Font size
WorksheetsKUIZ BM TAHUN 5
Total questions: 150
Worksheet time: 1hrs 15mins
Penduduk kampung bekerjasama membersihkan _________ permainan kanak-kanak yang bersebelahan dengan balai raya.
sungai
taman
pulau
bukit
Hani dan Hana merupakan pasangan kembar seiras. ________ sangat rajin dan baik hati.
Mereka
Kami
Dia
Baginda
Beberapa orang guru _________ dipertanggungjawabkan untuk mengawasi murid-murid itu.
akan
telah
sedang
mesti
"Letak alatan sukan itu di hujung __________, Raju," kata Cikgu Amin.
ini
sana
itu
sini
Semua penonton _________ melihat persembahan dua orang pelawak yang terkenal itu.
berjalan
ketawa
menangis
bergaduh
Ayah Chan Ho menggantungkan se____________ mercun di halaman rumah.
gugus
papan
ikat
batang
Kakak membeli lima ______________ anggur di pasar raya.
papan
ikat
gugus
helai
Datuk membawa balik lima ______________ pisang dari dusun buah-buahan.
biji
tandan
tongkol
batang
Encik Tan dan Pak Ramu sedang berbual ___________ di ruang tamu.
rancak
sunyi
kuat
laju
Encik Remy melarang anaknya mandi di sungai yang ___________ itu.
cetek
dalam
surut
pasang
“Cikgu Aminah, bolehkah __________ menggunakan dewan sekolah pada petang ini?” tanya anak-anak murid.
saya
kami
kalian
mereka
__________ekor burung hinggap di atas dahan pokok rambutan itu.
Tiga
Bertiga
Ketiga
Ketiga-tiga
Daniel mengumpulkan baju-baju terpakai untuk didermakan _________ mangsa-mangsa gempa bumi.
pada
kepada
dengan
daripada
Lutut Siva cedera _________ terjatuh semasa hendak mendaki cerun itu.
maka
jika
agar
kerana
Raju berkata bahawa dia _______ menyertai lawatan ke Pulau Pinang pada tahun lepas.
belum
sedang
telah
akan
Para penonton _______ setelah pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.
bersorak
berbisik
bercakap
berucap
Mak Cik Limah mengukus beberapa _______ jagung di dalam periuk itu.
helai
bilah
bentuk
tongkol
Abang tidur dengan _______ setelah pulang dari menyertai perkhemahan di sekolahnya.
bengkok
lambat
nyenyak
dekat
Cikgu Ruben terpaksa _______ buku latihan anak muridnya di rumah kerana dia terlibat dalam mesyuarat pada petang tadi.
diperiksa
memeriksa
pemeriksa
peperiksaan
Johari membeli _______ yang dijual di gerai itu untuk dimakan semasa minum petang.
lauk-pauk
kuih-muih
sayur-mayur
rempah-ratus
Firas cuba ________ enjin kereta yang mati secara tiba-tiba.
menolak
mengelap
menghidupkan
membuka
Buku komik itu berharga tiga ringgit lima puluh sen ________.
senaskhah
sekeping
sepapan
serangkap
Pilih ayat yang sama maksud.
Puan Ida mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian lalu melipatnya.
Pakaian yang dijemur di ampaian diangkat oleh Puan Ida lalu dilipatnya.
Pakaian yang dilipat oleh Puan Ida diangkat lalu dijemurnya di ampaian.
Puan Ida mengangkat dan melipat pakaian yang dijemurnya di ampaian.
Puan Ida melipat pakaian yang diangkat di ampaian lalu menjemurnya.
Pilih ayat yang sama maksud.
Encik Zaki menasihatkan Haziz supaya rajin bersenam agar badannya sentiasa sihat.
“Kamu perlu bersenam setiap hari supaya tubuh kamu sihat,” pesan Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu perlu rajin bersenam supaya badan kamu sihat,” pesan Encik Zaki kepada Haziz.
“Kita perlu bersama-sama bersenam agar tubuh kita sentiasa sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu berjanji untuk bersenam supaya badan kamu sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
Pilih ayat yang betul.
Murid-murid membeli makanan di waktu rehat.
Banyak murid-murid menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jimmy ialah murid yang terpaling tinggi sekali di kelasnya.
Pejabat pos dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00
petang.
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.
berukir
terukir
diukirkan
mengukirkan
Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.
mengelek
menatang
menjinjing
mengusung
Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.
Baginda
Beta
Beliau
Patik
Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.
lidah biawak
lipas kudung
kera sumbang
ayam tambatan
Kesan ____________ merupakan kesan yang berkait rapat dengan pencemaran udara.
rumah api
rumah hijau
rumah asap
rumah atap
Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.
serta
tetapi
kecuali
manakala
Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.
berlegar-legar
berputar-putar
menyorok-nyorok
merayau-rayau
Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu
berat tangan
lipas kudung
cakar ayam
simpang siur
“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
wawasan
gagasan
cita-cita
hobi
________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
Cadangan
Pendapat
Suruhan
Gesaan
Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
gambaran
bayangan
kenangan
lukisan
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.
pendapat
dorongan
hebahan
arahan
Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.
pandangan
senyuman
jelingan
pujian
Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.
huluran
kutipan
hantaran
sumbangan
_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Sokongan
Imbuhan
Tawaran
Huluran
Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.
lukisan
harapan
gambaran
kenangan
Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.
ukiran
hiasan
tenunan
anyaman
Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk dibaiki.
zoo
kilang
klinik
bengkel
Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.
alim kucing
Abu Nawas
kera sumbang
bodoh sepat
Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Bapa saya sedang _____________ rambut.
