WorksheetsPeperiksaan Percubaan SPM 2024 Sains Kertas 1
Total questions: 40
Worksheet time: 3hrs 20mins
Antara bahan sisa berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Petrol
Asid sulfurik pekat
Larutan natrium klorida
Larutan natrium hidroksida pekat
Rajah 1 menunjukkan satu alat pemadam kebakaran.
Antara berikut, punca kebakaran yang manakah sesuai dipadamkan menggunakan alat tersebut?
Kertas dan kayu
Minyak dan gris
Peralatan elektrik
Logam magnesium
Rajah 2 menunjukkan seorang lelaki melakukan satu prosedur bantuan kecemasan.
Apakah tujuan tindakan tersebut?
Meningkatkan bilangan degupan jantung
Meningkatkan tekanan di dalam peparu
Menambahkan diameter salur pernafasan
Meningkatkan isi padu udara di dalam peparu
Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?
Umur
Ketinggian
Berat badan
Warna kulit
Jisim badan Shukri ialah 60 kg dan tingginya ialah 1.70 m.
Apakah kategori BMI Shukri?
Obes
Jisim badan unggul
Berlebihan jisim badan
Kurang jisim badan
Rajah 3 menunjukkan alat yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
Apakah kebaikan penjanaan tenaga menggunakan kaedah ini?
Menghasilkan tenaga bersih
Memerlukan kawasan yang kecil
Menyebabkan pencemaran alam
Mengurangkan penipisan lapisan ozon
Rajah 4 menunjukkan mod pengangkutan hijau.
Apakah P?
Teksi
Basikal
Pejalan kaki
Kenderaan perkhidmatan
Rajah 5 menunjukkan satu peringkat dalam pembahagian sel.
Apakah peringkat tersebut?
Anafasa I
Anafasa II
Metafasa I
Metafasa II
Rajah 6 menunjukkan pewarisan trait pada manusia.
Berapakah peratus kemungkinan untuk mendapat anak yang berambut kerinting?
25
50
75
100
Teknologi DNA rekombinan digunakan untuk menghasilkan insulin. Ia menggabungkan DNA daripada sejenis mikroorganisma dengan DNA manusia.
Apakah mikroorganisma tersebut?
Kulat
Virus
Protozoa
Bakteria
Rajah 7 menunjukkan satu sendi manusia.
Antara bahagian yang berlabel A, B, C atau D, yang manakah mewakili tulang rawan?
A
B
C
D
Bagaimanakah dadah menjejaskan fungsi koordinasi tubuh manusia?
Menyebabkan halusinasi
Merosakkan otak, peparu dan ginjal
Menghalang aliran oksigen di hantar ke otak
Melambatkan gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan
Antara berikut, yang manakah emnunjukkan susunan atom bagi cincin emas?
Rajah 8 menunjukkan alat radas di makmal.
Apakah jenis kaca yang digunakan?
Kaca silika terlakur
Kaca soda kapur
Kaca borosilikat
Kaca plumbum
Maklumat berikut merupakan ciri-ciri bagi sejenis ubat.
Apakah jenis perubatan komplimentari yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
Homeopati
Kiropraktik
Akupuntur
Urutan tradisional
Apakah faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan manusia?
Pencemaran udara
Sinar ultraungu
Asap rokok
Metabolisme
Sebuah kereta berada dalam keadaan pegun, kemudian ia bergerak dan mencapai halaju 25 ms-1 dalam masa 10 saat.
Berapakah pecutan kereta tersebut?
0.4 ms-2
2.5 ms-2
15.0 ms-2
250.0 ms-2
Rajah 9 menunjukkan dua buah tin yang dilepaskan pada sudut ayunan yang sama.
Apakah yang dapat diperhatikan?
Tin kosong berayun lebih laju
Tin kosong berayun lebih lama
Tin berisi pasir berayun lebih lama
Kedua-dua tin berayun dan berhenti pada masa yang sama
Antara berikut, yang manakah alasan bagi pemilihan sumber tenaga nuklear sebagai sumber tenaga utama dalam sesebuah negara?
Kos pembinaan murah
Kekurangan sumber tenaga lain
Mempunyai teknologi yang kurang canggih
Keluasan negara yang kecil dengan jumlah penduduk yang tidak ramai
Maklumat berikut menunjukkan kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear.
Antara padanan berikut, yang manakah benar?
Kesan somatik - Leukimia dan mutasi sel
Kesan genetik - Katarak dan kecacatan bayi
Kesan somatik - Katarak dan kecacatan bayi
Kesan genetik - Leukimia dan mutasi sel
Kesan somatik - Mutasi sel dan kecacatan bayi
Kesan genetik - Leukimis dan kecacatan bayi
Kesan somatik - Leukimia dan katarak
Kesan genetik - Mutasi sel dan kecacatan bayi
Rajah 10 menunjukkan sejenis mikroorganisma.
Antara berikut, proses manakah menggunakan mikroorganisma ini?
Pembuatan roti
Penghasilan vaksin
Pencernaan haiwan
Pemprosesan barangan kulit
Bahan X disapu pada lengan kanak-kanak sebelum suntikan vaksin diberikan.
Apakah bahan X?
