wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN ULANGKAJI GEOGRAFI TINGKATAN 4 (1)

Total questions: 70

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Apakah proses luluhawa pada gambar di atas?

a)

Tindakan ibun

b)

Pelepasan tekanan

c)

Penyepaian batuan

d)

Penghabluran garam

2.

Proses luluhawa yang menyebabkan pereputan dan penyepaian batuan secara berlapis-lapis dikenali sebagai...

a)

A. luluhawa larutan

b)

B. luluhawa mekanik

c)

C. luluhawa organik

d)

D. luluhawa kimia

3.

Manakah yang berikut merupakan faktor luluh hawa yang berkaitan dengan pernyataan di bawah?


  • Pembinaan
  • Pengkuarian
  • Perlombongan
a)

A. Masa

b)

B. Iklim

c)

C. Biotik

d)

D. Batuan

4.

Apakah proses luluh hawa kimia yang bertindak balas dengan oksigen?

a)

A. Penghidratan

b)

B. Pengkarbonan

c)

C. Pengoksidaan

d)

D. Hidrolisis

5.

Antara berikut yang manakah merupakan proses kembang kecut batuan akibat perubahan suhu ekstrem


I Pengelupasan

II Basah kering batuan

III Pelepasan tekanan

IV Pemecahan bongkah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

6.

Maklumat berikut merujuk kepada proses yang berlaku di kawasan

I Batu Caves (Selangor)

II Gua Niah (Sarawak)

III Tanjung Aru (Sabah)

IV Gunung Tahan (Pahang)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah jenis luluh hawa dalam gambar tersebutu

a)

Luluh hawa fizikal

b)

Luluh hawa kimia

c)

Luluh hawa biologi

d)

Luluh hawa biotik

8.

Apakah jenis luluh hawa fizikal dalam gambar tersebut?

a)

Pemecahan bongkah

b)

Penyepaian

c)

Pengelupasan

9.

Antara berikut, yang manakah proses luluh hawa?

a)

Tanah runtuh

b)

Banjir

c)

Tindakan fros

d)

Kemarau

10.

Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan luluh hawa fizikal?

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengkarbonan

d)

Penghabluran garam

11.

Luluh hawa fizikal begitu dominan di kawasan gurun kerana...

a)

akar tumbuhan yang panjang

b)

proses kembang kecut berlaku secara giat

c)

larutan air bercampur dengan asid karbonik

d)

pelepasan tekanan berlaku dari dasar tanah

12.

Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan proses luluh hawa giat berlaku?

a)

Ekopelancongan

b)

perikanan air tawar

c)

pengkuarian di bukit

d)

pembinaan empangan

13.

Apakah yang menyebabkan luluh hawa daripada aktiviti manusia menjadi semakin dominan di kawasan lereng-lereng bukit?

a)

Tenaga buruh yang ramai

b)

Penggunaan jentera berat

c)

Aktiviti pertanian yang giat

d)

Aktiviti rekreasi mendaki bukit

14.

Apakah jenis luluhawa kimia yang membentuk pandang darat fizikal dalam foto di sebelah? (SPM 2017)

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

15.

Antara berikut yang manakah merupakan proses luluh hawa fizikal?

a)

Tindakan akar

b)

Tindakan fros

c)

Pengkarbonan

d)

Larutan

16.

Antara yang berikut, proses manakah terlibat dalam membentuk batuan metamorfosis?

a)

Haba tinggi dan tindak balas kimia

b)

Regangan dan mampatan

c)

Tekanan tinggi dan haba tinggi

d)

Regangan dan tindak balas kimia

17.

Antara jenis batuan berikut, yang manakah digunakan untuk pembinaan jalan raya dan bangunan?

a)

Batu pasir

b)

Granit

c)

Tanah liat

d)

Batu kapur

18.

Antara berikut pasangan manakah benar?

a)

Pertembungan plat tektonik - Tegangan kerak bumi terhasil

b)

Pencapahan plat tektonik - Mampatan kerak bumi terhasil

c)

Lipatan kerak bumi - Menghasilkan gunung bongkah

d)

Gelinciran kerak bumi - Menghasilkan graben dan horst

19.

Proses manakah yang menyebabkan pertembungan plat-plat tektonik?

a)

Luluhawa

b)

Gerakan jisim

c)

Hakisan

d)

Arus perolakan

20.

Sebahagian besar Batu Caves di Kuala Lumpur terdiri daripada

a)

batu igneus

b)

batu pasir

c)

batu rigolit

d)

batu kapur

21.

Struktur bumi terdapat beberapa lapisan. Di lapisan manakah terletaknya SIMA dan SIAL?

a)

Mantel

b)

Teras luar

c)

Kerak bumi

d)

Teras dalam

22.

