupusan dinosaur
Kewujudan kucing
Kelahiran sloth
Kemunculan amfibia
Bentuk fizikal bumi berubah menjadi daratan dan lautan. Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?
Glasier
Hujan
Iklim
Banjir
Maklumat berikut berkaitan dengan kewujudan lautan.
Kawasan air masin
Kawasan tersebut meliputi ___________________
55 peratus bentuk muka bumi
69 peratus bentuk muka bumi
71 peratus bentuk muka bumi
81 peratus bentuk muka bumi
Apakah istilah yang sesuai digunakan dengan pernyataan berikut?
*Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan.
*Kawasannya dibatasi oleh daratan.
Selat
Teluk
Lembah
Banjaran
Bilakah padang rumput dan savana terbentuk?
Zaman Pleistosen
Zaman Holosen
Zaman Pliosen
Zaman Miosen
Kawasan berikut wujud di Amerika Syarikat.
Grand Canyon
Zaman Holosen
Zaman Miosen
Zaman Pliosen
Zaman Plestosen
Bagaimanakah suhu dunia antara 23 juta hingga 5 juta tahun lalu?
Penyejukan global
Panas dan kering
Sejuk dan panas
Sejuk dan beku
Teori Milankovitch telah diperkenalkan oleh Milutin Milankovitch (1879 - 1958).
Kandungan teori tersebut adalah berkaitan dengan ______________
Kesan pusingan bulan
Kesan pusingan bumi
Kesan pemanasan air batu
Kesan pengeringan air laut
Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pengglasieran.
Berlaku antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun lalu
Proses tersebut berlaku sebanyak
8 kali
9 kali
10 kali
11 kali
Penghijrahan manusia ke Australia berlaku sekitar 50 000 tahun yang lalu. Bilakah penghijrahan tersebut berlaku?
Zaman Miosen
Zaman Pliosen
Zaman Holosen
Zaman Pliestosen
Rajah berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada Zaman Air Batu.
Bagaimanakah makanan diperolehi?
Melalui hasil hutan
Melalui perburuan
Melalui penanaman
Melalui perdagangan
Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?
Kuneiform
Ideogram
Hieroglif
Piktograf
Hidupan berikut boleh ditemui semasa Zaman Air Batu.
*Trilobite
*Eurypterids
Bilakah tempoh masa kewujudan hidupan tersebut?
200 juta tahun lalu
300 juta tahun lalu
400 juta tahun lalu
500 juta tahun lalu
Ahli sains berpendapat bahawa peningkatan suhu bumi berlaku pada setiap 50 tahun.
Berapakah jumlah peningkatan tersebut?
Enam darjah selsius
Tujuh darjah selsius
Lapan darjah selsius
Sembilan darjah selsius
Haiwan-haiwan berikut wujud pada Zaman Air Batu.
*Mamot Berbulu
*Badak
*Singa
Apakah kawasan yang menjadi tumpuan haiwan tersebut?
Gunung ganang
Dataran tinggi
Tanah pamah
Kepulauan
Zaman prasejarah turut dikenali sebagai nirleka dalam bahasa sanskrit iaitu gabungan dua perkataan. Nir bermaksud tidak ada dan apakah pula maksud leka?
Tulisan
Gambar
Replika
Huruf
Antara berikut, yang manakah bukan peralatan Zaman Logam?
Beliung
Kapak besi bersoket
Cangkul
Mata lembing
Dalam perkembangan zaman prasejarah di Asia Tenggara, terdapat Zaman Hoabinhian. Zaman prasejarah manakah yang dapat dikaitkan dengan zaman tersebut?
Zaman Paleolitik
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Gambar di bawah berkaitan kegiatan ekonomi pada Zaman Mesolitik
Berdasarkan gambar tersebut, apakah kegiatan ekonomi pada Zaman Mesolitik?
I Memburu binatang
II Perdagangan
III Pertanian
IV Menangkap ikan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar di bawah menunjukkan penemuan bahan tinggalan manusia zaman prasejarah di dunia.
Apakah lokasi penemuan tinggalan tersebut?
Stonehenge, Britain
Bhimbetka, India
Altamira, Sepanyol
Catal Huyuk, Turki
Gambar di bawah menunjukkan tembikar besi di Asia Tenggara.
