Font size
WorksheetsPEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Apakah ciri-ciri negara Tamu?
Budaya luar diterima dan diamalkan dalam negara berkenaan.
Mendaulatkan identiti penduduk asal.
Kuasa politik di tangan kuasa orang asing.
Pembentukan negara terdiri daripada pelbagai etnik.
Merujuk kepada perbincangan tentang negara bangsa apakah bentuk negara Malaysia yang dapat kita rumuskan?
Negara bangsa
Negara Tanpa Bangsa
Bangsa Tanpa Negara
Bangsa Bernegara
Apakah yang mungkin berlaku jika Malaysia mempraktikkan negara bangsa sepenuhnya?
Akan lahir satu bentuk masyarakat pelbagai etnik yang beridentitikan Malaysia.
Semua etnik di Malaysia akan menjadi etnik Melayu.
Hilang identiti etnik dan akan terbentuk identiti Malaysia.
Masyarakat Melayu akan menjadi kaum Cina dan India.
Ada pendapat menyatakan Malaysia bukan sebuah negara bangsa. Apakah faktor yang mungkin dapat dikaitkan dengan pendapat ini?
Masyarakat Malaysia gagal bersatu padu dalam membina negara ini.
Bangsa yang membentuk negara ini tidak jelas/kabur.
Malaysia mempraktikkan integrasi nasional dalam membina negara.
Kewujudan etnik Melayu yang dominan.
Pada awal pembentukan Malaysia berlaku pemisahan antara etnik yang dikenali sebagai pecah dan perintah (divide and rule). Konsep manakah dapat menjelaskan situasi ini?
Segregasi
Asimilasi
Akomodasi
Amalgamasi
Apakah kaedah terbaik untuk membina negara ini?
Masyarakat Malaysia tanpa mengira etnik menjadi bangsa Melayu.
Kita kekal berbeza tetapi bersatu padu.
Pelbagai etnik asimilasi satu budaya etnik lain.
Memberikan ramai kewarganegaraan kepada penduduk negara lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan tepat konsep negara peneroka (settler society)?
Kuasa politik di tangan penduduk peribumi.
Negara yang dijajah dari segi politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
Masyarakat dalam sesebuah negara berjaya membebaskan diri dari kuasa penjajah.
Keadaan ekonomi masyarakat pribumi dikuasai kaum imigran.
Apakah formula yang digunakan oleh Kerajaan di Malaysia dalam proses pembinaan negara bangsanya?
Integrasi Nasional
Asimilasi budaya
Segmented asimilasi
Amalgamasi
Apakah yang dimaksudkan dengan Integrasi Nasional?
Masyaralat berasimilasi hingga mewujudkan satu bangsa.
suatu proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.
proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan dan sosial dalam satu unit.
Hanya satu adat dan budaya yang diterima untuk membentuk masyarakat sesebuah negara.
Apakah keadaan yang sesuai untuk menggambarkan Malaysia?
Hanya etnik penduduk asal diterima dalam pembentukan negara ini.
Masyarakat peribumi menjadi asas kepada pembentukan negara.
Pelbagai etnik Melayu, Cina dan India saling berebut kuasa politik untuk mentadbir negara.
Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak dianaktirikan dalam pembangunan.
Berikut adalah berkaitan dengan masyarakat majmuk KECUALI
Kata kunci masyarakat ini adalah terputus, terasing terpisah.
Masyarakat yang terdiri daripada satu kelompok masyarakat sahaja (homogen).
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras/etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan.
Hubungan entara masyarakat adalah di peringkat minima atau peringkat luaran sahaja.
Apakah proses yang terlibat dalam penerapan budaya dalam masyarakat?
kesepaduan
perpaduan
penyatupaduan
Sosialisasi
Apakah yang dimaksudkan dengan tepat tentang masyarakat kepelbagaian?
Berlaku proses asimilasi dan amalgamasi.
Terdapat pelbagai ras dan budaya dalam satu negara.
