Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTOLONGAN CEMAS: Prosedur R.I.C.E

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan langkah 'I' (Ice) dalam R.I.C.E.?

a)

Untuk meredakan kesakitan

b)

Untuk mengurangkan bengkak

c)

Untuk membersihkan luka

d)

Untuk mempercepatkan penyembuhan

2.

Mengapa rehat diperlukan dalam kaedah R.I.C.E.?

a)

Untuk memastikan kawasan yang cedera dapat sembuh dengan cepat

b)

Untuk mengelakkan pendarahan berterusan

c)

Untuk mengurangkan tekanan pada kawasan yang cedera

d)

Untuk memastikan ubat berfungsi dengan baik

3.

Bagaimanakah langkah 'E' (Elevation) dalam R.I.C.E. dapat membantu dalam proses penyembuhan?

a)

Mengurangkan rasa sakit dan bengkak

b)

Membantu mengeringkan luka

c)

Menghalang penyebaran jangkitan

d)

Mempercepatkan pembekuan darah

4.

Apakah tindakan yang perlu diambil jika bengkak mula muncul selepas kecederaan pada pergelangan kaki, tetapi ais tidak tersedia?

a)

Memastikan anggota kaki dibiarkan dalam keadaan lurus

b)

Menekan kawasan yang cedera dengan kain keras

c)

Membalut kaki dengan pembalut elastik

d)

Meninggikan kaki dan memberi rehat pada kawasan tersebut

5.

Zul terjatuh dari basikal dan mengalami kecederaan pada lutut. Selepas memberikan rehat pada lututnya, langkah apa yang perlu diambil untuk mengurangkan bengkak pada lutut tersebut?

a)

Menggunakan pembalut yang ketat pada lutut

b)

Menggunakan ais pada lutut dan meninggikan kaki

c)

Memberikan ubat tahan sakit dan meneruskan aktiviti

d)

Menyapu ubat pada lutut dan membalutnya dengan kain bersih

6.

Jika seorang atlet mengalami kecederaan otot semasa berlatih, mengapa kaedah R.I.C.E. lebih baik daripada hanya menggunakan ubat tahan sakit?

a)

R.I.C.E. membantu mengurangkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan

b)

Ubat tahan sakit lebih berkesan dalam mengurangkan kecederaan

c)

R.I.C.E. mengurangkan rasa sakit sahaja tanpa kesan sampingan

d)

Kaedah ini tidak berkesan jika digunakan bersamaan dengan ubat tahan sakit

7.

Apakah kesan jika langkah ‘C’ (Compression) dalam R.I.C.E. tidak dilakukan dengan betul?

a)

Tidak ada perubahan pada kesihatan

b)

Risiko pendarahan meningkat

c)

Kecederaan semakin teruk

d)

Kawasan yang cedera akan lebih cepat sembuh

8.

Seorang pemain bola sepak mengalami kecederaan di lutut semasa bermain. Berdasarkan R.I.C.E., apakah langkah yang perlu diambil selepas meletakkan ais pada kawasan yang cedera?

a)

Menekan lutut dengan pembalut yang ketat

b)

Meninggikan lutut untuk mengurangkan bengkak

c)

Memberikan rehat kepada lutut untuk memastikan kecederaan tidak semakin teruk

d)

Semua di atas

9.

Jika seseorang mengalami kecederaan pada kaki dan terdapat bengkak, apakah langkah yang perlu diambil selepas meletakkan ais pada kawasan yang cedera?

a)

Memberi rehat kepada kaki dan membalut kawasan yang cedera

b)

Meninggikan kaki dan teruskan aktiviti fizikal

c)

Mengurut kawasan yang cedera untuk mengurangkan rasa sakit

d)

Menyapu salap pada kawasan yang cedera

10.

Susunkan langkah-langkah berikut untuk mengatasi kecederaan ringan pada pergelangan tangan menggunakan kaedah R.I.C.E.:

  1. (1) Meninggikan pergelangan tangan

  2. (2) Meletakkan ais pada kawasan yang cedera

  3. (3) Memberi rehat pada tangan yang cedera

  4. (4) Membalut kawasan yang cedera dengan pembalut elastik

a)

1, 3, 2, 4

b)

2, 4, 1, 3

c)

3, 2, 1, 4

d)

4, 1, 2, 3