Apakah bukti penemuan tembikar tersebut?
I Wujudnya aktiviti pertanian
II Pembuatan tembikar
III Manusia tinggal di gua
IV Wujudnya agama dan kepercayaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan ciri-ciri manusia Zaman Prasejarah.
*Mendiami gua
*Hidup secara nomad
*Aktiviti ekonomi sara
Apakah zaman prasejarah tersebut?
Zaman Logam
Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri manusia pada Zaman Neolitik?
I Hidup secara nomad
II Menjalankan aktiviti pertanian
III Tinggal secara menetap
IV Mencipta peralatan daripada bahan logam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Masyarakat pada Zaman Logam telah membina tempat kediaman mereka dengan lebih baik. Antara berikut yang manakah bukan bahan yang digunakan untuk membina kediaman mereka.
Tanah liat
Batu
Kayu
Pasir
Sistem barter telah wujud pada zaman prasejarah. Pada zaman manakah sistem ini telah berlaku?
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
Gambar di bawah menunjukkan peralatan yang digunakan pada zaman prasejarah di Malaysia.
Apakah fungsi peralatan tersebut?
Kepercayaan animisme
Menetak memotong dan memecahkan tulang haiwan
Memburu binatang
Alat perlindungan diri
Gambar di bawah menunjukkan pengebumian mayat dengan peralatan.
Mengapakah mayat tersebut dikebumikan bersama dengan peralatan?
Memberikan penghormatan terakhir
Mempercayai kehidupan selepas mati
Menggambarkan kedudukan yang istimewa seseorang
Mempercayai semangat animisme
Antara berikut, yang manakah lokasi tinggalan manusia Zaman Paleolitik?
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Madai , Sabah
Jenderam Hilir, Selangor
Tingkayu, Sabah
Apakah alatan yang ditemui di Gua Niah, Sarawak yang menunjukkan inovasi telah berlaku dalam masyarakat zaman prasejarah?
Manik
Peralatan batu
Tembikar
Peralatan logam
Apakah bahan yang digunakan oleh masyarakat zaman prasejarah untuk melukis di dinding gua?
Kapur
Darah haiwan
Arang
Oler hitam
Antara berikut yang manakah lokasi penanaman padi pada Zaman Neolitik di Malaysia?
Lenggong, Perak
Hilir Kelantan
Teluk Intan, Perak
Hulu Tembeling, Pahang
Kepercayaan masyarakat zaman prasejarah di Malaysia turut ditunjukkan melalui budaya megalif.
Perkataan “megalif” bermaksud
Batu besar yang tersusun rapi
Pokok besar
Penyembahan binatang
Menyembah matahari
Aktiviti memburu merupakan aktiviti paling tua yng diamalkan oleh manusia untuk mendapatkan makanan. Di Malaysia, pihak manakah yang mengelurkan lesen untuk memburu?
Angkatan Tentera Laut Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Perhutanan
Perhilitan
Apakah kepentingan penemuan lokasi zaman prasejarah di dunia?
Mengetahui kehidupan manusia yang lalu
Sebagai subjek wajib sejarah di sekolah
Tujuan perniagaan
Tujuan pelancongan
Antara berikut, yang manakah kesinambungan zaman prasejarah kepada kemajuan manusia?
I Menternak binatang
II Penempatan
III Sistem pendidikan
IV Aktiviti pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan maksud tamadun.
Tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh masyarakat.
Pencapaian tersebut didorong oleh ______________.
adat
inovasi
kekayaan
kepercayaan
Rajah berikut berkaitan dengan maksud tamadun.
Apakah X?
Kawasan daerah
Undang-undang
Kehidupan manusia
Pembukaan bandar
Istilah berikut mempunyai kaitan dengan tamadun.
Civitas
Istilah tersebut diambil daripada _______________?
Bahasa Arab
Bahasa Parsi
Bahasa Yunani
Bahasa Sanskrit
Konsep berikut telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun.
Hadharah
Konsep tersebut menjurus kepada aspek __________________
I syarak
II kebudayaan
III kehidupan
IV peraturan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual berikut berkaitan dengan konsep tamadun.
Tokoh X ialah _____________.
Herodotus
Ibn Khaldun
Arnold J. Toynbee
Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Apakah tamadun awal dunia yang menjadikan lokasi sungai berikut sebagai Kawasan petempatan manusia?
