Font size
WorksheetsLatih tubi ffizik Ting 4 -(2)
Total questions: 60
Worksheet time: 33mins
Rajah menunjukkan suatu spektrum elektromagnet. Apakah P, Q dan R?
P : Inframerah
Q : Ultraungu
R : Sinar gama
P : Ultraungu
Q : Sinar gama
R : Inframerah
P : Ultraungu
Q : Inframerah
R : Sinar gama
P : Inframerah
Q : Sinar gama
R : Ultraungu
Rajah menunjukkan spektrum gelombang elektromagnet. Apakah J, K dan L?
J : Gelombang mikro
K : Ultra ungu
L : Cahaya nampak
J : Ultra ungu
K : Cahaya nampak
L : Gelombang mikro
J : Cahaya nampak
K : Gelombang mikro
L : Ultra ungu
J : Ultra ungu
K : Gelombang mikro
L : Cahaya nampak
Antara berikut, yang manakah benar mengenai gelombang elektromagnet?
Gelombang membujur
Gelombang yang memerlukan medium untuk merambat
Halaju gelombang dipengaruhi oleh panjang gelombang
Terdiri daripada kedua-dua medan magnet dan medan elektrik
Gelombang elektromagnet terdiri daripada medan ........................ dan medan ............................. yang berayun secara ................................. dengan satu sama lain.
elektrik, magnet, serenjang
elektrik, magnet, selari
Apakah hubungan yang betul di antara panjang gelombang suatu sinaran elektromagnet dengan tenaga yang dibawa oleh sinaran itu?
Panjang gelombang pendek
Tenaga yang dibawa tinggi
Panjang gelombang pendek
Tenaga yang dibawa rendah
Panjang gelombang panjang
Tenaga yang dibawa tinggi
Panjang gelombang panjang
Tenaga yang dibawa rendah
Susunan manakah yang betul bagi gelombang elektromagnet dalam turutan frekuensi yang menaik?
Sinar inframerah, Gelombang mikro, Sinar gama, Sinar Ultraungu
Sinar gama,Sinar Ultraungu, Sinar inframerah, Gelombang mikro,
Gelombang mikro, Sinar inframerah, Sinar Ultraungu, Sinar gama,
Susunan manakah yang betul bagi gelombang elektromagnet dalam turutan panjang gelombang bertambah?
Sinar inframerah, Gelombang mikro, Sinar gama, Sinar Ultraungu
Sinar gama,Sinar Ultraungu, Sinar inframerah, Gelombang mikro
Gelombang mikro, Sinar inframerah, Sinar Ultraungu, Sinar gama,
Pernyataan manakah yang betul tentang sifat-sifat gelombang elektromagnet?
Gelombang elektromagnet adalah gelombang membujur
Gelombang elektromagnet merambat pada 300 ms-1
Gelombang elektromagnet mengalami pantulan, pembiasan, pembelauan dan interferens
Gelombang elektromagnet terdiri daripada medan elektrik dan medan magnet yang berayun selari antara satu sama lain
Rajah menunjukkan seorang pesakit yang sedang menjalani ujian mamogram. Gelombang elektromagnet manakah yang digunakan dalam ujian ini?
Sinar X
Inframerah
Sinar Gama
Sinar Ultraungu
Rajah menunjukkan seorang pesakit yang sedang menjalani ujian mamogram. Pasangan manakah yang betul tentang ciri-ciri gelombang yang digunakan?
Frekuensi tinggi
Panjang gelombang pendek
Frekuensi tinggi
Panjang gelombang panjang
Frekuensi rendah
Panjang gelombang pendek
Frekuensi rendah
Panjang gelombang panjang
Rajah menunjukkan penggunaan gelombang elektromagnet. Pasangan manakah yang betul tentang ciri-ciri gelombang yang digunakan?
Frekuensi tinggi
Panjang gelombang panjang
Frekuensi tinggi
Panjang gelombang pendek
Frekuensi rendah
Panjang gelombang pendek
Frekuensi rendah
Panjang gelombang panjang
Rajah 26.1 menunjukkan penggunaan termometer ini dalam mengukur suhu badan bayi.
