Font size
WorksheetsAqidah Tahun 5 KAFA 2024
Total questions: 101
Worksheet time: 55mins
Iradat bermaksud Allah Maha
Mengetahui
Berkehendak
Mendengar
Lawan bagi sifat Iradat adalah
Karohah (Terpaksa)
Jahlun (Jahil/Bodoh)
Summun (Pekak)
{ فَعَّالࣱ لِّمَا یُرِیدُ }. Dalil Naqli di atas adalah tentang...
Iradat
Ilmun
Sam'un
"Mustahil Allah SWT bersifat Karohah (Terpaksa) kerana ia merupakan sifat yang lemah." Penyataan ini adalah dalil Aqli bagi sifat...
Ilmun
Basor
Iradat
Di antara berikut yang manakah ciri-ciri Iradat Allah SWT? Tanda 2 jawapan yang betul
Tidak terbatas
Terbatas
Pasti berlaku
Mungkin berlaku
Di antara berikut yang manakah ciri-ciri kehendak manusia? Tanda 2 jawapan yang betul
Tidak terbatas
Terbatas
Pasti berlaku
Mungkin berlaku
Berikut adalah kesan / faedah beriman dengan sifat Iradat kecuali
Meningkatkan keimanan
Sabar menghadapi cabaran
Redha atas ketentuan Allah SWT
Tiada keyakinan dalam diri
Berikut adalah akibat/ kesan tidak beriman dengan sifat Iradat kecuali
Merosakkan iman
Malas berusaha
Sombong
Mempunyai keyakinan diri
Hukum beriman dengan sifat-sifat Allah SWT adalah..
Harus
Sunat
Wajib
Ilmun bermaksud Allah Maha
Berkehendak
Mengetahui
Mendengar
Lawan bagi sifat Ilmun adalah
Ajzun (Lemah)
Jahlun (Jahil/Bodoh)
Umyun (Buta)
Ilmu Allah dan ilmu manusia adalah berbeza. Di antara berikut yang manakah menunjukkan ilmun Allah?
Tidak perlu belajar
Perlu belajar
Tidak terbatas
Terbatas
Ilmu Allah dan ilmu manusia adalah berbeza. Di antara berikut yang manakah menunjukkan ilmu manusia?
Tidak perlu belajar
Perlu belajar
Tidak terbatas
Terbatas
"Allah SWT mengetahui semua yang berlaku di alam semesta ini." Penyataan ini adalah dalil aqli bagi sifat....
Iradat (berkehendak)
Ilmun (mengetahui)
Basor (melihat)
Berikut faedah/ kesan beriman dengan sifat ilmun kecuali
Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
Bersikap jujur
Suka menuntut ilmu
Malas belajar
Berikut adalah akibat/ kesan tidak beriman dengan sifat ilmun kecuali
Sombong
Malas belajar
Merosakkan iman
Berlumba lumba untuk melakukan kebaikan
Sam'un bermaksud Allah Maha
Melihat
Mendengar
Hidup
Lawan bagi sifat sam'un ialah
Umyun (buta)
Mautun (mati)
Summun (pekak)
Pendengaran Allah dan manusia itu tidak sama. Di antara berikut yang manakah ciri-ciri sam'un atau pendengaran Allah SWT?
Tidak memerlukan perantaraan
Memerlukan perantaraan (pancaindera)
Pendengaran yang luas
Terhad kepada sesuatu tempat sahaja
Pendengaran Allah dan manusia itu tidak sama. Di antara berikut yang manakah ciri-ciri pendengaran manusia?
Tidak memerlukan perantaraan
Memerlukan perantaraan (pancaindera)
Pendengaran yang luas
Terhad kepada sesuatu tempat sahaja
"Mustahil Allah SWT bersifat summun (pekak) kerana ia adalah sifat yang lemah." Pernyataan ini adalah dalil aqli bagi sifat....
