Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Seni dan Rekaan

Total questions: 22

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah elemen seni yang menunjukkan kesan titik yang bergerak?

a)

Bentuk

b)

Garisan

c)

Warna

d)

Tekstur

2.

Warna apakah yang dikategorikan sebagai warna panas?

a)

Biru dan hijau

b)

Merah dan oren

c)

Ungu dan biru

d)

Hijau dan coklat

3.

Apakah bentuk yang terdapat dalam seni?

a)

Organik dan geometri

b)

Lurus dan melengkung

c)

Rata dan kasar

d)

Kecil dan besar

4.

Apakah perbezaan antara bentuk organik dan bentuk geometri?

a)

Organik adalah semula jadi, geometri adalah tepat

b)

Organik adalah buatan manusia

c)

Geometri adalah bentuk haiwan, organik adalah bentuk tumbuhan

d)

Tiada perbezaan

5.

Prinsip rekaan kontra bermaksud:

a)

Menggabungkan dua elemen berbeza untuk kesan menarik

b)

Menambahkan warna gelap sahaja

c)

Membuat lukisan lebih stabil

d)

Membentuk pola yang seragam

6.

Apakah fungsi prinsip rekaan imbangan dalam sesuatu karya seni?

a)

Membuat karya nampak stabil

b)

Menjadikan karya lebih berwarna

c)

Mewujudkan pergerakan dalam karya

d)

Menonjolkan satu bahagian sahaja

7.

Bagaimana penggunaan garisan melengkung dalam rekaan batik membantu menambah keindahan?

a)

Menonjolkan bentuk geometri

b)

Memberi kesan harmoni dan kelembutan

c)

Menghasilkan karya yang lebih tajam

d)

Membuatkan karya lebih moden

8.

Apakah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk membuat cetakan?

a)

Pensel

b)

Daun

c)

Cat air

d)

Kadbod

9.

Apakah langkah pertama dalam membuat teknik lipatan dan guntingan (origami)?

a)

Melipat kertas dengan kemas

b)

Mewarnakan kertas dahulu

c)

Menggunting kertas menjadi kecil

d)

Menampal corak di atas kertas

10.

Bagaimana daun boleh digunakan dalam proses cetakan?

a)

Menyapu cat pada daun dan mencetaknya pada kertas

b)

Menggunting daun menjadi kecil dan tampal

c)

Mengambil gambar daun dan mencetaknya

d)

Mewarnakan kertas dahulu sebelum letak daun

11.

Jika anda ingin melukis bertemakan “Kehidupan Desa,” apakah elemen seni yang sesuai?

a)

Garisan halus dan warna lembut

b)

Tekstur kasar dan warna gelap

c)

Bentuk geometri dan warna terang

d)

Warna sejuk dan garisan lembut

12.

Apakah elemen seni yang penting dalam reka bentuk poster?

a)

Warna

b)

Bentuk

c)

Tekstur

d)

Semua di atas

13.

Apakah elemen yang perlu diberi perhatian ketika mereka

4 lines
14.

Apakah elemen seni yang penting dalam reka bentuk poster?

a)

Warna

b)

Bentuk

c)

Tekstur

d)

Semua di atas

15.

Apakah elemen yang perlu diberi perhatian ketika mereka poster bertemakan “Seni Tradisional Malaysia”?

a)

Penggunaan elemen tradisional yang sesuai seperti corak dan warna

b)

Hanya menggunakan teks besar tanpa gambar

c)

Menggunakan warna cerah sahaja

d)

Menggunakan gambar moden sahaja

16.

Poster bertemakan “Kebersihan” sesuai dibuat menggunakan:

a)

Kolaj dengan kertas warna dan gambar menarik

b)

Pensel warna dan teknik lukisan sahaja

c)

Cat air dan gambar rumah sahaja

d)

Warna hitam putih sahaja

17.

Bagaimanakah gabungan warna dalam poster boleh mempengaruhi mesej yang ingin disampaikan?

a)

Warna terang boleh menarik perhatian kepada mesej

b)

Warna gelap menjadikan poster kelihatan lebih berat

c)

Warna sejuk memberi kesan harmoni

d)

Warna yang tidak sesuai tidak memberi kesan visual yang kuat

18.

Bagaimana penggunaan warna sejuk seperti biru mempengaruhi emosi dalam karya seni?

a)

Membuatkan karya nampak terang

b)

Memberikan rasa tenang

c)

Memberikan rasa ceria

d)

Menjadikan warna lebih tajam

19.

Apakah prinsip rekaan utama dalam corak batik?

a)

Tekanan

b)

Pengulangan

c)

Tekstur

d)

Warna

20.

Apakah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan wau bulan?

a)

Kertas

b)

Kain

c)

Kayu

d)

Plastik

21.

Bagaimana penggunaan prinsip kesatuan dalam seni boleh meningkatkan kesan visual?

a)

Penggunaan elemen seni yang serasi untuk menjadikan karya satu keseluruhan

b)

Elemen seni yang berbeza digabungkan tanpa perancangan

c)

Menggunakan banyak warna yang berbeza

d)

Menambahkan banyak tekstur dalam satu karya

22.

Bagaimana anda boleh mencipta corak batik yang menunjukkan semangat kemerdekaan?

a)

Menggunakan bentuk geometri dan warna terang seperti merah dan biru

b)

Menggunakan bentuk organik dan warna sejuk

c)

Menggunakan garisan lurus dan warna gelap

d)

Menggunakan bentuk tradisional dan warna yang seragam