*Sungai Tigris
*Sungai Euphrates
Tamadun Indus
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Huang He
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri pembinaan bandar oleh tamadun awal dunia.
*Mempunyai sistem perparitan
*Mempunyai sistem pembentungan
Pembinaan bandar tersebut ttelah diperkenalkan oleh masyarakat _____________.
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Huang He
Tamadun Indus
Jadual berikut berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat tamadun awal dunia.
Apakah peranan golongan jurutera tersebut?
Mengutip cukai pertanian
Membinan bangunan tinggi
Menempa besi dan tembikar
Mengawal pengairan sungai
Apakah peranan golongan berikut dalam sistem masyarakat tamadun awal manusia?
Golongan artisan
Menulis
Melukis
Mengukir
Melombong
Anda membuat kajian berkaitan dengan pembinaan rumah kediaman masyarakat tamadun awal dunia.
Apakah kemudahan asas yang terdapat pada pembinaan rumah-rumah tersebut?
Perigi
Kolam
Rumah ibadat
Ruangan rekreasi
Wujud pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat Tamadun Awal Dunia.
Kewujudannya adalah dipengaruhi oleh faktor ______________.
organisasi sosial
perkembangan bandar
peningkatan teknologi
sistem pemerintahan
Antara berikut, yang manakah merupakan kota yang terawal sekali muncul di dunia?
Uruk
Anyang
Harappa
Mohenjo-Daro
Apakah kedudukan golongan artisan dalam hierarki masyarakat Tamadun Mesir Purba?
Golongan pertama
Golongan kedua
golongan ketiga
Golongan keempat
Jadual berikut berkaitan dengan sumbangan tamadun awal manusia.
Tamadun X ialah Tamadun _____________.
Indus
Mesopotamia
Mesir Purba
Huang He
Masyarakat Tamadun Mesir Purba mempunyai kelas sosial mereka yang tersendiri. Melalui sistem tersebut, masyarakat yang paling bawah adalah ______________.
I hamba
II pembantu rumah
III artisan
IV buruh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan penciptaan berikut terhadap masyarakat tamadun awal dunia?
Menggunakan kereta kuda
Memudahkan membawa hasil pertanian
Memudahkan pergerakan kincir angin
Memajukan industri pembuatan logam
Memajukan bidang teknologi
Apakah masyarakat tamadun awal dunia yang telah menghasilkan karya berikut?
The Book of Dead
Masyarakat Tamadun Mesopotamia
Masyarakat Tamadun Huang He
Masyarakat Tamadun Indus
Masyarakat Tamadun Mesir Purba
Tulisan berikut telah dihasilkan oleh masyarakat tamadun awal manusia.
Tulisan Kuneiform
Tulisan tersebut telah dihasilkan oleh masyarakat ___________________.
Tamadun Indus
Tamadun Huang He
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Maklumat berikut berkaitan dengan Tindakan yang telah dilakukan oleh masyarakat tamadun awal manusia.
Membina rumah ibadat
Pembinaanya bertujuan untuk _______________.
melambangkan kekayaan
menghormati kewujudan tuhan
menunjukkan kebijaksanaan penduduk
memudahkan pertemuan masyarakat
Apakah bahan yang digunakan oleh Dinasti Shang di China untuk menghasilkan tulisan mereka?
Kayu
Batu
Tulang
Tanah liat
Tamadun Mesopotamia adalah tamadun yang terawal sekali di dunia. Perkembangan petempatannya bermula semasa ______________.
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Tamadun Mesopotamia terbentuk di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Aliran sungai tersebut bermula dari negara ____________.
Iran
Iraq
Turkis
Mesir
Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Mesopotamia yang mendiami di luar kota Ur?
Istilah tersebut diambil daripada _______________?
Padi
Barli
Sekoi
Jagung
Kota berikut wujud semasa kegemilangan Tamadun Mesopotamia.
Kota Ur
Penduduknya adalah seramai __________________.
10 000 orang
20 000 orang
30 000 orang
40 000 orang
Tokoh berikut adalah antara pemerintah kerajaan Mesir yang terkenal.
Ramses
Pemerintahan baginda berlansung semasa peringkat _____________.
Kerajaan Awal
Kerajaan Purba
Kerajaan Pertengahan
Kerajaan Baru
Apakah sumbangan utama Ramses terhadap masyarakat Mesir Purba
Pembinaan berhala
Pembinaan kincir angin
Pembinaan kota Nubia
Pembinaan piramid
Masyarakat Tamadun Indus membina dinding bata yang tebal di sekitar bandar Harappa.
Pembinaanya adalah sepanjang _______________.
3 kilometer
4.8 kilometer
5 kilometer
4.5 kilometer
Menjelang tahun 1750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan.
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Banjir
Serangan Parsi
Serangan penyakit
Kemarau
Pembentukan Tamandun Huang He bermula di Lembah Sungai Huang He.
Pembentukan tersebut bermula pada tahun ______________.
2000 SM
3000 SM
4000 SM
5000 SM
Apakah Dinasti yang terawal sekali muncul semasa pembentukan Tamadun Huang He?
Dinasti tang
Dinasti Shang
Dinasti Zhou
Dinasti Xia
Senarai berikut menunjukkan sumbangan masyarakat Tamadun Mesopotamia.
*Reka cipta berasaskan gangsa
*X
*Y
Apakah X dan Y?
I Mencipta emas
II Mencipta sauh
III Mencipta kertas
IV Mencipta alatan besi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual berikut berkaitan dengan sumbangan tamadun awal dunia
Apakah Tamadun X tersebut?
Tamadun Indus
Tamadun Huang He
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Mesopotamia
Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Huang He?
I Gandum
II Barli
III Lada hitam
IV Sekoi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tamadun awal manusia yang mempunyai kaitan dengan sumbangan berikut?
*Mencipta puisi yang romantik
*Mengolah lirik dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Huang He
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Indus
Kod Undang-undang Hammurabi telah dicipta oleh pemerintah Tamadun Mesopotamia, Hammurabi.
Kod undang-undang tersebut mengandungi ________________.
155 perkara
199 perkara
148 perkara
282 perkara
Antara berikut, yang manakah merupakan hasil eksport Tamadun Mesir Purba?
I Emas
II Kertas
III Tekstil
IV Tembikar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Wujud hubungan perdagangan antara Tamadun Indus dengan tamadun luar yang lain.
Apakah tamadun luar tersebut?
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Huang He
Tamadun Yunani
Tamadun Rom
Apakah tamadun awal dunia yang telah menghasilkan peralatan berikut?
Kompas magnetik
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Huang He
Tamadun Indus
Tamadun Mesopotamia
Maklumat berikut berkaitan dengan kesenian dan kesusasteraan masyarakat tamadun awal dunia.
Menulis epik Enuma Elish
Buku tersebut telah dihasilkan oleh masyarakat Tamadun _______________.
Indus
Huang He
Mesir Purba
Mesopotamia
Masyarakat Dinasti Shang di China berkemahiran dalam bidang hasil cipta.
Apakah bahan logam yang digunakan dalam penghasilan ciptaan tersebut?
Besi
Timah
Gangsa
Tembaga
Maklumat berikut berkaitan masyarakat Tamadun Yunani.
Penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal.
Mengapakah penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal?
Kedudukan Tamadun Yunani berhampiran dengan laut
Mereka mahir dalam membina kapal layar
Mereka mahir dalam ilmu kelautan
Mereka dilatih sejak dari kecil
Tamadun Yunani terkenal dengan negara kota atau polis.
Apakah ciri utama polis?
Keluasan wilayah
Kedudukan strategik
Ketinggian bangunan
Kehebatan pemerintah
Pernyataan manakah yang betul tentang negara kota Athens dalam Tamadun Yunani?
Kota paling ramai penduduk
Pusat pertanian utama
Terdapat rumah ibadat
Penduduk seramai 16,000 orang
Jadual berikut menunjukkan sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam Tamadun Yunani.
Apakah X?
Tirani
Oligarki
Monarki
Demokrasi
Apakah ciri persamaan antara sistem demokrasi yang diamalkan oleh kedua-dua kerajaan berikut?
Rakyat memilih ketua negara
Raja merupakan ketua kerajaan
Raja memerintah secara mutlak
Rakyat terlibat dalam pemerintahan
Apakah persamaan kedua-dua tokoh berikut?
