Font size
WorksheetsIbadah Tahun 4 & 5 KAFA 2024
Total questions: 78
Worksheet time: 45mins
______ ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang dengan diketuai seorang imam.
Solat berjemaah
Solat Jumaat
Solat sunat
Hukum solat berjemaah bagi solat fardhu ialah
Fardhu Ain
Fardhu kifayah
Hukum solat berjemaah bagi solat Jumaat ialah
Fardhu Ain
Fardhu kifayah
Apakah fadhilat solat berjemaah?
Beroleh pahala 27 kali ganda
Dicintai Allah SWT
Menambah khusyuk dalam solat
Tidak mendapat keberkatan dalam hidup
Apakah kepentingan solat berjemaah?
Melatih diri menepati masa
Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua
Mewujudkan sifat hormat-menghormati tanpa mengira darjat
Menjadi tidak disiplin
Berikut adalah syarat-syarat sah solat berjemaah kecuali.....
Makmum berada di belakang imam
Makmum berniat mengikut imam
Perbuatan makmum tidak mendahului imam
Jarak makmum dengan imam perlu jauh
Rajah berikut adalah niat solat fardhu secara ______
Bersendirian
Berjemaah
Rajah di atas adalah Dalil Naqli bagi ______
Solat Jumaat
Solat Berjemaah
Solat sunat
Apakah hikmah yang diperolehi jika menunaikan solat secara berjemaah?
Melatih orang Islam mematuhi ketua
Melatih orang Islam berdisiplin
Memutuskan persaudaraan
_______ ialah makmum yang tidak sempat selesai membaca Al-Fatihah bersama-sama imam.
Makmum Masbuk
Makmum Muafiq
______ ialah makum yang sempat membaca Al-Fatihah bersama-sama imam.
Makmum Masbuk
Makmum Muafiq
Hari apakah yang dikenali sebagai penghulu segala hari?
Ahad
Isnin
Jumaat
______ ialah solat 2 rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada hari Jumaat, dalam waktu Zuhur dengan didahului 2 khutbah dilakukan di masjid atau di tempat tertentu.
Solat berjemaah
Solat Jumaat
Solat sunat
Hukum solat Jumaat bagi seorang lelaki muslim yang mukalaf ialah ______.
Fardhu Ain
Fardhu Kifayah
Di antara berikut yang manakah bukan syarat wajib solat Jumaat?
Islam
Baligh
Lelaki
Didirikan secara berjemaah
Berikut adalah syarat sah solat Jumaat kecuali....
Didahului dengan 2 khutbah
Bilangan jemaah lelaki yang mukalaf tidak kurang daripada 40 orang
Didirikan dalam waktu zohor
Berakal
Apakah amalan sunat yang boleh kita lakukan sebelum solat Jumaat?
Memotong kuku
Mandi sunat Jumaat
Mengaji ketika mendengar khutbah
_____adalah orang yang membaca khutbah.
Imam
Khatib
Makmum
Rajah di atas menunjukkan Dalil Naqli bagi ____.
Solat berjemaah
Solat Jumaat
Solat Sunat
Di antara berikut yang manakah turutan yang betul situasi yang berlaku sebelum dan selepas solat Jumaat?
Azan pertama » khutbah pertama » duduk sebentar antara 2 khutbah » khutbah kedua » azan kedua » Iqamah » mendirikan solat Jumaat
Azan pertama > Azan kedua > Khutbah pertama > Duduk sebentar antara 2 khutbah > Khutbah kedua > Iqamah > Dirikan solat Jumaat
Khutbah pertama » Azan pertama » duduk sebentar antara 2 khutbah ≥ khutbah kedua » azan kedua » Iqamah » Mendirikan solat Jumaat
Pada solat Jumaat bilakah azan pertama akan dilaungkan?
Ketika masuk waktu zohor
Selepas khatib naik ke atas mimbar dan sebelum membaca khutbah
Pada solat Jumaat bilakah azan kedua akan dilaungkan?
Ketika masuk waktu zohor
Selepas khatib naik ke atas mimbar dan sebelum membaca khutbah
Tandakan rukun-rukun khutbah
Memuji Allah pada khutbah pertama dan kedua
Membaca ayat Al-Quran pada khutbah pertama dan kedua
Mendoakan orang mukmin pada khutbah kedua
Memberi nasihat supaya bertaqwa kepada Allah pada khutbah pertama dan kedua
Berselawat ke atas nabi pada khutbah pertama dan kedua
Apakah kepentingan solat Jumaat?
Lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam
Melatih diri menjadi hamba yang taat
Membersihkan jiwa dari sifat mazmumah
Mememuhkan jiwa dengan sifat mazmumah
Berikut adalah perkara yang tidak boleh dilakukan ketika mendengar khutbah kecuali....
Tidur
Bercakap
Bermain
Fokus mendengar khutbah
Apakah perbezaan antara solat Jumaat dan solat fardhu? (Ini nota berbentuk soalan sahaja, tiada jawapan yang salah)
Hukum - solat fardhu wajib ke atas lelaki dan perempuan muslim yang mukalaf, sedangkan solat Jumaat hanya wajib bagi lelaki muslim yang mukalaf sahaja.
Khutbah - solat fardhu tiada khutbah, sedangkan solat Jumaat di dahului dengan 2 khutbah
Tempat - solat fardhu boleh ditunaikan di mana sahaja tempat yang sesuai, sedangkan solat Jumaat hanya boleh ditunaikan di tempat yang telah ditetapkan sahaja.
_____ bermaksud keringanan dan kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk beribadah.
Solat Qasar
Rukhsah
Solat Jamak
Solat jamak dan qasar adalah _______ yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya.
Solat Jemaah
Solat Jumaat
Solat Jamak dan Qasar
Solat jamak dan qasar dapat memberitahu manusia bahawa....
Islam adalah agama yang mudah
Allah menurunkan syariah dan perintah agar memudahkan bukan menyusahkan kita
Allah SWT memberi keringanan kepada hambaNya ketika berlaku keuzuran dan kesusahan
Islam itu agama yang menindas fitrah manusia
______ ialah dua solat yang dihimpunkan dalam satu waktu.
Solat Jamak
Solat Qasar
Apakah hukum solat Jamak dan Qasar?
Wajib
Sunat
Harus
Solat jamak terdapat berapa jenis?
1
2
3
4
Tandakan jenis-jenis solat jamak
Taqdim
Ta'khir
Sughro
Kubro
______ ialah menghimpunkan solat yang kedua dalam waktu solat yang pertama.
Jamak Taqdim
Jamak Ta'khir
Solat zohor dan solat asar dilakukan ketika waktu zohor adalah Solat Jamak ______.
Taqdim
Ta'khir
______ ialah menghimpunkan solat yang pertama dalam waktu yang kedua.
Jamak Taqdim
Jamak Ta'khir
Solat maghrib dan solat Isyak dilakukan dalam waktu Isyak. Berikut merupakan solat jamak
Taqdim
Ta'khir
Solat apakah yang boleh dijamak?
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak
Solat apakah yang boleh diqasarkan?
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak
_____ bermaksud memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat.
Jamak
Qasar
Tandakan syarat-syarat sah solat qasar
Tidak berniat menetap lebih dari 3 hari di tempat yang dituju
Solat yang masuk waktu sebelum memulakan musafir tidak harus diqasarkan
Perjalanan telah melepasi kawasan sepadan qariahnya
Mengikuti imam yang solat tamam (sempurna)
Tandakan syarat-syarat sah solat jamak dan qasar
Perjalanan jarak melebihi 2 marhalah
Tidak bertujuan maksiat
Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih
Perjalanan tidak melebihi kawasan sempadan
Apakah perkara-perkara yang membatalkan solat jamak dan qasar?
Kurang daripada 2 marhalah
Bertujuan maksiat
Berniat menetap selama 4 hari atau lebih
Perjalanan melepasi kawasan sempadan qariahnya
Dalil ini adalah mengenai
Solat jamak
Solat qasar
Dalil ini mengenai
Solat jamak
Solat qasar
______ ialah menunaikan ibadah solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa.
Solat berjemaah
Solat orang sakit
Solat dalam kenderaan
Apakah hukum solat orang sakit mengikut keupayaan?
Wajib
Sunat
Harus
Tandakan syarat sah orang sakit
Menghadap kiblat
Menutup aurat
Suci daripada hadas dan najis
Tiada keuzuran
Apakah hikmah diperolehi dari solat orang sakit
Dikasihi dan diredhai Allah SWT
Memperolehi ketenangan jiwa
Bersyukur dengan nikmat Allah SWT
Tidak mampu sabar menghadapi kesakitan
Di antara berikut yang manakah cara solat orang sakit?