Rajah 26.2 menunjukkan bagaimana termometer itu digunakan untuk mengesan haba dalam telinga. Pangkal kuar mengesan sinaran inframerah yang dipancarkan oleh gegendang telinga dan menukarkan sinaran itu dalam bacaan suhu. rajah 26.3 menunjukkan spektrum elektromagnet. Kedudukan manakah betul bagi sinaran yang dikesan oleh kuar itu?
J
K
L
M
Gelombang elektromagnet manakah mempunyai frekuensi paling rendah dan panjang gelombang paling besar?
Gelombang radio
Gelombang mikro
Sinar gama
Sinar ulta ungu
Rajah menunjukkan suatu spektrum gelombang elektromagnet. Kuantiti fizik manakah bertambah daripada sinar gama ke gelombang radio?
Tenaga
Frekuensi
Laju gelombang
Panjang gelombang
Rajah menunjukkan suatu spektrum gelombang elektromagnet. Kuantiti fizik manakah berkurang daripada sinar gama ke gelombang radio?
Tenaga
Frekuensi
Laju gelombang
Panjang gelombang
Mengapa bunyi berfrekuensi rendah digunakan dalam siren ambulans?
mudah dibiaskan
mudah dibelaukan
mudah dipantulkan
mengalami bunyi lebih kuat
P, Q, R, S dan T mewakili beberapa komponen gelombang elektromagnet. Susunan yang manakah menunjukkan panjang gelombang dalam turutan menaik?
Q, P, T, S, R
S, R, T, P, Q
Q, P, T, R, S
R, S, T, P, Q
Sinar ultraungu boleh digunakan untuk :
membunuh sel-sel kanser
mengesan wang kertas palsu
menentukan kedalaman lautan
memeriksa bagasi di lapangan terbang
Apakah jenis gelombang elektromagnet yang digunakan dalam alat kawalan jauh televisyen?
Sinar gama
Sinar inframerah
Sinar ultraungu
Sinar-X
Pilih ciri-ciri gelombang elektromagnet.
(Lebih dari satu jawapan)
ialah sejenis gelombang melintang.
boleh merambat dalam vakum.
boleh mengalami interferens.
bergerak dengan halaju cahaya dalam vakum,
Interferens ialah kesan daripada______dua gelombang dari sumber yang _______
supernatural, komponen
supermarket, koheren
superposisi, koheren
superposisi, sama
Dua gelombang adalah koheren jika gelombang itu mempunyai________ yang sama.
fasa
panjang gelombang
frekuensi
isipadu
Apabila dua gelombang bertindih, 2 jenis interferens yang akan terhasil ialah
interferens membina
superposisi
interferens memusnah
super ultra lembayung
Nyatakan jenis interferens ini
interferens memusnah
inteferens superposisi
interferens lembangan
interferens membina
Nyatakan jenis interferens ini
interferens memusnah
interferens superposisi
interferens lembangan
interferens membina
Manakah pasangan berikut adalah titik antinod?
A dan B
A dan D
B dan C
C dan D
Apakah maksud gelombang monokromatik?
Gelombang air
Gelombang yang mempunyai satu frekuensi
Gelombang yang pegun
Gelombang yang mempunyai dua frekuensi
Apakah maksud bagi kawasan gelombang yang gelap?
interferens memusnah
interferens superposisi
interferens lembangan
interferens membina
Apakah maksud bagi kawasan gelombang yang kelabu?
interferens memusnah
interferens superposisi
interferens lembangan
interferens membina
Apakah definisi bagi interferens memusnah?
superposisi dua gelombang yang berbeza fasa (satu puncak satu lembangan) menghasilkan sesaran paduan sifar.
superposisi dua gelombang lembangan yang sama fasa menghasilkan sesaran paduan yang maksimum (lembangan yang dalam).
Pernyataan berikut adalah benar mengenai Prinsip Superposisi gelombang kecuali..
Sesaran paduan adalah hasil tambah sesaran individu bagi gelombang yang bertemu.
Berlaku apabila dua atau lebih gelombang bertemu.
Menghasilkan interferens membina dan memusnah
Menghasilkan interferens membina sahaja.
