Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEST YOUR BRAIN IN PSI

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Lafaz yang menunjukkan suatu perkara yang ditentukan dengan sifat.

a)

LAFAZ AM

b)

LAFAZ KHAS

c)

MUTLAK

d)

MUQAYYAD

2.

Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah

a)

Niat

b)

Tawaf

c)

Wukuf

d)

Bercukur

3.

Apakah hukuman terhadap penzina محصن

a)

Disebat & direjam

b)

Disebat sebanyak 100 kali

c)

Direjam sehingga mati

d)

Dibuang negeri selama setahun

4.

Berikan erti sewa (إجارة)

a)

Akad yang melibatkan pertukaran antara faedah daripada sesuatu barang

b)

Akad melibatkan pertukaran antara barang melibatkan sesuatu manfaat

c)

Akad yang melibatkan pembelian sesuatu barang

5.

Pembahagian Takhsis dengan dalil bukan nas ialah takhsis dengan ........

Hissi wal musyahadah # Q # uruf dan adat # akal

Q ialah

a)

Istislah

b)

Istihsan

c)

Ijmak

d)

Qiyas

6.

Satu akad yang dapat memindahkan hak milik sesuatu barangan tanpa perlu menukar ganti kerana ia dibuat secara suka rela


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hibah

b)

Wakaf

c)

Pusaka

d)

Jual beli

7.

Islam melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat kerana

a)

Memelihara batas pergaulan

b)

Mengelak permusuhan dalam masyarakat

c)

Memuliakan kedudukan anak angkat

d)

Menimbulkan perasaan kurang senang kepada bapa kandung

8.

Syarat pelaksanaan qisas menurut Imam Asy-Syafi'e ialah

a)

Mangsa bunuh terpelihara darahnya dengan sebab Islam

b)

Pelaku tidak semestinya sama taraf dengan mangsa

c)

Dituntut pelaksanaannya oleh waris mangsa

d)

Mangsa pembunuhan seorang yang berakal

9.

Antara yang berikut yang manakah syarat berpoligami?

a)

Berakhlak mulia

b)

Perempuan yang sekufu

c)

Mendapat kebenaran isteri

d)

Tidak lebih daripada empat isteri pada satu masa

10.

Apakah hikmah dam?

a)

melatih jemah haji supaya berhati-hati ketika beribadah

b)

supaya menyumbang kepada org miskin

c)

melatih diri supaya tidak membazir

d)

dapat meningkatkan kepintaran minda

11.

Manakah antara berikut merupakan jenis syak dalam solat?

a)

fi'li

b)

wa'di

c)

qalbi

d)

khufi

12.

Berikut merupakan keistimewaan tamadun Islam KECUALI

a)

Keadilan

b)

Kesejagatan

c)

Sepanjang zaman

d)

Kesatuan

13.

Apakah ciri yang menunjukkan kepada tamadun barat?

a)

Prinsip tamadun yang tidak berubah-ubah

b)

Berasaskan konsep kesepaduan

c)

Kemajuan tidak bertentangan dengan objektif agama

d)

Kemajuan mengutamakan keuntungan semata-mata

14.

Manakah antara yang berikut merupakan sumbangan al-kKhawarizmi kepada tamadun Islam?

a)

Sains dan matematik

b)

Teknologi dan kejuruteraan.

c)

Ilmu dan agama.

d)

Matematik dan astronomi

15.

Ahli sejarah telah membahagikan Zaman Kerajaan Bani Abasiyah kepada ............... zaman.

a)

2

b)

5

c)

3

d)

4

16.

Pada pemerintahan Al-Makmun, zamannya dikenali sebagai zaman keemasan.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Kerajaan Bani Abasiyah muncul selepas perang ..................

a)

al-Rai'

b)

Az-Zab

c)

Al-Jamal

d)

Al-Mustalak

18.

berikut adalah tanggungjawab suami KECUALI

a)

memberikan mahar yang telah diwajibkan oleh syarak kepada isteri

b)

tidak menzalimi dan melakukan mudarat kepada isteri

c)

mendidik isteri dengan ilmu agama

d)

memberikan giliran dan nafkah secara tidak adil jika suami beristeri lebih daripada seorang

19.

Berikut manakah BUKAN rukun perkahwinan?

a)

wali

b)

dua orang saksi

c)

tiga orang saksi

d)

lelaki (suami)

20.

"Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai pencetus kepada sesuatu hukum syarak".

Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

مانع

b)

سبب

c)

صحيح

d)

شرط

21.

Sabda Rasulullah SAW:

"لا يرث المسلم الكافر، ولا يرث الكافر المسلم"

Hukum yang terdapat dalam hadis di atas ialah:

a)

باطل

b)

رخصة

c)

مانع

d)

سبب

22.