A. menggunting
B. memijak
C. mengerinting
D. menocang
Ah Seng sedang _____________ di biliknya.
A. disyarah
B. berehat
C. melari
D. disembunyi
Pasukan pengawal itu _______________ menjalankan tugas.
A. berganti-ganti
B. bergilir-gilir
C. bertukar-tukar
D. berjalan-jalan
Masyarakat mesti memberikan _______ yang baik kepada para pelancong.
A. pujian
B. layanan
C. teguran
D. senyuman
Para penonton telah memberi ______________ yang bergemuruh setelah dia mengakhiri ucapannya.
A. teriakan
B. tepukan
C. sorakan
D. pekikan
Derma ini merupakan ______________ daripada Syarikat Setia Budi.
A. sumbangan
B. dermawan
C. berian
D. bantuan
Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.
hamis
hanyir
hangus
hapak
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Setiap hari, Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :
Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Manakah ayat yang paling tepat ?
Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.
Pilih ayat yang betul.
i. Rezza ialah adik kandung saya.
ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.
iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.
iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.
ii dan iii
i dan iii
i, ii dan iii
i, ii, dan iv
_____________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.
Para
Segala
Seluruh
Pelbagai
Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
bersuara
bertutur
berkata
bertitah
____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah kewangan.
Agar
Walaupun
Sejak
Tetapi
Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
pada
dengan
tentang
untuk
Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.
dipangkas
memangkas
pemangkas
berpangkas
Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.
adalah
tidak
ialah
bukan
Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
kasar
kesat
luas
licin
Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.
buah tangan
buah mulut
buah hati
anak buah
__________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
Jemput
Tolong
Sila
Jangan
Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke rumah.
bawah
atas
sisi
hujung
Murid-murid Tahun Lima Merah mengadakan latihan memukul gendang setiap petang untuk __________ pada Hari Guru nanti.
percantuman
persembahan
pembatasan
perhimpunan
Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
papan
rangkap
batang
butir
Sesiapa yang mendapat markah ________ tinggi dalam peperiksaan akan menerima hadiah daripada cikgu.
nian
agak
sekali
paling
Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya. Perkataan seerti bagi mengajak ialah
melarang
menyuruh
mempelawa
menegur
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Lain kali kamu tidak boleh lagi ponteng sekolah ,” kata Cikgu Chong kepada Pui Kwan.
Pui Kwan dinasihati supaya tidak lagi ponteng sekolah cikgunya.
Cikgu Chong dinasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
Cikgu Chong menasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
Pui Kwan dinasihati oleh Cikgu Chong kerana tidak ponteng sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Kempen membaca mendapat sambutan yang lesu dari orang ramai.
Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.
Pendapat bulanan peniaga itu sungguh lumayan.
Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam kebakaran itu.
Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?
Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.
Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
beta…hamba
baginda…hamba
tuanku…patik
hamba...tuan hamba
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.
Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.
dan
atau
walaupun
kerana
lelangit
peparu
kekisi
jejentik
Muhamad __________ kecil lagi ketika ibunya meninggal dunia.
telah
masih
belum
sedang
“ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid Tahun 6 Dedikasi
Bilakan
Apakah
Bila
Di manakah
Pilih ayat yang betul.
A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.
B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.
C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.
Penonton melonjak______________ apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama semasa menentang Lin Dan.
kegilaan
kemeriahan
kesenangan
kegembiraan
Hang Tuah terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ______.
berani
takut
jahat
elok
Tong sampah itu sangat ______________.
sejuk
panas
busuk
pantas
Adri tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.
dia
kamu
beliau
saya
"_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun 4 UKM kepada Cikgu Faizah.
Mereka
Kita
Kami
Kamu
Muthu pergi ke _______ setiap pagi untuk membeli sayur-sayuran.
pasar
kedai
ladang
taman bunga
Encik Lee merupakan pegawai perubatan di _____________.
Hospital Kuala Lumpur
Zoo Negara
Jabatan Pendidikan Negeri
Taman Cahaya
Pilih ayat yang betul.
Semua barang-barang jualan hari ini begitu laris.
Banyak perkara yang kamu peroleh jika sekiranya kamu mengikuti seminar itu.
Harap semua pihak dapat memberikan kerjasama demi untuk menjayakan program ini.
Pada malam tadi, kawasan Kampung Delima gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus.
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?
