wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JPNS GEOGRAFI SPM 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah lapisan yang berkaitan dengan ciri berikut?

•    Terdapat arus perolakan

•    Menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi

a)

Kerak Bumi

b)

Mantel

c)

Teras Luar

d)

Teras Dalam

2.

Bagaimanakah proses pembentukan batuan di Foto tersebut berlaku?

a)

Tekanan dan suhu

b)

Pemadatan dan penyimenan

c)

Pemendapan dan pembekuan

d)

Penyejukan dan pembekuan magma

3.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan proses gerakan jisim.

•    Kadar pergerakan cepat

•    Terbentuk kipas aluvium

Apakah unsur cuaca yang menyebabkan berlakunya proses di ataş?

a)

Pencairan salji

b)

Hujan lebat

c)

Ribut pasir

d)

Tindakan fros

4.

Kombinasi yang manakah benar tentang sungai dan bentuk muka bumi yang terhasil?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Bagaimanakah proses penambakan laut memberi kesan terhadap alam sekitar?

a)

Pencemaran air laut

b)

Peningkatan aras laut

c)

Ombak laut semakin besar

d)

Spesies baharu hidupan laut wujud

6.

Soalan 6 berdasarkan Rajah berikut.

Apakah lapisan X?

a)

SIAL

b)

SIMA

c)

Mantel

d)

Teras Bumi

7.

Apakah proses luluhawa fizikal yang paling dominan di kawasan tropika lembap?

a)

Perubahan ekstrem

b)

Basah Kering

c)

Penghabluran garam

d)

Tindakan Ibun

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan taburan suhu di stesen X.

Berapakah julat suhu tahunan di stesen X?

a)

1oC

b)

2oC

c)

3oC

d)

4oC

9.

Mengapakah spesies hidupan liar dalam Foto perlu dikekalkan dalam hutan di Malaysia?

a)

Sumber tarikan pelancong

b)

Bertindak sebagai pengeluar

c)

Mengawal hutan daripada diceroboh

d)

Memelihara keseimbangan ekosistem hutan

10.

Apakah kesan penebangan Hutan Paya Bakau terhadap alam sekitar?

a)

Pencemaran air laut

b)

Perubahan aras laut

c)

Kemusnahan hidupan akuatik

d)

Kemasinan air laut meningkat

11.

Mengapakah tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada tumbuhan lantai Hutan Hujan Tropika?

a)

Spesies hidupan liar kurang

b)

Bekalan karbon dioksida banyak

c)

Hujan sampai terus ke permukaan bumi

d)

Tumbuhan bahagian bawah menerima pancaran matahari

12.

Foto menunjukkan sumber semulajadi di Malaysia.

Apakah langkah yang boleh diambil bagi memastikan sumber tersebut terpelihara?

a)

Mewartakan hutan simpan

b)

Penghutanan semula

c)

Penebangan terpilih

d)

Ladang hutan

13.

Binatang seperti unta banyak terdapat di kawasan berlorek pada peta yang bertanda?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

14.

Mengapakah kawasan berlorek P dan Q berpenduduk padat?

a)

Kawasan bebas cukai

b)

Kawasan perlombongan bijih timah

c)

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi

d)

Kewujudan lapangan terbang antarabangsa

15.

Kerajaan Malaysia mensasarkan bilangan penduduk berjumlah 70 juta orang menjelang tahun 2100.

Apakah kepentingan sasaran tersebut terhadap ekonomi negara?

a)

Mengeratkan hubungan diplomatik

b)

Memperluaskan pasaran domestik

c)

Meningkatkan taraf pendidikan

d)

Meningkatkan keselamatan negara

16.

Jadual menunjukkan kadar perubahan penduduk semula jadi pada tahun 1990 di negara X.

Berapakah kadar perubahan penduduk semula jadi negara X?

a)

4.5 bagi setiap 1000 orang

b)

21 bagi setiap 1000 orang

c)

30 bagi setiap 1000 orang

d)

25.5 bagi setiap 1000 orang

17.

Berikut adalah masalah kependudukan di sesebuah negara.

•    Kadar celik huruf rendah

•    Taraf hidup rendah

Apakah yang menyebabkan berlakunya masalah kependudukan tersebut?

a)

Kadar upah tinggi

b)

Jangka hayat tinggi

c)

Peluang pekerjaan terhad

d)

Kadar kelahiran kurang

18.

Negara manakah yang mempunyai ciri piramid penduduk berbentuk progresif?

a)

Jepun

b)

Kanada

c)

Malaysia

d)

Singapura

19.

Apakah faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa ke Malaysia?

a)

Kemudahan infrastruktur tersedia

b)

Jaringan pengangkutan yang cekap

c)

Banyak peluang pekerjaan

d)

Pembukaan bandar baharu

20.

Apakah langkah untuk mengatasi masalah kependudukan di negara kurang penduduk?