Iradat (berkehendak)
Basor (melihat)
Sam'un (mendengar)
Berikut adalah faedah / kesan beriman dengan sifat sam'un kecuali
Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT
Melahirkan sifat tawaduk di dalam diri
Dikasihi Allah SWT
Sentiasa mementingkan diri
Berikut adalah akibat/kesan tidak beriman dengan sifat sam'un kecuali
Dimurkai oleh Allah SWT
Sentiasa mencari aib manusia
Sentiasa mementingkan diri
Menjaga tutur bicara
Basor bermaksud Allah Maha
Mendengar
Melihat
Mengetahui
Lawan bagi sifat Basor adalah
Umyun (buta)
Summun (pekak)
Taadud (berbilang-bilang)
Berikut adalah faedah/ kesan beriman dengan sifat Basor kecuali
Berusaha meningkatkan amal kebaikan
Takut untuk melakukan kejahatan
Hidup dirahmati Allah SWT
Malas berusaha
Berikut adalah akibat/ kesan tidak beriman dengan sifat Basor kecuali
Tidak ikhlas melakukan ibadah
Tidak malu melakukan maksiat
Malas berusaha
Sentiasa memelihara akhlak yang baik
"Mustahil Allah SWT bersifat serba kekurangan seperti tidak boleh melihat atau buta." Penyataan ini adalah dalil aqli bagi sifat
Hayat (hidup)
Qudrot (berkuasa)
Basor (melihat)
Hayat bermaksud Allah itu bersifat
Esa/Tunggal
Melihat
Hidup
Lawan bagi sifat hayat adalah
Taadud (berbilang-bilang)
Karohah (Terpaksa)
Mautun (mati)
Hayat Allah dan hayat manusia itu berbeza. Di antara berikut yang manakah ciri-ciri hayat Allah SWT?
Ada tempoh masa tertentu
Tiada tempoh masa
Tiada roh dan jasad
Ada roh dan jasad
Hayat Allah dan hayat manusia itu berbeza. Di antara berikut yang manakah ciri-ciri hayat manusia SWT?
Ada tempoh masa tertentu
Tiada tempoh masa
Tiada roh dan jasad
Ada roh dan jasad
"Mustahil Allah SWT itu bersifat dengan موت kerana ia adalah sifat manusia yang menunjukkan kelemahan." Penyataan ini adalah dalil aqli bagi sifat
Kiamuhu binafsihi (berdiri dengan sendiri)
Wahdaniah (Esa/Tunggal)
Hayat (Hidup)
Berikut adalah kesan beriman dengan sifat hayat kecuali
Bersedia mengingati mati
Yakin semua makhluk akan mati
Sentiasa insafi kelemahan diri
Tidak takut melakukan dosa
Berikut adalah akibat/ kesan tidak beriman dengan sifat Hayat kecuali
Leka dengan kehidupan dunia
Merasa dirinya kuaf dan bertenaga
Tidak takut melakukan dosa
Sentiasa mengagungkan Allah SWT
{ إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمُۢ } Dalil Naqli ini adalah tentang Sifat...
مخالفته للحوادث (Berbeza dengan makhluk)
قيامه بنفسه (Berdiri dengan sendiri)
علم (mengetahui)
إرادة (berkehendak)
{ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ }. Dalil Naqli ini adalah mengenai sifat...
سمع (mendengar)
بصر (melihat)
وحدانية (Esa/Tunggal)
{ وَٱللَّهُ بَصِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ } Dalil Naqli ini adalah mengenai Sifat _____
قدرة (Berkuasa)
حياة (Hidup)
بصر (Melihat)
.....ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَیُّ ٱلۡقَیُّومُۚ Dalil Naqli ini adalah tentang sifat____
وحدانية (Esa/Tunggal)
علم (Mengetahui)
حياة (Hidup)
"Seorang lelaki merdeka pilihan Allah dan menerima wahyu untuk dirinya sendiri dan wajib disampaikan kepada kaumnya yang ingkar dan telah tersasar daripada kebenaran." Pernyataan ini adalah pengertian bagi _____
Qada'
Kitab
Rasul
Seorang Rasul mestilah dikalangan para Nabi. Tidak akan dilantik menjadi Rasul sekiranya dirinya bukan seorang Nabi sebelumnya.
