NEW
Font size
WorksheetsBAHAYA ROKOK
Total questions: 15
Worksheet time: 19mins
Apakah definisi rokok?
A) Tembakau yang dibalut dengan plastik
B) Tembakau yang dibalut berbentuk silinder menggunakan kertas atau daun.
C) Serbuk tembakau yang digunakan dalam masakan.
D) Tembakau cair dalam botol kecil.
Apakah bahan utama dalam asap rokok yang menyebabkan ketagihan?
A) Kadmium
B) Formaldehid
C) Nikotin
D) Tar
Apakah bahan kimia dalam rokok yang sering digunakan sebagai bahan pengawet mayat?
A) Formaldehid
B) Bromin
C) Arsenik
D) Karbon moniksida
Fikri cuba untuk mengubah tabiat merokok ayahnya yang sudah lama merokok, tetapi ayahnya menolak sebarang cadangan. Apa yang perlu dilakukan Fikri untuk memberi sokongan kepada ayahnya?
A) Menunjukkan sokongan dengan berbincang tentang kesan merokok dan memberi motivasi untuk berhenti.
B) Membeli produk berhenti merokok dan memberi kepada ayahnya tanpa memberitahunya.
Apakah salah satu faktor utama yang menyebabkan ramai perokok gagal untuk berhenti merokok, berdasarkan kajian psikologi?
A) Kekurangan kesedaran tentang bahaya merokok
B) Keinginan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang merokok
C) Ketagihan fizikal terhadap nikotin dan kebergantungan psikologi kepada rutin merokok
Apakah kesan tar dalam asap rokok kepada tubuh manusia?
A) Menyebabkan gusi gigi berdarah
B) Menyebabkan kanser paru- paru
C) Menghitamkan bibir dan merosakkan enamel gigi
D) Meningkatkan oksigen dalam badan
Apakah cara terbaik untuk berhenti merokok?
A) Bergaul dengan rakan sebaya yang tidak merokok
B) Menggunakan terapi penggantian nikotin.
C) Melihat iklan berhenti merokok
D) Minum air kosong selepas merokok.
(KBAT) Ali melihat pelajar senior di dewan sedang merokok dan mengajaknya mencuba. Apakah tindakan terbaik Ali?
A) Menolak dengan sopan dan memberi nasihat.
B) Menerima rokok untuk menjaga hati senior.
C) Melaporkan kepada guru disiplin.
D) Menyorok di dalam tandas.
(KBAT) Siti tinggal sebilik dengan rakan yang merokok di asrama. Apakah langkah terbaik Siti?
A) Melaporkan terus kepada warden
B) Berbincang dengan rakannya untuk merokok di tempat lain.
C) Membuang rokok rakan secara sembunyi.
D) Membiarkan sahaja kerana tidak mahu konflik.
(KBAT) Pelajar yang mula merokok pada usia muda lebih mudah ketagih. Apakah langkah terbaik untuk mencegah rakan daripada mencuba rokok?
A) Membuat kempen kesedaran di sekolah.
B) Mengelak bercakap tentang rokok.
C) Menasihati rakan secara individu.
D) Membeli gula-gula nikotin untuk mereka.
(KBAT) Encik Ali, seorang penjawat awam, melihat rakan sekerjanya merokok di kawasan larangan merokok pejabat. Apakah tindakan terbaik Encik Ali?
A) Memberitahu rakan sekerja lain untuk menegur individu tersebut secara bersama-sama.
B) Membuat aduan bertulis kepada ketua jabatan tanpa memberitahu rakannya terlebih dahulu.
C) Menegur rakannya secara baik dan mengingatkan peraturan pejabat, tetapi memastikan perbualan itu bersifat peribadi.
Fiza merasa tertekan kerana ayahnya yang sudah berusia masih merokok, dan dia tahu bahawa merokok akan memperburuk keadaan kesihatan ayahnya. Apa yang boleh dilakukan Fiza untuk mengatasi situasi ini tanpa memaksa?
A) Memberi hadiah kepada ayahnya untuk berhenti merokok, seperti alat penghenti merokok, tanpa berbincang lebih lanjut.
B) Mencari aktiviti yang melibatkan ayahnya dan dia bersama-sama, seperti berjalan kaki atau bersenam, untuk mengalihkan perhatian daripada merokok.
(KBAT) Puan Siti, seorang pegawai kerajaan, menghadiri mesyuarat di pejabat yang ditaja oleh sebuah syarikat. Salah seorang wakil syarikat itu menawarkan rokok kepada semua yang hadir. Apakah tindakan terbaik Puan Siti?
A) Menolak tawaran tersebut dengan sopan sambil menyatakan alasan bahaya kesihatan.
C) Menolak tawaran itu dan meminta syarikat menukar hadiah kepada produk lebih sihat.
D) Menyuarakan pendapat bahawa rokok tidak sesuai ditawarkan dalam acara rasmi.
(KBAT) Encik Razman, seorang pegawai muda, menyedari bahawa merokok dalam kalangan penjawat awam di tempatnya semakin berleluasa. Apakah inisiatif terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini?
A) Meminta ketua jabatan mengenakan tindakan disiplin kepada penjawat awam yang merokok.
B) Menganjurkan program kesedaran tentang bahaya merokok secara berkala di tempat kerja.
C) Menyediakan kawasan merokok khusus untuk mengurangkan pencemaran asap rokok di pejabat.
Nurul mendapati bahawa adik-beradiknya merokok secara sembunyi-sembunyi di rumah. Nurul ingin membantu mereka supaya tidak terjebak lebih dalam dalam tabiat merokok. Apakah tindakan terbaik yang boleh diambil Nurul?
A) Membuat aduan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan segera diambil terhadap adik-beradik yang merokok.
B) Berbincang dengan adik-beradik secara terbuka dan memberi mereka pemahaman tentang kesan merokok kepada kesihatan.