Seperti kera mendapat bunga
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Seperti anjing dengan kucing
Darus dan Intan bersahabat karib bagai _______________________ .
pinang di belah dua
anjing dengan kucing
isi dengan kuku
kera mendapat bunga
Mereka sentiasa ____________ mengusahakan kebun ini.
buah tangan
lepas tangan
berganding bahu
buah tangan
Jalan menghala ke Bandar Mersing ___________ .
lintang-pukang
haru-biru
bengkang-bengkok
pusing-keliling
Angin yang bertiup _________ menyebabkan pokok di tepi jalan itu tumbang.
deras
laju
kencang
ganas
Ketika melihat pergaduhan itu adik berkata ,"..........................,sungguh malang nasib pemuda itu!"
Cis
Aduh
Amboi
Aduhai
_________kah datuk kamu akan pulang dari Kuala Lumpur?
Apa
Siapa
Bila
Mengapa
Makan makanan seimbang dan bersenam secara tetap sangat penting untuk kekal sihat dan cergas.
Pilih perkataan sinonim bagi penting.
mustahak
patut
elok
baik
Puan Fatimah bimbang akan keselamatan anak bongsunya yang semakin teruk.
Pilih perkataan sinonim bagi bimbang.
gentar
takut
khuatir
duka
_______, cubalah kek yang saya buat ini!
Aduhai
Wah
Cis
Nah
________, kamulah rupa-rupanya yang memfitnah saya selama ini!
Syabas
Nah
Wahai
Oh
_________, cantiknya rumah baharu Encik Ramli yang terletak di kawasan lapang itu.
Nah
Aduh
Aduhai
Wah
"________, cantik sungguh baju kamu!" Sindir Leha kepada Shima.
Eh
Hai
Aduh
Amboi
Murid lelaki itu ditahan oleh pengawas di pintu pagar sekolah kerana datang kesekolah dengan pakaian yang __________.
serbah-serbih
remeh-temeh
gopoh-gapah
compang-camping
Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.
lintang-pukang
kusut-masai
bolak-balik
huru-hara
Jaden memelihara beberapa ekor _________ yang diimport dari luar negara.
bebawang
bebola
bebiri
bebayang
Baju penari itu ______________ dan berkilat.
berwarna-warna
berwarna-warni
berlekuk-lekuk
beribu-ribu
2. _________________ itu menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Besar.
Kanak-kanak
Belia-belia
Murid-murid
Budak-budak
Kakak En Qi bekerja sebagai juruwang di sebuah ____________.
kota raya
balai raya
pasar raya
jalan raya
Cikgu Abu menerima hadiah seutas ________ ketika hari lahirnya.
jam tangan
kasut bola
kanta tangan
meja tulis
Maria melukis beberapa bentuk_______ kaki sama pada kertas lukisan itu dengan menggunakan pensel.
Segi tiga
Segi bulatan
Segi bujur
Segi empat
Alif mendapat keputusan yang baik dalam _____ Sains dan Matematik.
mata pendidikan
mata ilmu
mata pelajaran
mata bestari
________ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina islam.
Reka corak
Reka rupa
Reka bentuk
Reka acuan
Kedai yang menjual ______ itu dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
alat padam
alat pembaris
alat tulis
alat pensel
_____ majlis itu terpaksa diubah kerana bebrapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Atur suai
Atur susun
Atur cara
Atur masa
Para pemandu kenderaan harus mematuhi __________ jalan raya.
lampu tidur
lampu isyarat
lampu suluh
lampu jalan
Beberapa orang _____________ syarikat itu telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.
jawatankuasa
warganegara
kakitangan
pesuruhjaya
Saya berasa bangga kerana hasil kraf tangan negara kita terkenal di peringkat _______________.
bumiputera
antarabangsa
pesuruhjaya
warganegara
Da Rui menghadiahi Balinda seutas ____________ sempena hari jadinya.
rantai besi
surat rantai
rantai palsu
rantai emas
Ren Jian mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.
komputer riba
kamus dewan
buku rujukan
alat mainan
Azlan membuang sampah ke dalam ____________.
tong air
tong besi
tong minyak
tong sampah
Sebagai __________________ yang bertanggungjawab, aspek kebersihan dan keceriaan perlulah sentiasa kita utamakan untuk menarik pelancong asing.
warganegara
warga maya
pesuruhjaya
antarabangsa
Jamilah membaca ________________ di bawah sepohon pokok yang rendang.
buku cerita
buku latihan
buku tulisan
buku tambahan
Laporan Program Perkhemahan Perdana itu telah ditulis oleh ____________ Unit Beruniform Pengakap.
pengerusi
setiausaha
bendahari
jawatankuasa
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua ber___________ untuk memerangi virus Convid-19 yang melanda negara kita.
tandatangan
temujanji
tanggungjawab
tingkahlaku
Abang Siti telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke _________________.
sekolah
universiti
tadika
kelab
_________ Daniel telah selesai mendaftarkan kelahiran bayinya.
Datin
Puan
Encik
Cik
Kami akan ke Singapura __________________ ayah mendapat cuti.
jika
atau
kerana
sambil
Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:
Lina sedang tidur.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:
Pukul berapakah mereka sampai?
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:
Ambillah wang RM1 ini.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:
Aduh, sakitnya tanganku!
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