I            Mengamalkan perancang keluarga

II           Meningkatkan taraf pendidikan

III          Melanjutkan umur bersara

 IV          Meningkatkan kemasukan tenaga kerja asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi di sesebuah negara?

a)

Berkahwin lewat

b)

Taraf hidup tinggi

c)

Wanita berkerjaya

d)

Taraf pendidikan rendah

22.

Apakah kesan sosial akibat proses pembandaran di Kuala Lumpur?

a)

Kejadian banjir kilat

b)

Perubahan landskap

c)

Kawasan setinggan

d)

Perluasan kawasan bandar

23.

Kegiatan memproses sumber mineral telah mempengaruhi proses pembandaran sebuah bandar. Namakan contoh bandar tersebut?

a)

Rompin, Pahang

b)

Bintulu, Sarawak

c)

Kundasang, Sabah

d)

Kota Bharu, Kelantan

24.

Mengapakah sungai masih lagi penting sebagai jalan pengangkutan di Sabah dan Sarawak?

a)

Tidak tercemar

b)

Jaringan jalan raya terhad

c)

Merupakan pengangkutan tradisi

d)

Darjah ketersampaian tinggi

25.

Apakah kepentingan pengangkutan udara terhadap pembangunan sosial negara Malaysia?

a)

Meningkatkan nilai eksport

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Meningkatkan integrasi penduduk

d)

Memperkembang sektor pembuatan

26.

Apakah sumbangan jaringan lebuh raya terhadap perkembangan ekonomi?

a)

Darjah ketersampaian tinggi

b)

Mobiliti penduduk tinggi

c)

Mencantikkan landskap

d)

Pasaran barangan luas

27.

Sumber yang manakah tidak boleh diperbaharui?

a)

Air

b)

Biomas

c)

Geoterma

d)

Mineral

28.

Antara berikut, yang manakah menerangkan kepentingan penerokaan sumber mineral di kawasan berlorek dalam Peta?

I Kewujudan bandar baharu

Il Menjadi tumpuan pelancong

III Pembinaan pelabuhan kontena

IV Perkembangan industri petrokimia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah bahan mineral yang digunakan untuk menghasilkan produk dalam Foto?

a)

Bauksit

b)

Granit

c)

Kaolin

d)

Batu Kapur

30.

Maklumat berikut merupakan faktor tarikan pelancong.

·         Gua batu kapur

·      Kepelbagaian flora dan fauna

Apakah jenis pelancongan yang berkaitan dengan faktor tersebut?

a)

Ekopelancongan

b)

Agropelancongan

c)

Pelancongan bertema

d)

Pelancongan sukan dan rekreasi

31.

Apakah kesan penerokaan hutan terhadap komponen abiotik?

a)

Fotosintesis terjejas

b)

Nutrien tanah bcrkurangan

c)

Rantaian makanan terjejas

d)

Kemusnahan habitat flora dan fauna

32.

Berikut merupakan lokasi kegiatan ekonomi.

•     Shah Alam, Selangor

•     Bayan Lepas, Pulau Pinang

Apakah kegiatan ekonomi yang mempengaruhi kepadatan penduduk kawasan tersebut?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pelancongan

d)

Perlombongan

33.

Apakah kepentingan bioteknologi di Malaysia?

a)

Pengangkutan

b)

Sumber perubatan   

c)

Telekomunikasi

d)

Pelancongan

34.

Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat?

a)

Kawasan perlombongan emas

b)

Kawasan pelancongan menarik

c)

Pusat perindustrian kraf tangan

d)

Terdapat tanah subur untuk pertanian

35.

Apakah kesan kegiatan pertanian berikut terhadap alam sekitar?

·         Pertanian giat

·         Amalan tanaman sejenis

a)

Kemarau

b)

Tanah runtuh

c)

Pemiskinan tanih

d)

Suhu setempat meningkat

36.

Apakah faktor yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi seperti dalam Foto?

a)

Kemudahan pelabuhan

b)

Penggunaan alat sonar

c)

Pembinaan tukun tiruan

d)

Kemudahan pinjaman modal

37.

Di kawasan manakah berlakunya kejadian hujan asid?

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

38.

Apakah tujuan utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diwujudkan?

a)

Menggalakkan pelaburan luar langsung

b)

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serantau

c)

Menggalakkan pembangunan dan reformasi ekonomi

d)

Menggalakkan perdagangan terbuka dan kerjasama ekonomi

39.

Bagaimanakah aktiviti penambakan laut memberi kesan terhadap kawasan   

pinggir laut?

a)

Perubahan aras laut

b)

Habitat akuatik terganggu

c)

Kekuatan ombak berkurangan

d)

Pertambahan hutan paya bakau

40.

Mengapakah projek pembinaan perlu menyediakan landskap hijau?

a)

Menyederhanakan suhu

b)

Mewujudkan kawasan tadahan air

c)

Mengurangkan masalah banjir kilat

d)

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas