NEW
Font size
WorksheetsPilih kata ganda yang sesuai dengan ayat di bawah.
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Pawagam menjadi _______ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Jaswan Singh ______ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Mereka ketawa _______ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Banyak ________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
dedahan
pepohon
dedaun
reranting
Adik berjalan ________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
terkial-kial
tersekat-sekat
terhuyung-hayang
terhincut-hincut
Puan Somes menggunakan ________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
beras-petas
kuih-muih
rempah-ratus
sayur-mayur
Bantal yang berisi ______ amat lembut sekali.
kekabu
dedaun
bebola
bebiri
Petani memasang ______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
