Font size
WorksheetsMRSM 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Maklumat berikut merujuk kepada alat kebesaran diraja pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
*Nobat
*Cop Mohor
Apakah kepentingan peralatan tersebut?
Menggambarkan kemewahan kerajaan
Mengesahkan keturunan pemerintah
Mempamerkan keunikan keseniaan
Menunjukkan simbol kedaulatan
Apakah DUA sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka?
Hasil perdagangan
Ufti wilayah
Pajakan tanah
Sumber galian
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Eropah.
*Revolusi Keagungan 1688
*Revolusi Perancis 1789
Apakah DUA isu yang diperjuangkan dalam revolusi tersebut?
Kebebasan hak asasi
Keunggulan suara rakyat
Penggabungan tanah jajahan
Diskriminasi penjajah
Tokoh berikut memberi sumbangan besar kepada kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
Apakah sumbangan beliau?
Menuntut peluang dalam perkhidmatan kerajaan
Memberi kesedaran kepentingan pendidikan
Menubuhkan persatuan sosioekonomi
Memartabatkan kesenian bangsa
Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua antara tahun 1939-1945?
Pembunuhan waris takhta Austria-Hungary
Pencerobohan terhadap Belgium
Kemunculan ideologi Fasisme
Krisis di Rantau Balkan
Mengapakah Jepun ingin menguasai Asia Tenggara pada abad ke-20?
Mendapatkan tenaga buruh
Memperoleh bahan mentah
Menyebar fahaman agama
Mengukuhkan nilai mata wang
United Malay National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menentang Malayan Union.
Apakah tindakan yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut?
Menganjurkan bantahan besar-besaran
Meletak jawatan beramai-ramai
Membawa kes ke mahkamah
Menutup premis perniagaan
Rakyat tempatan menentang penyerahan Sarawak pada tahun 1946 kerana British
Menghalang pemilikan tanah peribumi
Menindas kegiatan berpersatuan
Menafikan hak berkerajaan sendiri
Menghadkan peluang dalam pentadbiran
Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British pada tahun 1946?
Penamatan tempoh konsesi
Kemusnahan bandar akibat perang
Pemberontakan tokoh masyarakat
Desakan penduduk tempatan
Golongan nasionalis Melayu Radikal diketepikan daripada menyertai mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946.
Apakah tindakan golongan nasionalis Melayu radikal terhadap situasi tersebut?
Membentuk Pusat Tenaga Rakyat
Menganjurkan demonstrasi aman
Mengadakan persidangan kebangsaan
Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri
Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis kepada penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
Apakah kepentingan penubuhan jawatankuasa tersebut?
Penyeragaman pentadbiran
Persefahaman pemimpin
Kesedaran berpolitik
Kerjasama antara pasukan
Maklumat berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang terlibat dalam menangani ancaman komunis di negara kita.
*Senoi Praaq (Urang Perang)
*Sarawak Ranges
Apakah peranan pasukan tersebut?
Membawa bekalan makanan
Melindungi pekerja lombong
Mempertahankan kawasan bandar
Mengesan tempat persembunyian musuh
Apakah kesan Zaman Darurat dari tahun 1948 sehingga 1960 terhadap negara kita?
merapatkan jurang sosioekonomi
Mempercepatkan kemerdekaan
Menetapkan sempadanan semula
Memajukan perkhidmatan pengangkutan
Tokoh berikut telah mengemukakan idea pembentukan negara merdeka.
*Ibrahim Haji Yaakob
*Ahmad Boestamam
Apakah idea tokoh tersebut?
Penyatuan bangsa Melayu
Penggabungan wilayah baharu
Penubuhan sebuah negara Islam
Pergerakan politik bersifat sederhana
Maklumat berikut berkaitan agensi yang ditubuhkan di negara kita pada tahun 1950.
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan
hasil persetujuan dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
Apakah perkara yang menjadi tolak ansur orang Melayu
sehingga membawa kepada penubuhan agensi tersebut?
Pilihan raya
Kewarganegaraan
Sukatan pelajaran
Perkhidmatan awam
Apakah DUA syarat menjadi calon dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
Mewakili parti tertentu
Berumur 21 tahun
Berstatus warganegara
Mendapat pendidikan tinggi
Jadual berikut berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum 1955.
Mengapakah Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut?
Memperjuangkan sistem monarki
Meminda undang-undang Barat
Menjalin kerjasama politik
Mendaftarkan calon lebih awal
Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Bagaimanakah tugas tersebut dilaksanakan?
Menganjurkan kongres
Melaksanakan pungutan suara
Mengadakan persidangan akhbar
Mengumpul pandangan pelbagai pihak
Maklumat berkaitan dengan kandungan draf perlembagaan negara yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956.
*Konsep Raja Berperlembagaan
*Kedudukan istimewa orang Melayu
*X
Apakah X?