Melibatkan proses integrasi antara pelbagai etnik.
Dominasi oleh orang Melayu sahaja.
Terdapat satu negara di mana masyarakatnya mempunyai perbezaan budaya dan ras yang jelas, saling menerima pelbagai budaya dan bekerjasama antara satu sama lain. Situasi sebegini sesuai untuk menjelaskan Masyarakat yang bagaimana?
Masyarakat Pluraliti
Masyarakat Kepelbagaian
Masyarakat Majmuk
Masyarakat Tradisional
Apakah yang mungkin berlaku apabila sesebuah negara berusaha membina kemajuan dan pemodenan?
Berlaku kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang antara masyarakat berbeza.
Negara berada dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil.
Berlaku tidak puas hati dan tindas menindas antara masyarakat.
Dasar tidak bekerjasama dengan negara luar perlu diperketatkan.
"Komuniti manusia yg terbentuk dalam sejarah, mempunyai asal usul sepunya, ras yang sama, lazimnya berada dalam wilayah yang sama, mempunyai bahasa, cita-cita bersama utk masa depan dan matlamat yang dikongsi bersama". Situasi di atas menjelaskan tentang:
Konsep Negara
Konsep Bangsa
Konsep Etnik
Konsep Negara Bangsa
Apakah situasi yang sesuai menjelaskan tentang Masyarakat yang berada dalam bentuk kerencaman sosial di Malaysia.
Masyarakat berasimilasi
Masyarakat berintegrasi
Masyarakat kepelbagaian
Masyarakat majmuk
Apakah bentuk Masyarakat yang sesuai menjelaskan situasi dalam gambar di bawah?
Masyarakat majmuk
Masyarakat Tradisional
Masyarakat berasimilasi
Masyarakat berintegrasi
Pilih masyarakat yang TIADA kaitan dengan Masyarakat pluraliti.
Masyarakat Chetti
Masyarakat Baba Nyonya
Masyarakat Cina Kampung
Masyarakat Orang Asli
Pilih jawapan yang betul berkaitan konsep segregasi.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu bentuk segregasi.
Segregasi pernah wujud di Malaysia semasa tempoh pertapakan British di Tanah Melayu
Segregasi merupakan proses pencantuman budaya antara budaya majoriti dan minoriti.
Segregasi menjadi punca kepada utuhnya hubungan di antara kaum di Malaysia.
Pilih pernyataan yang SALAH cara membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.
Jatidiri boleh dibentuk dengan menjadikan kebudayaan Melayu sebagai asas pegangan.
Faktor Islam harus di ambil kira oleh semua kaum dalam membentuk dasar untuk membina jatidiri.
Pakaian kebangsaan hendaklah dipakai oleh semua kaum tanpa mengira kaum kerana ia boleh membentuk jatidiri.
Masyarakat perlulah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa sesuai dengan keadaan.
Pemakaian baju Kurta oleh orang Cina, penggunaan chopstick oleh orang Melayu serta penggunaan perkataan tapau oleh orang India merupakan antara contoh-contoh yang terdapat dalam konteks masyarakat Malaysia. Konsep ini merujuk kepada konsep ______.
Akomodasi
Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Negara manakah yang dapat dikaitkan dengan negara tamu (Host Society).
Singapura
Amerika
Malaysia
New Zealand
Pilih kenyataan yang tepat menerangkan tentang konsep etnik?
Kelompok manusia yang sama dari aspek ras dan budaya.
Kelompok manusia yang tinggal di wilayah yang sama.
Kelompok manusia yang mempunyai ciri fizikal yang sama.
Kelompok manusia yang menjadi rakyat sesebuah negara.
Pilih usaha ke arah kesepaduan sosial masyarakat Malaysia.
Mengamalkan sikap saling faham memahami antara etnik.
Menghantar anak-anak belajar ke luar negara.
Memastikan keputusan cemerlang diperoleh dalam peperiksaan SPM.
Memperkenalkan konsep pancasila dalam kalangan masyarakat.