*Solon
*Pericles
Membina sistem pengairan
Menggubal undang-undang
Menindas golongan bawahan
Memperkenalkan sistem demokrasi
Maklumat berikut berkaitan Dewan Perhimpunan di Athens.
Dewan Perhimpunan ialah badan pentadbiran yang paling tinggi.
Apakah fungsi Dewan Perhimpunan?
I Berperanan melantik Ahli Majlis
II Tempat untuk menghukum pesalah
III Membincangkan kebajikan masyarakat Athens
IV Menggubal udang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500. Apakah peranan Majlis?
Melantik ahli Dewan Perhimpunan
Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan
Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan
Melaksana keputusan Dewan Perhimpunan
Maklumat berikut berkaitan dengan badan pemerintahan dan pentadbiran di Tamadun Yunani.
*Merupakan kakitangan awam
*Melaksanakan segala dasar
*Mengurus hal-ehwal pendidikan dan percukaian
Apakah badan pemerintahan dan pentadbiran tersebut?
Juri
Majlis
Konsul
Majistret
Mengapakah Sparta mempunyai dua orang raja?
Memudahkan perluasan empayar
Mengukuhkan hubungan luar
Memilih pemimpin berwibawa
Mengelak kekejaman pentadbiran
Rajah berikut menunjukkan perkembangan Tamadun Rom yang dibahagikan kepada tiga zaman
Apakah zaman yang mewakili X?
Zaman Republik
Zaman Diktator
Zaman Demokrasi
Zaman Pax Romana
Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangannya pada era Pax Romana (27 M - 180M).
Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?
Keamanan empayar
Pembentukan republik
Pertambahan penduduk
Kehidupan beradab
Maklumat berikut merupakan kelompok masyarakat Rom.
Plebian
Apakah kelompok masyarakat Rom tersebut?
Raja
Anak Raja
Hamba
Pembesar
Mengapakah masyarakat Rom mementingkan aplikasi praktikal dalam sistem pendidikan?
Memperkukuhkan jati diri masyarakat
Membentuk masyarakat cemerlang
Meningkatkan semangat patriotik
Melahirkan rakyat yang mahir dalam pelbagai bidang
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Tamadun Rom?
*Marco Vitruvius
*Marcus Visanius Agrippa
Seni bina
Perubatan
Matematik
Ilmu falsafah
Maklumat berikut berkaitan seni bina di Rom.
*Lokasi menjalankan acara gladiator
*Dibina oleh Maharaja Vespian
Apakah binaan tersebut?
Pantheon
Amfiteater
Collosseum
Akueduk
Gambar berikut merupakan binaan Tamadun Rom.
Mengapakah puncak binaan tersebut mempunyai ruang terbuka?
Membekalkan bekalan air
Mengatasi masalah banjir
Membolehkan cahaya masuk
Memudahkan pengaliran udara
Apakah fungsi akueduk?
Membekalkan air ke kawasan pertanian
Membekalkan air ke rumah kediaman
Lambang keagungan Tamadun Rom
Sebagai tempat beribadat
Senarai berikut merupakan binaan Tamadun Rom yang terkemuka di dunia.
*Colosseum
*Pantheon
*Akueduk
Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan masyarakat Tamadun Rom?
I Kepakaran dalam seni bina
II Kekuatan angkatan tentera
III Kezaliman sistem pemerintahan
IV Sistem pendidikan yang praktikal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?
I Menghubungkan bandar-bandar utama
II Kegunaan tentera
III Untuk tujuan pertanian
IV Sistem pengangkutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kerajaan yang terawal sekali wujud dalam Tamadun India?
Kerajaan Gupta
Kerajaan Nanda
Kerajaan Maurya
Kerajaan Magadha
Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul dalam tamadun India dikenali sebagai?
Agora
Janapada
Kaviraja
Mahajanapada
Apakah faktor kejayaan peluasan kuasa dalam tamadun India.
I Dasar Pemerintahan
II Kekuatan Ketenteraan
III Penggunaan senjata moden
IV Hubungan dengan kerajaan asing
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut menunjukkan tokoh terkenal dalam tamadun India?
Apakah sumbangan tokoh tersebut
Membentuk empayar
Membina Bandar terancang
Mengamalkan kuasa mutlak
Memerintah secara demokrasi
Apakah peristiwa yang mengubah dasar perluasan kuasa Asoka?