Betul
Salah
Berapakah bilangan Rasul keseluruhannya?
25 orang
10 orang
313 orang
Berapakah bilangan Rasul yang wajib kita ketahui?
10 orang
25 orang
313 orang
"Sifat kesempurnaan yang wajib ada pada diri mereka." Pernyataan ini adalah pengertian bagi sifat _______ bagi Rasul.
Wajib
Harus
Mustahil
Di antara berikut yang manakah sifat wajib bagi Rasul?Tanda lebih dari satu jawapan
الصدق
التبليغ
الكذب
الأمانة
الفطانة
Apakah maksud As-Siddiq?
Benar
Jujur
Menyampaikan
Bijaksana
Apakah maksud Al-Amanah?
Benar
Jujur
Menyampaikan
Bijaksana
Apakah maksud Tabligh?
Benar
Jujur
Menyampaikan
Bijaksana
Apakah maksud Fathonah?
Benar
Jujur
Menyampaikan
Bijaksana
(٤)وَمَا یَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰۤ (٣) إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡیࣱ یُوحَى
Dalil di atas adalah mengenai Sifat Wajib bagi Rasul yang mana?
الصديق (Benar)
الأمانة (Jujur)
التبليغ (Menyampaikan)
الفطانة (Bijaksana)
(١٠٧) إِنِّی لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِینࣱ
Dalil di atas adalah mengenai Sifat Wajib bagi Rasul yang mana?
الصديق (Benar)
الأمانة (Jujur)
التبليغ (Menyampaikan)
الفطانة (Bijaksana)
{ .....مَّا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُۗ }
Dalil di atas adalah mengenai Sifat Wajib bagi Rasul yang mana?
الصديق (Benar)
الأمانة (Jujur)
التبليغ (Menyampaikan)
الفطانة (Bijaksana)
......وَتِلۡكَ حُجَّتُنَاۤ ءَاتَیۡنَـٰهَاۤ إِبۡرَ ٰهِیمَ عَلَىٰ قَوۡمِهِۦۚ
Dalil di atas adalah mengenai Sifat Wajib bagi Rasul yang mana?
الصديق (Benar)
الأمانة (Jujur)
التبليغ (Menyampaikan)
الفطانة (Bijaksana)
Antara berikut yang manakah Sifat2 mustahil bagi Rasul? Tandakan jawapan yang betul.
الصديق
الكذب
الكتمان
الخيانة
البلادة
Apakah maksud Al-Kazib?
Dusta
Khianat
Menyembunyikan
Bodoh
Apakah maksud Al-Khianah?
Dusta
Khianat
Menyembunyikan
Bodoh
Apakah maksud Al-Baladah?
Dusta
Khianat
Menyembunyikan
Bodoh
Apakah maksud Al-Kitman?
Dusta
Khianat
Menyembunyikan
Bodoh
"Sifat manusia biasa tetapi tidak mengurangkan kedudukan mereka sebagai seorang Rasul." Ini adalah pengertian _______ bagi Rasul.
Sifat Wajib
Sifat Harus
Sifat Mustahil
Berikut adalah sifat2 harus bagi Rasul kecuali...
Lapar dan dahaga
Berkeluarga dan berpasangan
Sakit, sihat dan tidur
Bersekolah
Berikut adalah kesan beriman dengan sifat-sifat Rasul kecuali....
Menguatkan iman dan ketaqwaan
Menjauhi sifat mazmumah (buruk)
Membentuk keperibadian terpuji
Menjauhi sifat Mahmudah (baik)
Berikut adalah akibat tidak beriman dengan sifat Rasul kecuali....
