WorksheetsSains dan Teknologi dalam Islam (Bab 5 dan Bab 6)
Total questions: 27
Worksheet time: 16mins
Manakah antara berikut BENAR tentang fungsi al-Quran dalam sains?
Menetapkan hukum fiqh
Mengkhabarkan berita tentang kiamat
Menggambarkan penciptaan cakerawala
Menceritakan tentang penderhakaan umat terdahulu
Apakah kelebihan mengkaji al-Quran dalam sains dan teknologi ?
Mengurangkan kewaspadaan terhadap objektif penyelidikan
Mengangkat darjat kemuliaan orang yang menuntut ilmu
Melahirkan manusia yang tidak beretika
Membataskan pemikiran manusia
Berikut merupakan fenomena alam yang dinyatakan dalam al-Quran, KECUALI:
Peredaran siang dan malam
Pergerakan alam
Kejadian hujan
Evolusi kera
Manakah antara berikut ciri saintifik matahari dalam al-Quran?
i. Beredar dalam falaknya
ii. Menjadi sumber cahaya
iii. Menjadi petunjuk arah
iv. Menjadi sumber haba
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
Semua di atas
Manakah antara berikut BUKAN merupakan bukti penciptaan alam itu berpasangan?
Peredaran siang dan malam
Keharmonian langit dan bumi
Flora yang menumbuhkan benih
Manusia melahirkan zuriat yang soleh
Apakah nama saintifik bagi lebah yang menghasilkan madu?
Vitis Vinifera
Apis Mellifera
Capra aegagrus
Phonez dactylifera
Berikut adalah dorongan al-Quran dalam sains KECUALI:
Menolak khurafat dan tahyul
Membuktikan kewujudan Allah
Menggalakkan kajian sains dan alam
Menegaskan kebenaran pancaindera
Apakah matlamat UTAMA Islam menggalakkan umatnya mengkaji sains dan alam semesta?
Sebagai sumber pengetahuan dalam pembentukan tamadun
Mencungkil hakikat alam tabii tanpa melupakan Pencipta
Menggunakan akal fikiran secara rasional
Mengkaji rahsia secara sistematik
Apakah gelaran yang diberikan kepada golongan yang suka mengkaji alam?
Tadwin
Ulul albab
Mahmudah
Baitul hikmah
Apakah kalimah yang digunakan bagi “Matahari” dalam al-Quran?
Al-Shams
Al-Qamar
Al-‘Ardhu
Al-Nujum
Bagaimanakah bentuk bumi yang disebut dalam al-Quran?
Bulat
Bujur
Leper
Rata
Berikut merupakan buah yang disebut dalam al-Quran KECUALI :
Buah tin
Buah zaitun
Buah delima
Buah tembikai
● Allah Ta’ala tidak boleh digambarkan dalam fikiran
● Allah Ta’ala tidak sama dengan sesuatu
● Akal digunakan untuk meneroka segala apa yang ada di langit dan di bumi serta antara keduanya.
Manakah antara berikut merupakan intipati dorongan al-Quran terhadap sains yang PALING TEPAT dengan pernyataan di atas?
Menegaskan kebenaran ilmu
Membuktikan kewujudan Allah Ta’ala
Menggalakkan kajian sains dan teknologi
Menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu
Manakah antara berikut PALING TEPAT tentang keistimewaan buah zaitun?
Menguatkan ingatan
Mengurangkan kolesterol dalam darah
Melawan virus yang membawa penyakit
Meneutralkan asid berlebihan dalam badan
Apakah makanan yang diperintah oleh Allah Ta'ala untuk dimakan oleh Maryam alaihissalam selepas melahirkan anak?
Labu
Halia
Kismis
Kurma
✓Sumber tenaga asli yang amat baik
✓Meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru
✓Antibiotik yang sangat berkesan
Apakah makanan sunnah yang merujuk kepada ciri di atas?
Madu
Kismis
Kurma
Susu kambing
Apakah maksud hijamah?
Makanan sunnah
Berbekam sunnah
Perempuan berhijab
Nama sahabat Rasulullah SAW
Apakah fungsi bekam terhadap tubuh badan manusia?
Untuk awet muda
Untuk rawatan alternatif
Untuk memperkukuhkan iman
Untuk melancarkan perjalanan darah
Berikut merupakan kaedah yang dibenarkan dalam pengubatan dan rawatan Islam KECUALI:
Tidak menggunakan pertolongan makhluk halus
Tidak menambah atau mengurangkan ayat al-Quran
Tidak menggunakan tangkal yang dibacakan mentera
Tidak mempedulikan pergaulan antara lelaki dan perempuan
Berikut adalah dorongan utama al-Sunnah terhadap sains KECUALI:
Menggalakkan umat mencari personaliti diri
Menjadi sumber kedua selepas Al-Quran
Menjelaskan teori dan praktikal bagi Al-Quran
Menggesa pengkajian sains dan fenomena alam tabii
Manakah antara berikut kelebihan kismis?
i Menguatkan daya ingatan
ii Kaya dengan serat dan vitamin
iii Mengurangkan tekanan darah tinggi
iv Membekalkan tenaga dengan cepat
i, ii dan iii
i, iii dan iv
ii, iii, dan iv
Semua di atas
Manakah antara berikut BUKAN khasiat susu kambing?
Merawat gastrik dan ulser
Melambatkan proses penuaan
Mencegah penyakit diabetes
Merawat penyakit mata
Manakah antara berikut merupakan perkara yang ditegah oleh Nabi Muhammad?
Tersenyum gembira
Makan secara berlebihan
Menjaga kesihatan mental
Menjilat jari selepas makan
Manakah antara berikut BUKAN merupakan khasiat madu?
Mencegah kanser
Menyembuhkan luka
Menambahkan tenaga
Melambatkan proses penuaan
Apakah makanan yang dimakan oleh Nabi Yunus sejurus keluar dari perut ikan paus?
Delima
Kismis
Zaitun
Labu
● Berasal dari sejenis pokok palma genus phoenix
● Mengandungi nutrien yang tinggi
● Mempunyai khasiat yang membantu mengurangkan sembelit dan menyihatkan jantung
Manakah antara berikut merupakan buah yang bertepatan dengan pernyataan di atas?
Buah delima
Buah kurma
Buah zaitun
Buah anggur
Manakah antara berikut BUKAN kelebihan ibadah puasa kepada tubuh badan manusia?
Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
Memberi kesan positif kepada metabolisma tubuh badan
Menghasilkan hormon dalam badan melalui organ endokrin
Mencegah dan menyembuhkan lebihan paras gula dan lemak