Berikut ialah ciri- ciri sumber gelombang yang koheren KECUALI
frekuensi kedua-dua gelombang sama
fasa kedua-dua gelombang sama
halaju kedua-dua gelombang sama
Antara berikut, manakah pernyataan yang tidak benar ?
Interferens gelombang cahaya menghasilkan pinggir cerah dan gelap yang berselang seli.
Interferens gelombang bunyi menghasilkan bunyi yang kuat dan perlahan yang berselang seli.
Interferens gelombang air menghasilkan kawasan cerah dan gelap yang berselang seli.
Interferens gelombang air menghasilkan kawasan cerah dan gelap yang berselang seli serta kawasan kelabu.
Garis antinod ialah garis yang menghubungkan titik
interferens membina
interferens memusnah
Garis nod ialah garis yang menghubungkan titik
interferens membina
interferens memusnah
Dalam eksperimen dwicelah Young berikut, berapakah nilai panjang gelombang?
Jika...
a = 4 cm
x = 16 cm
D = 20 cm
0.8 cm
2.0 cm
3.2 cm
4,5 cm
Dalam eksperimen dwicelah Young berikut, berapakah jarak di antara dua sumber yang koheren?
Jika...
λ = 6 x 10 -7 m
x = 4.5 x 10 -3 m
D = 3 m
4 x 10 - 4 m
0.4 x 10 - 4 m
4 x 10 -3 m
8.1 x 10 -3 m
Diberi
λ = Da x
λ = panjang gelombang
a = jarak antara pinggir cerah dan gelap yang berturutan
x = jarak antara dua sumber koheren
D = jarak antara dua sumber dengan tempat pemerhatian,
Apakah akan berlaku kepada panjang gelombang jika jarak antara dua sumber bertambah ?
panjang gelombang bertambah
panjang gelombang berkurang
panjang gelombang tidak berubah
Diberi
λ = Da x
λ = panjang gelombang
a = jarak antara pinggir cerah dan gelap yang berturutan
x = jarak antara dua sumber koheren
D = jarak antara dua sumber dengan tempat pemerhatian,
Apakah akan berlaku kepada jarak antara dua pinggir cerah yang berturutan apabila panjang gelombang berkurang ?
bertambah
berkurang
tidak berubah
Dalam suatu eksperimen dwicelah Young, sumber cahaya merah ditukar kepada sumber cahaya biru.
Apakah yang berlaku kepada jarak antara dua pinggir cerah, x, yang berturutan ?
bertambah
berkurang
tidak berubah
Rajah menunjukkan imej yang diperoleh dalam satu aktiviti yang dijalankan oleh murid menggunakan cahaya laser merah dan radas yang lain.
Jika laser merah itu digantikan dengan cahaya laser hijau, apakah yang berlaku pada jarak di antara dua warna cerah yang berturutan?
Tidak berubah
Bertambah
Berkurang
Mengapakah gelombang bunyi lebih mudah terbelau berbanding dengan gelombang cahaya ?
[Rujuk rajah Spektrum Elektromagnet : gelombang bunyi berada sebelah kiri dan gelombang cahaya di sebelah kanan]
Laju gelombang cahaya lebih tinggi daripada gelombang bunyi
Panjang gelombang bunyi lebih besar daripada gelombang cahaya
Amplitud gelombang bunyi lebih tinggi daripada gelombang cahaya
Tenaga gelombang cahaya lebih besar daripada gelombang bunyi
Rajah menunjukkan lokasi sebuah stesen pemancar dan penerima.
Penerima boleh terima isyarat daripada stesen pemancar walaupun keadaan bumi melengkung dan jarak yang jauh.
Hal ini demikian kerana :
isyarat terbias selepas melalui lengkungan bumi itu
isyarat mengalami interferens
isyarat mengalami pembelauan
lengkungan bumi itu tidak menghalang isyarat
Rajah menunjukkan corak gelombang air yang melepasi satu celah ke kawasan yang lebih cetek.
Magnitud kuantiti fizik yang manakah berkurang selepas melalui celah itu ?
Laju
Frekuensi
Amplitud
Panjang Gelombang
Rajah menunjukkan Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelauan gelombang dan kesannya.
