WorksheetsKUIZ TAJUK PENGIKLANAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah definisi pengiklanan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka?
Komunikasi strategik pelbagai dimensi
Pemberitahuan kepada orang ramai tentang sesuatu produk melalui media
Komunikasi bukan personal untuk mencapai objektif pemasaran
Persembahan berbayar yang bersifat peribadi
2. Mengikut George Rodman dalam bukunya "Mass Media" (2012) pengiklanan adalah :
Komunikasi satu hala sahaja
Komunikasi melalui media yang dibayar untuk memberi informasi kepada orang ramai
Pemberitahuan secara percuma kepada pengguna
Komunikasi peribadi antara penjual dan pembeli
3. Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan reka bentuk pengiklanan?
Menyampaikan maklumat dengan mudah dan jelas
Membolehkan pengguna membuat perbandingan
Menyembunyikan maklumat sebenar produk
Memberikan gambaran tentang kualiti produk
4. Apakah yang dimaksudkan dengan gegantung (bunting)?
Media cetak yang dipasang secara mendatar
Media cetak luaran yang dipasang secara menegak
Media digital yang dipasang di laman web
Media cetak yang ditampal di dinding
5. Bagaimanakah kain rentang (banner) digunakan dalam era digital?
Hanya sebagai media cetak
Sebagai media promosi dalam laman web dengan pautan aktif
Hanya untuk paparan di jalan raya
Sebagai pengganti poster
6. Manakah antara berikut merupakan ciri risalah/flyers ?
Sentiasa dipasang di tiang lampu
Hanya boleh disebarkan secara digital
Disebarkan melalui perkhidmatan pos atau diberi secara langsung
Mesti dicetak dalam saiz besar
7. Apakah yang dimaksudkan dengan promosi?
Aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelanggan tentang produk
Aktiviti mencetak bahan iklan sahaja
Aktiviti jualan secara langsung
Aktiviti pengumpulan data pelanggan
8. Bagaimanakah iklan interaktif biasanya dipaparkan?
Hanya dalam bentuk cetak
Melalui laman web dan media sosial
Hanya melalui televisyen
Hanya melalui radio
9. Apakah elemen yang digabungkan dalam iklan interaktif?
Teks dan gambar sahaja
Audio dan video sahaja
Audio dan animasi
Animasi dan teks sahaja
10. Manakah antara berikut merupakan media informasi dengan ukuran tertentu sama ada berbentuk portrait atau landscape?
Gegantung
Risalah
Kain rentang
Poster digital