Antibiotik
Antiseptik
Antiserum
Disinfektan
Sekeping pizza mengandungi 10 g protein, 15 g karbohidrat dan 6 g lemak. Jadual 1 menunjukkan nilai kalori bagi tiga kelas makanan.
Berapakah jumlah nilai kalori sekeping pizza itu?
71.0 kJ g-1
250.5 kJ g-1
559.6 kJ g-1
643.1 kJ g-1
Rajah 11 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen.
Apakah proses P dan Q?
P - Pendenitritan
Q - Penitritan
P - Penitritan
Q - Penguraian
P - Penguraian
Q - Penitritan
P - Pengikatan nitrogen
Q - Pendenitritan
Rajah 12 menunjukkan seekor haiwan hasil daripada pembiakbakaan terpilih.
Apakah kelebihan haiwan ini dalam teknologi pengeluaran makanan?
Penghasilan susu yang lebih banyak
Lambat matang dan menghasilkan daging yang lembut
Kurang rintangan kepada penyakit dan cuaca melampau
Kos pekerja yang rendah dalam mengendalikan haiwan ini
Jadual 2 menunjukkan kaedah dalam teknologi pemprosesan makanan.
Antara berikut, yang manakah betul tentang penggunaan teknologi dalam Jadual 2?
X - Tempe
Y - Buah kering
Z - Yogurt
X - Jus buah
Y - Buah kering
Z - Yogurt
X - Jus buah
Y - Buah kering
Z - Tempe
X - Buah kering
Y - Yogurt
Z - Tempe
Maklumat berikut menunjukkan punca-punca bagi sejenis pencemaran.
Antara berikut, yang manakah jenis pencemaran tersebut?
Pencemaran air
Pencemaran tanah
Pencemaran terma
Pencemaran udara
Rajah 13 menunjukkan sejenis mikroorganisma.
Bagaimanakah mikroorganisma ini berperanan dalam Teknologi Emisi Negatif?
Membersihkan udara yang tercemar
Menyerap gas tercemar dalam udara
Mengurangkan gas nitrogen dalam atmosfera
Menjalankan proses fotosintesis
Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi suatu tindak balas antara sejenis logam dengan air. Berdasarkan Jadual 3, berapakah kadar tindak balas purata keseluruhan? Kadar tindak balas purata keseluruhan =Masa yang diambilJumlah isi padu gas
0.25 cm3 s-1
0.38 cm3 s-1
2.67 cm3 s-1
4.00 cm3 s-1
Rajah 14 menunjukkan proses bagi menghasilkan asid sulfurik.
Apakah mangkin X?
Vanadium (V) oksida
Sebuk ferum
Ammonia
Kalium manganat
Rajah 15 menunjukkan struktur satu sebatian hidrokarbon.
Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri sebatian tersebut?
Mempunyai ikatan kovalen ganda dua
Mempunyai siri homolog alkena
Diwakili oleh formula am CnH2n+2
Merupakan hidrokarbon tak tepu
Rajah 16 menunjukkan persamaan perkataan bagi satu proses.
Apakah proses tersebut?
Penapaian
Penyulingan
Saponifikasi
Pengekstrakan
Rajah 17 menunjukkan dua contoh bahan yang mengandungi lemak.
Antara berikut, perbezaan manakah yang betul antara lemak dalam bahan K dan bahan L?
K - Sumber daripada tumbuhan
L - Sumber daripada haiwan
K - Keadaan cecair pada suhu bilik
L - Keadaan pepejal pada suhu bilik
K - Mempunyai takat lebur tinggi
L - Mempunyai takat lebur rendah
K - Bilangan atom hidrogen dalam molekul belum maksimum
L - Bilangan atom hidrogen dalam molekul maksimum
Rajah 18 menunjukkan struktur keratan rentas buah kelapa sawit.
Antara bahagian berlabel berikut, yang manakah menghasilkan minyak paling banyak?
Q
R
S
T
Rajah 19 menunjukkan susunan radas bagi sel elektrolitik.
Antara sebatian berikut, yang manakah sesuai digunakan sebagai bahan Z?
Klorometana
Etil etanoat
Larutan sukrosa
Larutan natrium klorida
Rajah 20 menunjukkan susunan radas bagi sel kimia ringkas.
Apakah fungsi voltmeter?
Untuk menyukat arus
Untuk menyukat kuasa
Untuk menyukat voltan
Untuk menyukat rintangan
Rajah 21 menunjukkan pembentukan imej suatu objek oleh kanta sembung.
Di manakah kedudukan objek untuk mendapatkan imej tersebut?
Kurang daripada F
Pada F
Pada 2F
Di antara F dengan 2F
Maklumat berikut merujuk kepada sejenis alatan optik.
Apakah alatan optik tersebut?
Rajah 22 menunjukkan bumbung sebuah rumah yang terangkat ketika angin kencang bertiup merentasinya.
Antara konsep sains berikut, yang manakah terlibat dengan situasi ini?
Prinsip Bernoulli
Prinsip Paskal
Prinsip Archimedes
Prinsip Keabadian Momentum
Rajah 23 menunjukkan komponen sistem GPS.
Antara A, B, C atau D, yang manakah segmen pengguna?
A
B
C
D
