Worksheetsbab 8 : unsur dan bahan
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Rajah menunjukkan simbol bagi sejenis unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Modem.
Berapakah bilangan neutron yang terdapat dalam unsur tersebut?
11
12
23
34
Maklumat berikut menunjukkan kegunaan radioisotop dalam kehidupan.
• Mengkaji penyerapan gas karbon dioksida semasa fotosintesis dalam tumbuhan
• Menganggar usia artifak
Apakah radioisotop itu?
Karbon-14
Natrium-24
Kobalt-60
Fosforus-32
Bagaimanakah kobalt-60 dapat digunakan untuk mengawet makanan?
Memberikan nutrien tambahan kepada makanan
Mengurangkan suhu makanan
Membunuh mikroorganisma dalam makanan
Memberikan nutrien tambahan kepada makanan
Rajah menunjukkan satu unsur dalam Jadual Berkala.
Berapakah bilangan elektron dalam atom unsur itu?
10
9
19
28
Radioisotop yang manakah digunakan oleh ahli arkeologi?
Karbon-14
Natrium-24
Kobalt-60
Iodin-131
Rajah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam suatu bahan X
Antara berikut, yang manakah ialah bahan X?
Magnesium
Gas hydrogen
Aluminium oksida
Karbon dioksida
Bagaimanakah unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala?
Dalam tertib menaik jisim atom
Dalam tertib menaik nombor proton
Dalam tertib menaik nombor nukleon
Dalam tertib menaik bilangan neutron
Apakah kegunaan karbon-14?
Mengesan dan merawat pesakit tiroid
Mengawal ketebalan kertas dalam industri
Mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan
Mengkaji usia artifak arkeologi yang dijumpai di dalam tanah
Antara tindak balas berikut, yang manakah akan membentuk bahan ion?
Antara unsur bukan logam dengan unsur bukan logam
Antara gas dengan gas
Antara unsur logam dengan unsur logam
Antara unsur logam dengan unsur bukan logam
Seorang wanita sedang mengalami masalah darah beku dalam saluran darahnya. Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengesan kedudukan darah beku tersebut?
Menjalani terapi lodin-131.
Menyuntik Natrium-24 ke dalam badan.
Mengambil pil yang mengandungi Karbon-14.
Menggunakan mesin radioterapi yang mengandungi Kobalt-60.
Karbon-14 dan karbon-X adalah suatu pasangan isotop. Jika karbon-14 mempunyai 8 neutron dan 6 proton manakala karbon-X mempunyai 6 neutron, hitungkan nombor nukleon bagi karbon-X.
13
6
8
12
Atom terdiri daripada zarah subatom iaitu:
Proton dan neutron
Proton, neutron dan elektron
Proton, nukleon dan elektron
Proton, neutron dan nukleon
Antara yang berikut, yang manakah bahan atom?
Air
Natrium klorida
Plumbum
Asid hidroklorik
Rajah menunjukkan Jadual Berkala Unsur yang tidak lengkap
Unsur yang manakah mempunyai bilangan proton 18?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan satu penemuan fosil di satu kawasan berpasir
Apakah bahan isotop yang digunakan untuk menganggar usia fosil tersebut?
Iodin-131
Kobalt-60
Karbon-14
Uranium-235
