Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Pendidikan di Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah vernakular?

a)

Sekolah yang hanya mengajar mata pelajaran seni dan muzik.

b)

Sekolah yang tidak mempunyai kurikulum formal.

c)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai medium pengajaran.

d)

Sekolah yang menggunakan bahasa asing sebagai medium pengajaran.

2.

Apakah peranan pondok dalam sejarah pendidikan di Malaysia?

a)

Menyebarkan pengaruh tuan guru dalam masyarakat

b)

Berfungsi sebagai tempat tinggal bagi pelajar yang ingin menuntut ilmu

c)

Mengajarkan ilmu asas untuk meneruskan hidup

d)

Mengajarkan ilmu agama serta membentuk akhlak masyarakat

3.

Penjajah ini taksub menyebarkan ideologi serta bahasa negara mereka dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pernyataan diatas merujuk kepada penjajah ....

a)

British

b)

Belanda

c)

Jepun

d)

Portugis

4.

Apakah antara cadangan yang dikemukakan dalam laporan Rahman Talib 1960 ?

a)

Pendidikan di sekolah menengah adalah percuma

b)

Semua murid wajib lulus peperiksaan Bahasa Melayu

c)

Murid Islam wajib mengambil subjek Pendidikan Moral

d)

Bahasa Melayu tidak diwajibkan untuk calon bukan Melayu

5.

Apakah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996?

a)

Peruntukan mengenai kurikulum yang perlu diajarkan kepada rakyat Malaysia

b)

Peruntukan mengenai sistem sekolah rendah yang wajib untuk semua masyarakat di Malaysia

c)

Peruntukan mengenai sistem pendidikan yang tersusun di Malaysia

d)

Peruntukan mengenai skim latihan guru muda di Malaysia

6.

Apakah perbezaan utama antara KSSR dan KBSR ?

a)

KSSR lebih menekankan pada pendidikan vokasional berbanding KBSR yang mengajar kemahiran membaca

b)

KSSR dikembangkan kepada pendidikan pra sekolah berbanding KBSR yang hanya berfokus kepada pendidikan sekolah rendah

c)

KSSR dan KBSR tiada perbezaan. Keduanya menekankan pendidikan yang sama untuk semua murid sekolah rendah

d)

KSSR bermatlamat untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis berbanding KBSR yang hanya menumpukan kepada asas 3M

7.

Apakah matlamat utama KSSM?

a)

Matlamat utama KSSM adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal sahaja.

b)

Matlamat utama KSSM adalah untuk memfokuskan kepada pendidikan agama sahaja.

c)

Matlamat utama KSSM adalah untuk mengurangkan waktu pembelajaran di sekolah.

d)

Matlamat utama KSSM adalah untuk menyediakan pendidikan yang holistik dan seimbang.

8.

Apakah bentuk pembaharuan yang ingin dibawakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ?

a)

Menambahbaik infrastruktur untuk semua institusi pendidikan di Malaysia

b)

Meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan kurikulum, latihan guru, dan akses pendidikan

c)

Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan teknologi dalam kalangan murid

d)

Mengurangkan bilangan murid yang cicir serta tidak tahu membaca

9.

Apakah prinsip pragmatisme dalam pendidikan?

a)

Menekankan aspek pengalaman dan penyelesaian masalah

b)

Menggalakkan kebebasan dalam membuat keputusan

c)

Mementingkan penilaian saintifik dan eksperimen

d)

Mempercayai sesuatu yang bersifat abstrak

10.

Bagaimanakah falsafah eksistensialisme boleh diterapkan dalam pendidikan?

a)

Menekankan kepada pengajaran yang berstruktur

b)

Memfokuskan kepada peningkatan moral dan akhlak

c)

Menggalakkan murid mencari tujuan kehidupan yang bermakna

d)

Membuat keputusan berdasarkan pilihan yang ada

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan essentialisme dalam pendidikan?

a)

Menggalakkan pembinaan semula akhlak masyarakat

b)

Mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan

c)

Melatih kemahiran mental dan intelektual

d)

Mengajarkan ilmu merentas disiplin berteraskan teori dan praktikal secara serentak

12.

Apakah fungsi rekonstruksionisme dalam pendidikan?

a)

Menumpukan kepada kajian silam untuk memaknai masa depan

b)

Meningkatkan tahap literasi dan numerasi dalam kalangan murid

c)

Menggalakkan murid membuat penerokaan sendiri bagi mencari solusi

d)

Mendorong pemikiran kritis dan perbincangan untuk menyelesaikan masalah

13.

Apakah peranan guru yang tidak terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?

a)

Menyampaikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada murid

b)

Mengajarkan murid kaedah untuk berjaya dengan cara mengenepikan orang lain

c)

Membentuk moral yang positif dan akhlak yang murni dalam kalangan murid

d)

Menanam dalam diri murid sifat bertanggungjawab dan ihsan terhadap orang lain

14.

Antara berikut adalah agenda yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Islam, kecuali ... ?

a)

Menyepadukan antara iman, ilmu dan amal

b)

Menanam tanggungjawab Muslim sebagai hamba dan khalifah

c)

Menggalakkan pembangunan akhlak semata-mata

d)

Menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai panduan utama

15.

Bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempengaruhi kurikulum?

a)

Membantu penggubalan kurikulum oleh pihak swasta

b)

Menetapkan nilai dan matlamat yang selaras dengan identiti nasional

c)

Membangunkan sistem pendidikan yang relevan untuk pendidikan tinggi

d)

Membentuk kurikulum yang sesuai untuk masyarakat berbilang kaum

16.

Manakah yang berikut merupakan cabang ilmu falsafah?

a)

Epistemografi dan aksiologi

b)

Metafizik dan metodologi

c)

Estetika dan Logik

d)

Onkologi dan Aksiologi

17.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada mazhab umum falsafah Barat ?

a)

Progresivisme

b)

Rekonstruksionisme

c)

Feminisme

d)

Idealisme

18.

Mengapakah falsafah pendidikan perenialisme kurang sesuai untuk dipraktikkan dalam konteks pendidikan masa kini?

a)

Kekangan masa kerana waktu pembelajaran yang ada terlalu terhad

b)

Membebankan guru kerana perlu memikul 100% tanggungjawab dalam PdP

c)

Bersifat konservatif dan tradisional

d)

Tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh semua lapisan murid

19.

Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi falsafah pendidikan progresivisme?

a)

Berpusatkan murid dan guru sebagai pembimbing

b)

Berteraskan kaedah perbincangan berkumpulan bagi menyelesaikan masalah

c)

Berasaskan latih tubi dan ulangkaji

d)

Berpusatkan guru dan murid perlu patuh pada segala pengajaran guru

20.

Antara berikut, falsafah manakah yang mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?

a)

Perenialisme dan Essentialisme

b)

FPI, Pragmatisme dan Essentialisme

c)

Falsafah Pendidikan Islam sahaja

d)

FPI, Progresivisme & Rekonstruksionisme