Melemahkan iman
Mendekatkan diri kepada sifat Mahmudah (Baik)
Masyarakat dan negara menjadi mundur
Membentuk keperibadian yang terpuji
"Perkara2 ghaib yang berlaku di luar batas pemikiran manusia yang wajib dipercayai semua umat Islam." Pengertian ini adalah tentang....
Sam'iyyat
Dosa
Alam Barzakh
"Balasan buruk yang Allah janjikan kepada hambaNy yang membuat kemungkaran dan meninggalkan perintahNya". Pengertian ini adalah berkenaan.....
Alam Barzakh
Dosa
Sam'iyyat
"Tempat persinggahan sementara jasad, termasuk manusia sehingga dibangkitkan semula pada hari Akhirat". Pernyataan ini adalah pengertian bagi.....
Sam'iyyat
Dosa
Alam Barzakh
Di antara berikut yang manakah kehidupan seorang mukmin yang taat kepada Allah ketika di alam barzakh?
Akan mendapat nikmat hingga hari kiamat
Akan mendapat azab kubur
Akan mendapat azab kubur hingga hari kiamat
Di antara berikut yang manakah kehidupan seorang "مؤمن عاصي" ketika di alam barzakh?
Akan mendapat nikmat hingga hari kiamat
Akan mendapat azab kubur
Akan mendapat azab kubur hingga hari kiamat
Di antara berikut yang manakah kehidupan orang kafir ketika di alam barzakh?
Akan mendapat nikmat hingga hari kiamat
Akan mendapat azab kubur
Akan mendapat azab kubur hingga hari kiamat
"Makhluk ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya, yang mempunyai kedudukan dan tugas tertentu". Penyataan ini adalah maksud bagi....
Malaikat
Kubur
Jin
Di antara berikut yang manakah ciri-ciri bagi Malaikat?
Dijadikan daripada cahaya
Boleh berubah bentuk dan rupa
Dapat dilihat dengan mata kasar
Tidak dapat dilihat
Bilakah malaikat akan mula bertanyakan soalan-soalan di dalam kubur kepada kita ?
Sebaik sahaja mayat dikafankan
Sebaik saja mayat disembahyangkan
Sebaik saja mayat dikebumikan
Apakah pengertian bagi nikmat kubur?
Seksaan kepad roh dan jasad yang gagal menjawab soalan mungkar nakir
Ganjaran baik bagi golongan yang beramal soleh
Apakah pengertian bagi azab kubur?
Seksaan kepad roh dan jasad yang gagal menjawab soalan mungkar nakir
Ganjaran baik bagi golongan yang beramal soleh
Berapakah bilangan malaikat yang wajib diketahui?
10
25
50
Diantara berikut yang manakah contoh soalan yang akan ditanya di dalam kubur?
Siapakah tuhan kamu?
Apakah hobi kamu?
Dimanakah tempat tinggal kamu?
Siapakah nabi kamu?
Di antara berikut yang manakah contoh nikmat di dalam kubur bagi orang yang soleh?
Kubur gelap gelita
Kubur bercahaya
Terlepas daripada seksaan kubur
Disiksa dengan dahsyat oleh malaikat mungkar nakir
Apakah tugas Malaikat Jibril?
Membawa rezeki
Mencabut nyawa
Menyampaikan wahyu
Meniup sangkakala
Apakah tugas Malaikat Mikail?
Membawa rezeki
Mencabut nyawa
Menyampaikan wahyu
Meniup sangkakala
Apakah tugas Malaikat Izrail?
Membawa rezeki
Mencabut nyawa
Menyampaikan wahyu
Meniup sangkakala
Apakah tugas Malaikat Israfil?
Membawa rezeki
Mencabut nyawa
Menyampaikan wahyu
Meniup sangkakala
Apakah tugas Malaikat Roqib?
Mencatat amalan yang baik
Mencatat amalan yang buruk
Menyoal orang di dalam kubur
Menjaga syurga
Apakah tugas Malaikat Atid?
Mencatat amalan yang baik
Mencatat amalan yang buruk
Menyoal orang di dalam kubur
Menjaga syurga
Apakah tugas Malaikat Mungkar Nakir?
