WorksheetsQUIZ MALAY Teacher Nurul 10.01.2025
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Adik suka _______ di taman setiap petang untuk bersenam.
A. pelarian
B. dilarikan
C. berlari
D. larian
Dia sering _______ bosnya dengan harapan mendapat kenaikan pangkat.
A. dibodek
B. menembak
C. bodekan
D. membodek
Ali sedang _______ buku yang hilang di dalam bilik bacaan.
A. tercari
B. mencari
C. dicari
D. pencarian
Dia berusaha mengatasi _______ untuk membeli barangan yang tidak perlu.
A. godaan
B. digoda
C. penggoda
D. tergoda
Sila _______ beg anda di rak sebelum memasuki bilik darjah.
A. diletakkan
B. letaki
C. letakkan
D. terletak
Syarikat itu menyediakan perkhidmatan _______ barang ke seluruh negara.
A. dihantar
B. hantarkan
C. penghantaran
D. terhantar
Petani menggunakan sistem saliran untuk _______ sawah padi mereka pada musim kemarau.
A. disebar
B. mengairi
C. tersebar
D. pengairan
Hutan simpan itu _______ oleh undang-undang untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
A. ditebang
B. dilindungi
C. disepahkan
D. dimusnahkan
Kajian ini memberikan maklumat yang berguna kepada pelajar. _______, ia juga membantu penyelidik memahami isu yang dikaji.
A. Malahan
B. Meskipun
C. Walaupun begitu
D. Di samping itu
Kami mengunjungi muzium pada waktu pagi. _______, kami pergi ke taman untuk bersiar-siar.
A. Lagipun
B. Walaupun begitu
C. Selepas itu
D. Malah
Projek pembinaan berjalan dengan lancar. _______, pihak kontraktor memastikan keselamatan pekerja diutamakan.
A. Tambahan pula
B. Dalam pada itu
C. Sungguhpun demikian
D. Walaupun begitu
Hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi. _______, aktiviti luar terpaksa dibatalkan.
A. Meskipun
B. Disamping itu
C. Oleh itu
D. Namun begitu
Majlis penutup berlangsung pada jam 5 petang. _______, para tetamu dijemput menikmati jamuan ringan.
A. Lagipun
B. Lebih-lebih lagi
C. Sebaliknya
D. Sebelum itu
Ibu menuang teh ke dalam _____ untuk diminum bersama kuih.
A. sebiji
B. secawan
C. sebuku
D. sebidang
Adik menjumpai _____ tali di stor lama itu untuk digunakan dalam aktiviti kem.
A. sebidang
B. seberkas
C. segelung
D. secubit
Pengantin perempuan menyusun __________ sirih sebagai hiasan di dulang hantaran.
A. secebis
B. secekak
C. sebuah
D. seangkatan
Adik perempuan saya akan __________ minggu depan dalam majlis perkahwinan yang sederhana.
A. celik huruf
B. naik pelamin
C. kaki ayam
D. puteri lilin
Apabila anjing liar mengejarnya, dia segera __________ untuk menyelamatkan diri.
A. cakap besar
B. langkah seribu
C. cakar ayam
D. kaki bangku
Guru disiplin sentiasa __________ tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar di sekolah.
A. ambil berat
B. buku lima
C. puteri lilin
D. ringan tulang
Perbalahan kecil itu dapat diselesaikan dengan mudah apabila kedua-dua pihak menunjukkan sikap __________ .
A. makan angin
B. celik huruf
C. tolak ansur
D. buah mulut
