WorksheetsKompilasi Sains 2024 (Ting 4 Bab 2)
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan
seseorang individu.
Apakah situasi mangsa yang memerlukan kaedah ini?
Memegang leher dengan kedua-dua tangann
Cedera parah dalam kemalangan
Tiada degupan jantung
Terkena panahan petir
Rajah menunjukkan Amin sedang memberi bantuan kecemasan kepada rakannya menggunakan kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR). Susun kaedah yang digunakan mengikut urutan yang betul.
1, 2, 3, 4
4, 3, 1, 2
3, 4, 2, 1
4, 3, 2, 1
Antara berikut, apakah tujuan kaedah Heimlich Manoeuvre?
Bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa pitam
Bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa pengsan
Bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa tercekik
Bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa tersedak
Rajah menunjukkan seorang lelaki yang mengalami satu situasi kecemasan sedang diberi bantuan kecemasan. Apakah kepentingan melakukan bantuan kecemasan tersebut kepada mangsa ini?
Untuk menstabilkan pernafasan mangsa
Untuk mengembalikan tekanan darah mangsa
Untuk memulihkan sistem peredaran darah mangsa
Untuk mengelakkan kekejangan otot pada mangsa
Rajah menunjukkan seorang lelaki dalam satu situasi kecemasan. Jika lelaki berkenaan bersendirian di rumah dan tercekik makanan sehingga sukar bernafas, apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk membantu diri sendiri?
Keluar dari rumah dan meminta pertolongan jiran
Tekupkan kedua-dua belah tangan di bahagian tengah dada mangsa.
Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.
Membongkokkan badan ke arah kerusi dan menolak abdomen ke dalam dan ke atas
Rajah menunjukkan salah satu prosedur dalam CPR. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan prosedur tersebut?
Untuk menyedarkan mangsa
Untuk membekalkan darah beroksigen ke dalam peparu
Untuk merangsang jantung mengepam darah ke seluruh badan
Untuk membuka laluan pernafasan dan membenarkan udara masuk
Rajah menunjukkan situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ketika dia bersendirian di rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh lelaki itu untuk menyelamatkan dirinya?
Masukkan jari ke dalam mulut untuk memuntahkan makanan.
Berdiri sambil meletakkan tangan antara pusat dan bawah rusuk dan tekan sekuat hati.
Gengam dan letakkan tangan antara pusat dan bawah rusuk dan cuba menekan pada bahagian tersebut pada tepi kerusi
Memegang leher dengan kedua-dua tangan.
Rajah menunjukkan prosedur dalam CPR. Apakah kepentingan prosedur ini berdasarkan konsep sains?
Memulihkan denyutan nadi
Melancarkan perjalanan darah dalam badan
Membekalkan oksigen ke sel-sel badan mangsa
Melancarkan pengaliran udara dalam salur pernafasan
Rajah menunjukkan seorang wanita menunjukkan tanda tercekik sedang makan. Apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menyelamatkan wanita itu?
Berdiri di belakangnya dan bongkokkan badannya sedikit kehadapan
Tekan dan sentak abdomennya dengan kuat
Kelilingkan tangan dari belakang badannya
Tekan perut mangsa
Antara mangsa berikut, yang manakah sesuai diberikan bantuan kecemasan kaedah Heimlich Manoeuvre?
Mangsa pitam
Mangsa pengsan
Mangsa tercekik
Mangsa tersedak
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam Resusitasi Kardiopulmonari (CPR).
S: Buka saluran pernafasan.
P: Tekanan dada dibuat.
Q: Beri bantuan pernafasan.
M: Periksa tindak balas mangsa.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan langkah yang betul?
S, P, M, Q
M, Q, S, P
P, Q, S, M
M, S, P, Q
Osman mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan mengangkat dagu mangsa semasa melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Mengapakah tindakan itu dilakukan?
Untuk mengurangkan tekanan dalam peparu
Untuk membenarkan peredaran darah berjalan lancar
Supaya tekanan udara di luar badan lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam badan.
Untuk membuka saluran pernafasan
Apakah situasi yang memerlukan Heimlich Manoeuvre dilakukan dengan segera?
Lemas
Tercekik
Renjatan elektrik
Serangan jantung
Rajah menunjukkan seorang lelaki melakukan satu prosedur bantuan kecemasan. Apakah tujuan tindakan tersebut?
Meningkatkan bilangan degupan jantung
Meningkatkan tekanan di dalam peparu
Menambahkan diameter salur pernafasan
Meningkatkan isi padu udara di dalam peparu
Rajah menunjukkan seorang perempuan sedang melakukan teknik K bagi suatu
bantuan kecemasan. Apakah kepentingan melakukan teknik K kepada mangsa tersebut?
Menstabilkan pernafasan
Menambah tekanan di dalam peparu
Mengembalikan tekanan darah mangsa
Menghasilkan peredaran darah secara buatan
Rajah menunjukkan satu langkah dalam melakukan CPR. Apakah yang patut dilakukan sekiranya mangsa sudah mula bernafas tetapi masih tidak sedar?
Longgarkan pakaian mangsa
Lakukan hembusan nafas berulang kali
Tambahkan tekanan pada dada mangsa
Ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan mengiring
Seorang datuk sedang makan rambutan di rumah seorang diri. Tiba-tiba dia tertelan
biji rambutan dan tercekik. Apakah yang perlu dilakukannya pada ketika itu?
Segera menelefon 911
Memasukkan jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan semula biji rambutan
Baring dengan dada menghadap ke atas permukaan rata dan dongakkan kepala untuk membuka saluran pernafasan
Menggunakan objek separas pinggang seperti kerusi dan bongkokkan badan seterusnya tolak badan dengan seluruh tenaga kepada objek tersebut.
Rajah menunjukkan seorang mangsa yang tidak sedarkan diri. Individu tersebut tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum bantuan kecemasan diberikan?
Berikan lima kali bantuan pernafasan
Berikan tekanan dada sebanyak 30 kali
Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya
Meminta bantuan orang di sekeliling untuk menghubungi 999
Antara berikut, yang manakah perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang
tercekik?
Heimlich Manoeuvre
Teknik tekanan dada
Resusitasi kardiopulmonari
Teknik hembusan ke dalam mulut
Mengapakah tekanan dada perlu dilakukan apabila melakukan kaedah CPR?
Membantu mangsa supaya sedarkan diri
Membantu mangsa untuk mengeluarkan objek yang tersekat
Membantu jantung mangsa untuk mengepam darah secara buatan
Membantu mangsa untuk mendapatkan oksigen secara berterusan
Fairus menemui seorang lelaki yang sedang memegang kedua-dua leher ketika makan di sebuah restoran. Fairus mendapati lelaki itu sukar untuk bercakap dan beliau mengambil keputusan untuk melakukan kaedah Heimlich Maneuver. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Fairus ketika melakukan Heimlich Maneuver?
Buka saluran pernafasan mangsa
Periksa respons mangsa dan hubungi talian kecemasan
Berdiri di belakang mangsa dan bengkokkan badannya sedikit ke hadapan
Letakkan lengannya di sekeliling mangsa dari belakang dan genggam penumbuk dengan tangan kanan