3 perbuatan mengubah ciptaan Allah yang dilarang dalam hadis ialah membuat tatu,......dan menjarangkan gigi.

a)

mencukur alis

b)

membuat gigi palsu

23.

Hukuman yang dikenakan bagi kesalahan qazaf dalam jenayah hudud ialah

a)

100 sebatan

b)

80 sebatan

c)

40 sebatan

d)

60 sebatan

24.

Aminah membeli sepasang baju melaui laman sesawang dan dia akan menerima penghantaran baju tersebut setelah beberapa hari.

a)

Bai'u al Dain

b)

Bai'u al Salam

c)

Bai'u al Tawarruq

25.

Ali membeli kereta daripada Ahmad dengan harga RM200,000.00 secara ansuran dan dia menjual semula kereta tersebut kepada Sulaiman dengan harga RM15,000.00 secara tunai.

a)

Bai'u AlSalam

b)

Bai'u al Tawarruq

c)

Bai'u al Dain

26.

Penaklukan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin al Ayyubi berlaku pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Uqudul al Tabarru'at ialah akad untuk memberikan harta atau manfaat kepada orang lain tanpa sebarang balasan dengan tujuan sebagai kebajikan semata-mata.

a)

Salah

b)

Betul

28.

Sistem Residen telah diperkenalkan di tanah Melayu selepas penjajahan yang diperkenalkan melalui.....

a)

perjanjian Pangkor

b)

Piagam Keadilan

29.

Berikut adalah perkara asas dalam Maqasid Syariah kecuali...

a)

حفظ الدين

b)

حفظ النفس

c)

عدم الحرج

d)

حفظ المال

30.

Perundangan pada zaman Mekah berlangsung selama ..... tahun.

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

31.

Berikut adalah perkembangan perundangan pada zaman sahabat KECUALI

a)

Berlakunya pengumpulan ayat al-Quran

b)

Berlaku ijmak ulama' pada masalah baru

c)

Sumber2 perundangan semakin banyak dilakukan perubahan

d)

Wujud beberapa hukum baru hasil ijtihad para sahabat

32.

Berikut adalah beberapa aspek perundangan Islam dalam Hukum Kanun Melaka kecuali....

a)

Undang2 Perkahwinan

b)

Undang2 Muamalat

c)

Undang2 Jalan Raya

d)

Undang2 Jenayah

33.

Apakah kesan penjajahan barat terhadap pelaksanaan perundangan Islam di Malaysia?

a)

Sistem barat digunakan sepenuhnya

b)

Kuasa raja2 melayu tidak dihadkan

c)

Wujud mahkamah sivil dan mahkamah syariah

d)

Sistem perundangan Islam tidak terganggu

34.

Memberikan harta untuk disimpan oleh satu pihak lain.

istilah ini adalah berkaitan dengan...

a)

wadiah

b)

hibbah

c)

al-qardu

d)

ar-rahnu

35.

Ali meminjam RM500.00 daripada Abu untuk memulakan perniagaan.

Contoh ini sesuai dengan ...

a)

wadiah

b)

hibbah

c)

al-qardu

d)

al-kafalah

36.

mengapakah mazhab Syafie menolak Istihsan sebagai dalil hukum

a)

Dianggap mengambil mudah hukum Islam

b)

menganggap menerima Istihsan mengabaikan al-Quran dan Hadith

c)

Menentukan hukum berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata

d)

Orang awam akan mengeluarkan hukum tanpa merujuk.

37.

contoh hukum berdasarkan dalil istishab ialah...

a)

galakan supaya menanggalkan kasut apabila masuk rumah

b)

diharuskan menjual sesuatu yang belum ada secara juak salam

c)

seorang yang telah berwudhuk dikira berkekalan selagi tiada bukti wudhuk terbatal

d)

sisa minuman burung helang dianggap suci dengan mengqiyaskan kepada lebihan minuman manusia

38.

Berikut merupakan faktor mengapa Ulamak sepakat menerima Qaul Sahabi..

a)

Sahabat adalah orang yang berada di zaman Rasulullah SAW dan tidak semestinya islam

b)

Sahabat adalah golongan yang lebih memahami maksud dan tujuan sesuatu hukum al-Quran diturunkan

c)

Sahabat adalah mereka yang berperang bersama Rasulullah SAW

d)

Sahabat adalah orang yang sama berhijrah dengan Rasulullah SAW.

39.

Bidang kuasa Mal Mahkamah Syariah ialah

a)

kesalahan berkaitan dgn seks

b)

kesalahan berkenaan keimanan seperti tidak solat jumaat

c)

masalah rumahtangga seperti suami mendera isteri

d)

Pembahagian /tuntutan harta sepencarian

40.

Zaid bin Thabit berjaya mengalahkan golongan murtad dan nabi palsu pada zaman Saidina Abu Bakar.

a)

Salah

b)

Betul