Mencatat amalan yang baik
Mencatat amalan yang buruk
Menyoal orang di dalam kubur
Menjaga syurga
Apakah tugas Malaikat Ridhwan?
Mencatat amalan yang baik
Mencatat amalan yang buruk
Menjaga neraka
Menjaga syurga
Apakah tugas Malaikat Malik?
Mencatat amalan yang baik
Mencatat amalan yang buruk
Menjaga neraka
Menjaga syurga
Di antara berikut yang mana satukan contoh bagi azab kubur?
Kubur menjadi bercahaya
Diseksa dengan haiwan berbisa
Kubur gelap gelita
Kubur menjadi lapang
Hari kiamat adalah hari kemusnahan alam dan segala kehidupan di dalamnya.
Betul
Salah
Padang Mahsyar adalah tempat perhimpunan agung seluruh manusia dan jin selepas dikejutkan dari tidur.
Betul
Salah
Dua jenis golongan manusia yang akan dibangkitkan di padang Mahsyar nanti. Apakah jenis golongan tersebut?
Golongan wanita
Golongan auliya' dan solihin
Golongan lelaki
Golongan munafiq, fasik dan a'si
Bagaimanakah golongan auliya' dan solihin akan dibangkitkan di padang Mahsyar nanti?
Dibangkitkan dalam keadaan baik
Dibangkitkan dalam keadaan menderita dan hina
Tidak merasai kesusahan dan kesengsaraan
Berada dalam keadaan cemas, gelisah dan menanggung pelbagai penderitaan sementara menunggu dihisab
Bagaimanakah golongan muanfiq, fasik dan a'si akan dibangkitkan di padang Mahsyar nanti?
Dibangkitkan dalam keadaan baik
Dibangkitkan dalam keadaan menderita dan hina
Tidak merasai kesusahan dan kesengsaraan
Berada dalam keadaan cemas, gelisah dan menanggung pelbagai penderitaan sementara menunggu dihisab
Hisab adalah pengiraan setiap amalan manusia sama ada baik atau buruk daripada sebesar-besar amalan sehingga sekecil-kecil amalan.
Betul
Salah
Mizan adalah timbangan semua amalan manusia bagi menentukan seseorang itu di ______ atau ______.
Rumah, sekolah
Syurga, neraka
Syurga adalah tempat nikmat abadi sebagai balasan kepada orang yang ______ kepada Allah ketika hidupnya di dunia.
Beriman
Tidak beriman
Neraka adalah tempat yang penuh dengan ______ yang pedih bagi orang yang melanggar semua perintah Allah SWT.
Nikmat
Azab dan seksaan
Di antara berikut yang manakah nama2 syurga?
Firdaus , Adnin dan Naim
Ma'wa dan Kuldi
Jahanam dan Huthomah
Darul Muqomah dan Darus Salam
Hawiyyah dan Wail
Di antara berikut yang manakah nama2 neraka?
Lazho dan Al Jahim
Saqor dan Al- Sa'ir
Jahanam dan Huthomah
Darul Muqomah dan Darus Salam
Hawiyyah dan Wail
Di antara berikut adalah golongan ahli neraka kecuali...
Memakan harta orang lain
Orang Islam yang banyak melakukan maksiat
Orang yang banyak melakukan amal
Orang yang meninggalkan solat
Sirat adalah satu ______ yang dibentang merentasi neraka untuk manusia menyeberangi menuju ke syurga.
Lorong
Jambatan
Sungai
Berikut adalah kesan beriman dengan perkara sam'iyyat kecuali....
Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
Meninggalkan larangan Allah
Berlumba-lumba melakukan kejahatan
Berlumba-lumba melakukan kebajikan
Berikut adalah akibat tidak beriman dengan perkara sam'iyyat kecuali.....
Hidup resah dan gelisah
Hidup penuh dengan ketenangan
Berterusan melakukan kemungkaran
Manusia tidak takut dengan azab Allah
