wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Bahasa Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Akim memakai seluar yang ____________ sehingga menampakkan bentuk kakinya.

a)

singkat

b)

suntuk

c)

sendat

d)

sarat

2.

Ahmad memetik sekuntum bunga ____________ menyelitkannya di telinga Minah.

a)

kerana

b)

sambil

c)

lantas

d)

lalu

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kepala Lee Min Jo bergegar-gegar mengikut rentak muzik yang didengarinya.

b)

Jalur Gemilang kelihatan berbuai-buai di tepi laluan masuk ke restoran itu.

c)

Kak Farah meninjau-ninjau mencari tempat duduk yang sesuai di kafe itu.

d)

Mulut adik herot-berot ketika membaca doa sebelum makan.

4.

Bunyi dengkuran Fazri yang ____________ itu mengejutkan adiknya yang sedang tidur.

a)

nyaring

b)

garau

c)

lunak

d)

manja

5.

Encik Ismadi telah membawa ibunya ke hospital ____________ mendapatkan rawatan.

a)

kerana

b)

sambil

c)

lantas

d)

untuk

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Roket air yang pelepasan oleh Syukri telah terbang tinggi di udara.

b)

Katil pesakit itu dapat melaraskan tahap sandarannya mengikut keselesaan.

c)

Mereka menyaksikan fenomena Gerhana Bulan menggunakan teropong khas.

d)

Gambar kenangan percutian semasa melawatan Zoo Johor dirakamkan oleh ayah.

7.

Ketua kampung menasihati Puan Rosmawar agar __________ kehilangan anaknya kepada pihak polls.

a)

memaklumkan

b)

menerangkan

c)

memberitahu

d)

melaporkan

8.

Semenjak harga kelapa sawit tinggi, pendapatan para peneroka di tanah rancangan belia itu sungguh __________.

a)

lumayan

b)

merosot

c)

rendah

d)

lebat

9.

Abangnya __________ bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana __________ belum mempunyai pekerjaan yang tetap.

a)

telah … belum

b)

belum … harus

c)

belum … masih

d)

sudah … masih

10.

“Layanan yang saya terima __________ baik __________,” kata Pak Mustafa kepada rakan-rakannya.

a)

paling … sekali

b)

terlalu … sekali

c)

agak … sungguh

d)

sungguh … sekali