Perang Kalingan
Pembinaan Tiang Asoka
Penyebaran Agama Buddha
Pembukaan Bandar Pataliputra
Maklumat di bawah berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di India.
Perang tersebut berlaku semasa pentadbiran?
Dinasti Nanda
Dinasti Gupta
Dinasti Maurya
Dinasti Mathura
Apakah kesan terhadap peristiwa peperangan tersebut?
Pentadbiran secara toleran
Pengukuhan pasukan tentera
Perluasan penyebaran agama Hindu
Penamatan sistem pentadbiran beraja
Apakah gelaran yang diberikan kepada tokoh berikut?
Raja Samudragupta
Devaraja
Janapada
Kaviraja
Mahajanpada
Antara berikut, apakah negara yang terlibat dengan misi keagamaan yang dihantar oleh Asoka?
I Korea
II China
III Nepal
IV Tibet
I dan II
I dan II
II dan III
III dan IV
Sumbangan Magadha terhadap Tamadun India dapat dilihat melalui
penyebaran agama Hindu
kewujudan kerajaan baharu
Pemerintahan yang kukuh
Penyatuan masyarakat India
Di manakah lokasi perkembangan tamdun China?
Sungai Tiber
Sungai Ganges
Hilir Sungai Yangtze
Lembah Sungai Huang He
Antara berikut, siapakah tokoh terawal yang Berjaya menyatukan negara China?
Maharaja Shi Huang Di
Maharaja Han Wu Di
Maharaja Liu Bang
Maharaja Gaozu
Bilakah bermulanya pembukaan Laluan Sutera?
Zaman Dinasti Han
Zaman Dinasti Qin
Zaman Dinasti Chou
Zaman Dinasti Shang
Apakah penekanan utama pendidikan menengah dalam tamadun China?
Menterjemah buku suci
Menulis karangan dan sajak
Mengarang salsilah raja
menghafal buku suci
Mengapakah masyarakat tamadun China menyanjung tinggi pelaksanaan sistem peperiksaan awam?
I Mengikut arahan pemerintah
II Menjadi rakyat yang patriotik
III Mendapat jawatan dalam kerajaan
IV Meningkatkan taraf hidup yang lebih baik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai “Lima Kitab” dalam sistem peperiksaan awam Tamadun China?
The Mencius
The Great Learning
The Doctrine of Mean
The Spring and Autumn Annals
Apakah ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam?
I Mempunyai empat peringkat
II Mengekalkan ajaran Konfusianisme
III Hanya lelaki dibenarkan memduduki peperiksaan
IV Calon dibenarkan membawa buku dalam dewan peperiksaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tahap peperiksaan perkhidmatan awam yang menepati ciri-ciri berikut.
*Diadakan dua kali setiap tiga tahun
*Bilangan calon antara 500 hingga 2000 orang
Tahap pertama
Tahap kedua
Tahap ketiga
Tahap keempat
Antara berikut, tokoh yang manakah memperkenalkan teknologi pembuatan kertas?
Cai Lun
Konfusius
Han Fei Zi
Sima Qian
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada Tamadun China?
Sima Qian
Ahli perubatan
Ahli Sejarah
Ahli Falsafah
Ahli Bahasa
Pernyataan di bawah berkaitan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
Kelemahan masyarakat Arab selepas keruntuhan Empangan Maarib telah menyebabkan mereka mengalami zaman kegelapan yang dikenali juga sebagai Zaman Jahiliyah
Mengapakah perkara ini berlaku ?
Tiada pemerintah yang kuat.
Dikuasai oleh tamadun lain.
Bersikap mementingkan diri.
Tidak mewarisi ilmu zaman lalu.
Apakah ciri-ciri pemilihan Syeikh dalam Sistem Kabilah ?
I. Berketrampilan menarik
II. Matang dan berani
III. Pandai berpidato
IV. Kaya dan berpengaruh.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan semangat asabiyah ?
Mengukuhkan persaudaraan.
Bangga dengan kaum sendiri
Mengelakkan campur tangan
Pengaruh budaya luar
Pernyataan di bawah tentang agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah.
Walaupun sebahagian besar masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan penyembahan berhala tetapi ada juga segelintir daripada mereka yang masih menganut dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS
Nyatakan nama agama yang diamalkan ini.
