wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji PSV

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Jingga, hijau, dan ungu ialah kumpulan warna

a)

asas

b)

tertier

c)

sekunder

d)

lembut

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan ruang?

a)

Ruang ilusi yang dihasilkan pada permukaan yang rata

b)

Kawasan atau jarak yang wujud di dalam, di tengah atau di sekeliling sesuatu objek

c)

Ruang sebenar yang wujud pada semua hasilan seni yang berbentuk tiga dimensi

d)

Benda yang mempunyai bentuk atau ruang tiga dimensi

3.

Bilakah masanya alatan kebesaran dan perhiasan diraja digunakan oleh seorang raja?

a)

Dipakai dan digunakan pada sepanjang masa.

b)

Diguna dan dipakai ketika bersiar-siar.

c)

Digunakan semasa istiadat pertabalan dan majlis tertentu.

d)

Digunakan untuk pameran sahaja.

4.

Bentuk rumah ini memanjang dan bumbungnya melengkung pada bahagian hujung. Bahagian muka tebar layarnya tirus dan tinggi. Apakah nama bagi rumah ini?

a)

Rumah tiang dua belas

b)

Rumah Serambi Melaka

c)

Rumah Panjang

d)

Rumah Minangkabau

5.

Mengapakah kura-kura yang terdapat di dalam kolam di tokong-tokong dianggap penting?

a)

Simbol kekayaan

b)

Simbol panjang umur

c)

Simbol kemewahan

d)

Simbol kemenangan

6.

Manakah antara seni bina berikut mempunyai bumbung seolah-olah payung yang terbuka?

a)

Masjid Negara

b)

Istana Seri Menanti

c)

Gereja St. Paul

d)

Rumah Kutai

7.

Mengapakah Seni Op dikaitkan dengan ilusi optikal?

a)

Menggunakan imej-imej popular

b)

Menggunakan imej bawah sedar

c)

Karyanya adalah luahan emosi secara spontan

d)

Imej yang dihasilkan seolah-olah sedang bergerak

8.

Antara berikut, media yang manakah merupakan media kering?

a)

Dakwat

b)

cat emulsi

c)

cat minyak

d)

cat air

9.

Apakah jenis arca yang mempunyai seni kinetik?

a)

Arca asemblaj

b)

Arca binaan

c)

Arca mobail

d)

Arca dinding

10.

Proses menghasilkan sebuah catan lengkap mengikut urutan yang betul ialah

a)

melakar melukis mewarna membingkai

b)

mewarna melukis membingkai melakar

c)

melakar mewarna melukis membingkai

d)

melukis membingkai mewarna melak

11.

Dimanakah bermulanya seni lukisan Barat aliran Renaissance?

a)

Paris

b)

England

c)

Malaysia

d)

Itali

12.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik catan cat air?

a)

Kering atas basah

b)

Impasto

c)

Basah atas basah

d)

Kering atas kering

13.

Siapakah antara berikut bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Pensyarah

b)

Akitek landskap

c)

Usahawan landskap

d)

Kontraktor landskap

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?

a)

Tempat kanak-kanak belajar landskap sambal bermain

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

c)

Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang pelanskapan

d)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang landskap agar menjadi pelapis pereka landskap

15.

Mengapakah penegasan perlu diwujudkan dalam penghasilan seni visual?

a)

Untuk menarik perhatian dan tumpuan

b)

Untuk menimbulkan gubahan harmoni

c)

Untuk kesan bergetar pada objek

d)

Untuk memberi imbangan kepada gubahan