Peruntukan kuasa Parlimen
Kewarganegaraan Jus soli
Penubuhan Kabinet
Kuasa imigresen
Maklumat berikut berkaitan jawatankuasa yang ditubuhkan menjelang pemahsyuran kemerdekaan negara pada tahun 1957.
*Jawatankuasa Fizikal
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Membina istana
Memberi gaji awal
Menempah bendera
Mengadakan kursus protokol
Bagaimanakah kedudukan raja diperkukuh dalam kerajaan Melayu tradisional?
Kesetiaan rakyat
Kekayaan negara
Perkahwinan siasah
Permuafakatan pembesar
Bagaimanakah rakyat Malaysia memainkan peranan dalam menyokong usaha kerajaan mengekalkan perpaduan kaum?
Mewajibkan mata pelajaran Sejarah
Menghayati prinsip Rukun Negara
Membentuk Majlis Muhibbah Negara
Menganjurkan sambutan Hari Pahlawan
Antara berikut, apakah DUA perkara yang berkaitan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?
Sistem Beraja
Kerajaan Persekutuan
Demokrasi Berparlimen
Kedudukan orang Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan di negara kita.
*Pindaan Perlembagaan 1963
*Pindaan Perlembagana 1965
Mengapakah pindaan tersebut berlaku?
Mematuhi arahan pemerintah
Mendapat pengiktirafan pihak luar
Mengukuhkan kedudukan parti politik
Menyesuaikan dengan keadaan semasa
Peranan Parlimen di negara kita ialah
Menentukan bentuk hukuman
Mentafsir undang-undang
Menjalankan pentadbiran
Menyemak dasar kerajaan
Gambar berikut ialah Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Apakah kuasa baginda dalam bidang perundangan?
Mengisytiharkan darurat
Melantik ahli diplomat
Mengetuai angkatan tentera
Menangguhkan hukuman mahkamah
Gambar berikut menunjukkan aktiviti penjaja di negara kita.
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen aktiviti tersebut?
Badan berkanun
Pihak Berkuasa Tempatan
Dewan Perniagaan Usahawan Kecil
Kerajaan Persekutuan
Apakah DUA cara Kerajaan Malaysia memulihara khazanah laut untuk warisan generasi akan datang?
Melaksanakan program restorasi karang
Mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur
Mendapatkan pengiktirafan UNESCO
Mengawal selia kawasan perairan
Mengapakah Filipina menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963?
Mengembangkan idea neokolonialisme
Membentuk Kesatuan Kalimantan Utara
Melindungi kepentingan ekonomi
Menuntut wilayah Sabah
Maklumat berikut berkaitan dengan mesyuarat Menteri Luar di Manila.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
Memantapkan perkhidmatan perisikan
Mengadakan kerjasama kententeraan
Menangani ancaman komunis
Membincangkan masalah konfrontasi
Maklumat berikut berkaitan strategi untuk mengatasi ancaman komunis di Sarawak selepas pembentukan Malaysia.
Apakah X?
Perang Saraf
Kampung Baru
Operasi Sri Aman
Pendaftaran Kebangsaan
Maklumat berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Bagaimanakah masalah tersebut diatasi?
Memulihara kawasan tanah terbiar
Menggalakkan penubuhan koperasi
Menubuhkan pusat latihan vokasional
Mengawal kadar kelahiran
Bagaimanakah DUA cara kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Menganjurkan Minggu Perpaduan
Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
Mewujudkan Institut Alam dan Tamadun Melayu
Melaksanakan program Citrawarna Malaysia
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1971.
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
Memupuk semangat kenegerian
Memperkukuh integrasi nasional
Menghalang kemasukan pengaruh Barat
Mengawal penggunaan bahasa asing
Rajah berikut menunjukkan matlamat Rukun Negara untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu.
Apakah X?
Masyarakat adil
Masyarakat majmuk
Masyarakat berinovasi
Masyarakat penyayang
Gambar berikut menunjukkan Rancangan Buku Hijau yang
dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974.
Mengapkah rancangan tersebut diperkenalkan?
Membina kemudahan asas
Memantau projek pembangunan
Menambah pengeluaran makanan
Membangungkan bandar terancang
Institusi berikut ditubuhkan untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Apakah kesan penubuhan institusi tersebut?
Pelaburan luar berkembang
Pendapatan rakyat bertambah
Perkhidmatan kerajaan diperkasa
Program pertukaran pelajar dipergiat
Bagaimanakah Malaysia mengatasi cabaran politik antarabangsa pada tahun 1970-an?
Melaksanakan dasar berkecuali
Mengukuhkan hubungan dengan Barat
Meneruskan dasar anti komunis
Menyertai blok Sterling
Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tersebut?
Membuat pinjaman dengan negara lain
Membawa masuk pekerja asing
Menambat mata wang negara
Memperkenalkan saham bumiputera
Mengapakah isu keganasan Israel terhadap Palestin menjadi perhatian Malaysia?
Menangani masalah kemiskinan
Mewujudkan kerjasama ekonomi
Menghormati kedaulatan negara lain
Menegakkan prinsip keadilan