Animisme
Hunafa
Majusi
Wathani
Apakah pengajaran wahyu pertama daripada Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ?
Membaca asas ilmu pengetahuan
Suruhan menyebarkan agama Islam
Perlantikan sebagai pesuruh Allah SWT
Larangan terhadap kepercayaan karut
Siapakah sahabat Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Islam di peringkat awal dakwah ?
I. Abu Lahab
II. Zaid bin Harithah
III. Siti Khadijah
IV. Khalid al-Walid
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan di bawah berkaitan keperibadian Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW ialah individu yang paling dipercayai di Makkah walaupun baginda tidak disukai oleh masyarakat Arab Quraisy kerana dakwah Islam yang dijalankan oleh baginda
Apakah nilai yang tepat bagi menggambarkan keperibadian baginda.
Amanah
Fatanah
Tabligh
Siddiq
Pernyataan di bawah berkaitan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Beliau merupakan tokoh yang telah memerangi golongan murtad dan berjaya mengukuhkan kerajaan Islam daripada perpecahan.
Siapakah tokoh ini ?
Abu Bakar al-Siddiq
Umar al-Khattab
Uthman bin Affan.
Ali bin Abu Talib.
Dimanakah pusat Kerajaan Islam Abbasiyah ?
Anatolia
Baghdad
Damsyik
Madinah
Mengapakah Nabi Muhammad SAW merangka Perlembagaan Madinah ? I. Mempersaudarakan masyarakat Islam.
II. Mengukuhkan kuasa pemimpin.
III. Mengelakkan ancaman musuh.
IV. Memberi kebebasan beragama.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan di bawah tentang Perang Khandak.
Nabi Muhammad SAW menerima pendapat seorang sahabat berbangsa Parsi untuk menggunakan satu strategi pertahanan yang tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab dalam peperangan.
Apakah strategi pertahanan yang digunakan ?
Membina tembok.
Berkubu di tempat tinggi.
Menggali parit yang dalam.
Berlindung di atas bukit
Apakah ciri-ciri Sistem Syura dalam Tamadun Islam ?
I. Ketua dipilih secara warisan
II. Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW
III. Keputusan dicapai secara muafakat
IV. Ahli terdiri daripada pemimpin tentera
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menekan konsep ummah ?
Melancarkan gerakan dakwah.
Mengelakkan penentangan
Mengukuhkan kerajaan
Menyatukan masyarakat.
Mengapakah agama Islam melarang amalan riba ?
Menghancurkan keadilan.
Mendatangkan kerugian.
Mengurangkan keuntungan.
Menyebabkan pembaziran.
Apakah peranan Baitulmal dalam ekonomi Islam ?
Perbendaharaan Negara
Institusi pendidikan
Tempat beribadat
Kawasan jual beli
Pernyataan di bawah berkaitan perkembangan pusat intelektual dalam Tamadun Islam.
Antara sumbangan Kerajaan Umaiyah di Sepanyol ialah kejayaannya mewujudkan pusat pendidikan tinggi yang mengembangkan ilmu sains dan falsafah.
Dimanakah pusat pengajian tinggi ini terletak ?
I. Cordoba
II. Basrah
III. Damsyik
IV. Toledo
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah tokoh ilmuan Islam yang telah berjaya berlayar hingga ke Alam Melayu ?
Ibn Sina
Al-Battani
Ibn Battuta
Al-Khawarizmi
Mengapakah hiasan bangunan dalam Tamadun Islam berbentuk tulisan khat dan ukiran motif geometri serta tumbuhan ?
Mengukuhkan bangunan.
Menampilkan kemewahan.
Menunjukkan kemajuan.
Melahirkan ketenangan.
Gambar di bawah menunjukkan Masjid Sultan Ahmet di Istanbul,Turki.
Antara berikut yang manakah menerangkan ciri-ciri seni bina di atas.
I. Ciri-ciri mewah pada binaan
II. Disesuaikan dengan budaya setempat
III. Struktur selamat untuk pengguna
IV. Bahan binaan yang mahal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi mihrab dalam seni bina Islam ?
Memperdengarkan azan.
Tempat membaca khutbah.
Ruang solat imam masjid.
Penanda arah kiblat.
