wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teknik Mengukur Kesihatan Badan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kita perlu memastikan suhu badan kita sentiasa berada dalam julat suhu normal.

Apakah yang dimaksudkan dengan suhu badan?

a)

Kepanasan badan

b)

Darjah kesejukan dalam badan seseorang

c)

Bahan yang disukat dengan termometer

d)

Darjah kepanasan dan kesejukan badan manusia

2.

Apakah fungsi termometer ini?

a)

Digunakan untuk menyukat suhu cecair

b)

Digunakan untuk menyukat suhu badan melalui dubur

c)

Digunakan di dalam klinik menyukat suhu persekitaran

d)

Digunakan di dalam makmal untuk menyukat suhu badan

3.

Apakah faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

Makan berlebihan

b)

Minum berlebihan

c)

Terlajak tidur

d)

Jangkitan

4.

Antara berikut, yang manakah faktor mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?

a)

Warna kulit

b)

Ketinggian

c)

Aktiviti Fizikal

d)

Berat badan berlebihan

5.

Apakah nama dan kegunaan alat tersebut?

a)

Stetoskop - Mendengar degupan jantung

b)

Stetoskop - Mengukur tekanan darah

c)

Sfigmomanometer - Mengukur aras glukosa dalam darah

d)

Sfigmomanometer - Mengukur tekanan darah

6.

Berapakah bacaan tekanan diastolik (mmHg) bagi individu kategori tekanan darah berisiko?

a)

70 – 89 mmHg

b)

120 – 129 mmHg

c)

130 – 139 mmHg

d)

180 - 200 mmHg

7.

Antara berikut, manakah kesan yang disebabkan oleh jisim badan berlebihan?

a)

Diabetes mellitus

b)

Anemia

c)

Osteoporosis

d)

Anoreksia

8.

Selepas jamuan Hari Raya,Razin mendapati bacaan BMI nya ialah 28 kg/m2 . Ini menunjukkan berat badannya berlebihan. Razin perlu mengawal pengambilan makanan dan menjalankan senaman untuk memastikan berat badannya kembali normal. Berapakah anggaran berat badan yang harus dimiliki oleh Razin untuk memastikan bacaan BMInya kembali normal? Ketinggian Razin ialah 1.69m.

a)

46 kg

b)

50 kg

c)

70 kg

d)

85 kg

9.

Kekurangan jisim badan akan meningkatkan risiko seseorang mendapat masalah kesihatan seperti penurunan daya tahan badan melawan penyakit serta anemia. Apakah masalah kesihatan lain yang mungkin dihidapi oleh seseorang yang kekurangan jisim badan?

a)

Diabetis melitus

b)

Kemurungan

c)

Strok

d)

Komplikasi sendi dan tulang

10.

Apakah cara yang betul untuk mengurangkan jisim badan?

I Makan mengikut piramid makanan dan Pinggan sihat Malaysia

II Pantau berat badan enam kali dalam sehari

III. Bersenam secara teratur 30 minit selama tiga kali seminggu

IV. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

Semua di atas