NEW
Font size
WorksheetsPANTUN
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan oleh masyarakat?
Melayu
India
Inggeris
Afrika
Pantun ditulis dalam bentuk berangkap. Betu atau salah?
Betul
Salah
Terdapat beberapa tujuan penciptaan pantun oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuan di bawah adalah betul, KECUALI
Menyampaikan fikiran
Jenaka
Teka-teki
Menghina
Bunga, laut, langit, air, matahari merupakan unsur apa dalam pembayang pantun menurut Dewan Bahasa dan Pustaka?
Unsur alam
Unsur semula jadi
Unsur alam sekitar
Unsur persekitaran
Apakah rima yang perlu ada dalam serangkap pantun yang dicipta?
a b b a
a b a b
a b c d
a a a a
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Yang manakah salah tentang Pantun di atas?
4 kerat
Tema Nasihat
Bermaksud hormati guru jika tidak ilmu tidak berkat
Tidak menggunakan unsur alam
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Baris tersebut merupakan...
Pembayang
Maksud
Setiap hari berjalan di pantai,
Sudah penat duduk di batu;
Kalau anda cerdik dan pandai,
Binatang apa tulangnya satu?
Kambing
Udang
Sotong
Siput babi
Buah budi bidara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai;
Hilanglah budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?
buah epal
buah anggur
buah tangan
buah hati
Bilakah pantun diiktiraf sebagai warisan melayu tak ketara oleh UNESCO?
17 OKTOBER 2020
17 DISEMBER 2020
17 JANUARI 2019
17 DISEMBER 2019
Di bawah merupakan ancaman persekitaran bagi pantun kecuali ...
pengurangan penggunaan pantun
pemodenan dan pembandaran
kehilangan identiti negara
kehilangan identiti setiap individu
Apakah kriteria pantun untuk status warisan khazanah dunia?
melindungi generasi tua
menghargai sumber alam semula jadi
memartabatkan pantun dalam kalangan generasi muda
meningkatkan pantun dalam seluruh komuniti di dunia
Pantun tradisional Melayu merupakan salah satu unsur budaya yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia. Apakah nilai utama yang terkandung dalam pantun yang boleh menyumbang kepada pengiktirafan ini?
kesenian bahasa yang unik
mengandungi nilai ajaran agama
menekankan kepentingan hiburan
tema kebudayaan yang pelbagai
Pantun dianggap sebagai salah satu bentuk warisan lisan dalam masyarakat Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan warisan lisan tersebut?
Karya seni yang ditulis di atas kertas
karya seni yang dipelihara melalui tradisi lisan dan diucapkan secara lisan
karya seni yang didengari di radio
karya seni yang berusia lebih dari 100 tahun yang diucapkan dengan bercakap
Pantun sering digunakan untuk mengungkapkan perasaan, nasihat, dan ajaran dalam masyarakat Melayu. Apakah peranan pantun dalam konteks Warisan Dunia dari segi komunikasi sosial?
membantu orang menyampaikan mesej melalui media sosial
mengajar kemahiran berbahasa kepada kanak-kanak
menyampaikan berita politik dunia dengan baik
menyemarakkan budaya berkomunikasi secara beradab