Duduk
Baring melintang
Baring mengiring
Isyarat kaki
Apakah jenis kenderaan yang boleh menunaikan solat ketika berada di dalamnya?
Binatang tunggangan
Kapal terbang
Kereta api
Basikal
Berikut adalah hikmah solat di dalam kenderaan kecuali..
Memperolehi ketenangan jiwa
Menunjukkan bahawa Islam agama yang mudah
Dapat melaksanakan ibadah sesuai dengan kemampuan seseorang
Allah SWT menjadi murka
Di antara berikut yang manakah buat jenis-jenis solat sunat?
Solat rawatib
Solat hajat
Solat jenazah
Solat terawih
______ ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.
Solat Rawatib
Solat Dhuha
Solat Hajat
Apakah hukum solat sunat rawatib?
Sunat muakad
Sunat Ab'ad
Sunat Hai'at
Apakah fadilat solat-solat sunat?
Mendapat ganjaran pahala yang besar
Memperolehi kesenangan di dunia dan akhirat
Meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT
Menyempitkan rezeki
_____ ialah solat sunat yang didirikan sepanjang waktu dhuha .
Solat tahajjud
Solat witir
Solat dhuha
______ adalah solat bagi mereka yang mempunyai hajat atau kesulitan dalam sesuatu hal.
Solat dhuha
Solat hajat
Solat gerhana
Berikut adalah waktu-waktu haram untuk solat sunat kecuali....
Selepas solat subuh
Selepas solat asar
Selepas solat isyak
_______ adalah solat sunat yang didirikan bagi memohon petunjuk dan bimbingan daripada Allah terhadap perkara yang diragui atau sukar untuk membuat pilihan.
Solat dhuha
Solat hajat
Solat istikharah
_____ adalah solat sunat yang didirikan pada 2/3 malam sebelum masuk waktu subuh.
Solat terawih
Solat hajat
Solat tahajjud
______ ialah solat sunat ketika seseorang ingin bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang telah dilakukannya.
Solat hajat
Solat rawatib
Solat taubat
_____ adalah solat sunat selepas solat Isyak sehingga terbit fajar sodiq pada bulan Ramadan.
Solat witir
Solat terawih
Solat tahajjud
_____ adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak sehigg terbit fajar.
Solat witir
Solat hajat
Solat tahajjud
______ adalah solat yang didirikan pada pagi 1 syawal
Solat Aidilfitri
Solat Aidiladha
_____ adalah solat sunat yang didirikan pada pagi 10 Zulhijjah.
Solat Aidilfitri
Solat Aidiladha
______ adalah solat sunat yang didirikan kerana terjadinya gerhana matahari atau bulan.
Solat tarawih
Solat witir
Solat gerhana
Hukum solat gerhana adalah
Sunat Hai'at
Sunat Muakad
Sunat Ab'ad
Solat gerhana bulan dipanggil
Solat Khusuf (خسوف)
Solat Kusuf (كسوف)
Solat gerhana matahari dipanggil
Solat Khusuf (خسوف)
Solat Kusuf (كسوف)
______ bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat.
Puasa
Zakat
Haji
Hukum berpuasa adalah wajib atau sunat, bergantung pada jenis puasa yang akan dilakukan
Betul
Salah
Tandakan contoh-contoh puasa sunat,
Puasa 6 hari bulan Syawal
Puasa Nisfu Syaaban
Puasa Isnin Khamis
Puasa Nazar
Berikut merupakan puasa yang hukumnya wajib kecuali
Puasa bulan Ramadhan
Puasa qada'
Puasa Nazar
Puasa Asyura
Tandakan hikmah berpuasa
Menyihatkan badan dan mencerdaskan otak
Membentuk sifat sabar, bersyukur dan berdisiplin.
Menjauhkan diri daripada Allah SWT
Merasai kesusahan orang fakir dan miskin
Apakah perkara yang dapat membatalkan puasa?
Muntah dengan sengaja
Makan dan minum dengan sengaja
Keluar hadas besar
Terkentut
Apakah fadilat berpuasa?
Puasa menghapus kesalahan yang pernah dilakukan
Bau mulut harum daripada bau kasturi
Menjadi perisai api neraka
Dimasukkan ke dalam neraka
Berikut adalah dalil bagi
Solat sunat
Solat jumaat
Puasa
