WorksheetsKUIZ ISTILAH T4 & T5
Total questions: 105
Worksheet time: 53mins
Maksud: Sebarang pemberian atau suapan bertujuan palsukan yang benar dan benarkan yang palsu.
Maksud: Pertaruhan untuk mendapatkan keuntungan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud: Pertambahan, bunga, keuntungan atau lebihan yang diperolehi bukan dari jalan yang dibolehkan dalam Islam.
Ajaran Islam yang datang dari wahyu Allah dan menjadi amalan umat Islam adalah maksud ___________
Maksud: Kermurkaan Allah terhadap manusia yang ingkar dan mengamalkan perkara yang dilarang atau ditegah Allah.
Maksud: Pengakuan dan ikrar yang tidak benar atau menidakkan yang benar untuk mendapatkan keuntungan.
Maksud: Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.
Orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul serta mengamalkannya dalam kehidupan adalah _________
Maksud: Berasa bangga persendakan / permainkan nama Allah, nabi, rasul, hukum Allah dan perkara berkaitan rukun Islam dan rukun Iman.
Maksud: Nabi Muhammad akan memberi pertolongan di akhirat nanti kepada umatnya yang baik dan taat dari azab neraka.
Maksud: Menyeru supaya melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan larangannya.
Maksud: Pengajaran dari sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku.
Maksud: Membenarkan di dalam hati, mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.
Maksud: Menumpukan sepenuh perhatian dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota, memahami bacaan dan perbuatan ketika solat
Maksud: Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang tertentu dengan syarat tertentu.
Maksud: Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan.
Maksud: Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan.
Maksud: Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat semula jadi manusia.
Maksud: Sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan.
Maksud: Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.
Maksud: Perkara yang membinasakan atau merosakkan.
Maksud: Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al (perbuatan).
Maksud: Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah SWT.
Maksud: Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin.
Maksud: Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang.
Maksud: Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi.
Maksud: Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.
Maksud: Mendapat perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari padang mahsyar
Maksud: Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya berpandukan Al-Quran dan Hadith.
Maksud: Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT sama ada ibadah wajib atau sunat.
Maksud: Seseorang yang hatinya sentisa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.
Maksud: Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maksud: Seseorang yang membenci dan menjahuhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah SWT atau meninggalkan laranggannya sama ada dalam bentuk perbuatan, lisan atau hati.
Maksud: Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
Maksud: Seseorang yang mengingati Allah SWT sama ada dalam melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya.
Maksud: Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang-orang yang melampaui batas.
Maksud: Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah yang Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya.
Maksud: Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah bersifat maha menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk dan tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya
Maksud: Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah bersifat Maha mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk
Maksud: Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al- Quran dan Sunnah menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabiin dalam prinsip akidah, syariat dan akhlak.
Maksud: Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
Maksud: Kumpulan yang berpaling tadah daripada mentaati Saidina Ali bin Abi Talib kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim
Maksud: Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata’ pada awal kurun ke 2 hijrah setelah berselisih faham dengan gurunya Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.
Maksud: Aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dan keterbukaan dalam mentafsir agama.
Maksud: Aliran yang mengangkat semua agama adalah sama dan membawa kebaikan
Maksud: Mengunjungi Baitullah al-haram pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Maksud: Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di bukit Sofa dan berakhir di bukit Marwa.
Maksud: Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat Ihram Haji bermula dari 1 syawal dan berakhir apabila masuk waktu subuh pada 10 Zulhijjah
Maksud: Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari'.
Maksud: Binatang ternakan al-An’am yang disembelih sempena kelahiran bayi.
Maksud: Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu.
Maksud: Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.
Maksud: Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu.
Maksud: Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat diniagakan dan keuntungannya dibahagikan antara mereka.
Maksud: Akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli.
Maksud: Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan
Maksud: Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas suruh hingga sebelum gelincir matahari.
Maksud: Menyembelih binatang ternakan Al An’am, pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik, bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
Maksud: Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya Qabul ialah lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.
Maksud: Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaannya) dengan tujuan memilikinya
Maksud: Hukuman keseksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah
Maksud: Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam al-Quran dan al-Sunnah
Maksud: Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama seperti dalam al-Quran dan al-Sunnah
Maksud: Kesamaran dalam urusan Muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Maksud: Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua orang atau lebih.
Maksud: Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang
Maksud: Mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain.
Maksud: Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan
Maksud: Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri.
Maksud: Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.
Maksud: Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi.
Maksud: Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah
Maksud: Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan Haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama
Maksud: Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya.
Maksud: Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu.
Maksud: Pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah
Maksud: Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam al- Quran, as-Sunnah dan sebahagiannya daripada mahkamah
Maksud: Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga.
Maksud: Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau hilang kelayakan.
Maksud: Ikrar seseorang yang dibuat semasa hidup ke atas hartanya untuk diagihkan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan menurut hukum syarak.
Maksud: Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikannya dalam tempoh iddah.
Maksud: Amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu masa.
Maksud: Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Furud.
Maksud: Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami
Maksud: Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.
Maksud: Mengunjungi Baitullah al-haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.
Maksud: Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab- sebab tertentu
Maksud: Mengelilingi Kaabah 7 pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tertentu.
Maksud: Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli sewaan simpanan dan sebagainya
Maksud: Persamaan taraf lelaki dan perempuan daripada pelbagai aspek agama, kesolehan,pekerjaan,tidak cacat dan keilmuan.
Maksud: Solat Sunat Tasbih ialah Solat Sunat Khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat.
Maksud: Solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.
Maksud: Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
Maksud: Sistem yang melibatkan interaksi antara suatu komuniti ( haiwan, tumbuhan, dsb ) dengan alam persekitarannya yang tidak bernyawa.
Maksud: Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah- Nya.
Maksud: Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak.
Maksud: Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangan-Nya.
Maksud: Perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam. Jihad atau perjuangan melawan hawa nafsu.
Maksud: Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.
Maksud: Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.
Maksud: Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.
Maksud: Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Maksud: Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut hilang daripanya.