Pembelauan gelombang dipengaruhi oleh :
Amplitud dan panjang gelombang
saiz celah dan amplitud gelombang
saiz celah dan panjang gelombang
laju dan amplitud gelombang
Rajah menunjukkan kesan saiz celah kepada corak pembelauan dengan panjang gelombang adalah tetap. Antara berikut Faktor yang manakah menunjukkan corak pembelauan yang lebih ketara ?
Celah yang lebar
Celah yang sempit
Amplitud
Berikut adalah aplikasi pembelauan gelombang dalam kehidupan atau persekitaran harian kita KECUALI
Gelombang air melalui celah
Hologram yang diletakkan pada kad bank
Sistem mikrofon dan pemancar pada fon kepala yang
digunakan dalam kopkit kapal terbang
Gelombang infrasonik yang dihasilkan oleh gajah untuk berkomunikasi
Rajah menunjukkan corak gelombang air (ombak) yang melalui celah suatu penghadang di pintu masuk pelabuhan.
Apakah tujuan utama celah di antara penghadang?
untuk mengurangkan laju ombak
untuk mengurangkan amplitud ombak
untuk mengurangkan frekuensi ombak
untuk mengurangkan panjang gelombang ombak
Apakah kuantiti yang malar apabila suatu gelombang merambat melalui satu celah?
Amplitud
Frekuensi
Tenaga
Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan kesan pembelauan lebih ketara?
Panjang gelombang pendek
Saiz celah besar
Saiz celah kecil
Saiz penghalang besar
Corak belauan manakah yang betul apabila gelombang melalui satu halangan.
Rajah menunjukkan gelombang air melalui satu celah. Fenomena yang manakah menerangkan perambatan gelombang itu?
Pantulan
Pembiasan
Pembelauan
Interferens
Apakah kuantiti yang berkurang apabila suatu gelombang merambat melalui satu celah?
Laju
Panjang gelombang
Amplitud
Frekuensi
Rajah menunjukkan gelombang air melalui satu celah. Pernyataan yang manakah dapat menjelaskan fenomena gelombang yang berlaku?
Gelombang tersebar ke kawasan lebih besar
Amplitud tidak berubah.
Tenaga tidak berubah.
Pembiasan berlaku.
Gelombang tersebar ke kawasan lebih luas.
Amplitud berkurang.
Tenaga berkurang.
Pembelauan berlaku.
Gelombang tersebar ke kawasan lebih luas.
Amplitud bertambah
Tenaga bertambah
Pembelauan berlaku.
Rajah menunjukkan gelombang air melepasi sebongkah batu dalam sungai. Fenomena gelombang manakah yang menerangkan perambatan gelombang pada X?
Pantulan
Pembiasan
Pembelauan
Interferens
Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan kesan pembelauan lebih ketara?
Panjang gelombang panjang
Saiz celah besar
Saiz penghalang besar
Panjang gelombang pendek
Rajah menunjukkan seorang budak lelaki dapat mendengar fizik dari radio walaupun beridri di belakang dinding. Fenomena yang meenyebabkan budak itu dapat mendengar muzik dikenali sebagai
Pantulan
Pembiasan
Pembelauan
Interferens
Rajah menunjukkan gelombang air merambat dari kawasan dalam ke kawasan cetek apabila suis penggetar dihidupkan. Ciri-ciri gelombang yang manakah dalam kawasan cetek bagi situasi di atas adalah betul? [F, frekuensi; V, Halaju; λ, Panjang gelombang]
F = bertambah, V = berkurang, λ = sama
F = sama, V = berkurang, λ = berkurang
F = bertambah, V = sama, λ = bertambah
F = bertambah, V = bertambah, λ = sama
Rajah menunjukkan satu ciri gelombang air. Kesan ciri ini dipegaruhi oleh
Kedalaman air
amplitud gelombang air
saiz ruang / celah
corak gelombang air
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelauan gelombang?
proses penyebaran gelombang apabila gelombang bergerak melalui satui bukaan/celah atau halangan
proses penyebaran gelombang yang berlaku apabila muka gelombang dihalang oleh satu halangan
proses yang menyebabkan perubahan arah halaju gelombaang disebabkan gelombang bergerak dari ketumpatan berbeza