Apakah proses luluhawa yang berkesan di kawasan batu kapur?

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

23.

Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk di dasar laut sekiranya pencapahan plat berlaku?

a)

Arka pulau

b)

Jurang lautan

c)

Banjaran gunung lipat

d)

Permatang tengah lautan

24.

Bagaimankah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim?

a)

Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau

b)

Pembinaan pelabuhan perikanan di pinggir laut

c)

Pembinaan petempatan di kawasan cerun bukit

d)

Pembajakan tanah untuk penanaman padi di kawasan delta

25.

Di kawasan gunung berapi, lapisan tanih lava yang tepu air menyebabkan hujan mengalir dengan pantas menuruni cerun. Jenis gerakan jisim yang dihuraikan di atas ialah

a)

aliran tanih

b)

aliran lumpur

c)

jatuhan batuan

d)

gelongsoran batuan

26.

Kejadian gempa bumi yang kuat di dasar laut boleh menyebabkan berlakunya

a)

taufan

b)

el-nino

c)

jerebu

d)

tsunami

27.

Apakah pandang darat yang terhasil daripada luluhawa jenis pengkarbonan?

a)

Air terjun

b)

Padang pasir

c)

Gerbang laut

d)

Gua batu kapur

28.

Apakah yang akan terbentuk apabila berlakunya pencapahan plat benua dan plat benua?

a)

Lurah gelinciran

b)

Jurang lautan

c)

Gunung lipat

d)

Arka pulau

29.

Bagaimanakah proses gerakan jisim dapat dikurangkan?

a)

Menjalankan aktiviti pertanian di cerun

b)

Membina benteng pemecah ombak

c)

Menanam pokok di pinggir pantai

d)

Membina teres di lereng bukit

30.

Apakah faktor fizikal yang menyebabkan aliran lumpur berlaku?

a)

Cerun landai

b)

Pembinaan petempatan

c)

Hujan yang lebat

d)

Pertanian di lereng bukit

31.

Kerak bumi terdapat 2 lapisan iaitu

a)

Teras luar dan teras dalam

b)

Sial dan Sima

c)

Mantel dan teras dalam

d)

Teras luar dan sima

32.

Lapisan SIAL kaya dengan

a)

SILIKA & ALUMINIUM

b)

SILIKA & MAGNESIUM

c)

astenosfera

33.

Lapisan SIMA kaya dengan

a)

Silika & Aluminium

b)

Silika & Magnesium

c)

Logam nikel & besi

34.

Kesan pertembungan Plat Lautan dengan Plat Lautan adalah

a)

Jurang lautan dan arka pula

b)

Banjaran gunung lipat

c)

Permatang tengah lautan

d)

Lurah gelinciran

35.

Plat benua terdiri daripada

a)

Plat pasifik & Plat antartika

b)

Plat pasifik dan Plat Amerika Utara

c)

Plat Amerika Utara dan Plat Amerika Selatan

d)

Plat Afrika & Plat Pasifik

36.

Gambar tersebut menunjukkan kesan kejadian

a)

Gunung berapi

b)

Gempa bumi

c)

Tsunami

d)

Banjir kilat

37.

Gambar berikut menunjukkan kejadian

a)

Banjir

b)

Gunung berapi

c)

Gempa bumi

d)

Banjir kilat

38.

Terdapat 3 jenis batuan

a)

Igneus, enapan, metamorfosis

b)

Igneus, Granit, Gabro

c)

Metamorfosis, marmar, kuartzit

d)

Batu kapur, Igneus, Pasir

39.

Batu Igneus rejahan terdiri dari

a)

gabro, granit,

b)

Gabro, Pumis

c)

Basalt, Granit

d)

Gabro, Obsidian

40.

Batu Igneus terbentuk daripada

a)

Proses penyejukan dan pemejalan marmar

b)

Proses mendapan dan mampatan serpihan batuan dan sedimen

c)

Proses penyejukan dan pemejalan magma & lava

41.

Batuan Enapan terbentuk dari

a)

Proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava

b)

Proses mendapan dan mampatan serpihan batuan dan sedimen

c)

Proses metamorfosis suhu dan tekanan tinggi pada batuan

42.

Kepentingan batuan metamorfosis adalah

a)

Dijadikan sebagai barang kemas & perhiasan wanita

b)

Bahan utama pembuatan simen dan kapur

c)

Membina jalan raya dan jalan kereta api

43.

Kepentingan batuan enapan adalah

a)

Bahan utama dalan pembuatan simen dan kapur

b)

Membuat balast landasan kereta api

c)

Membina jalan raya

d)

Digunakan dalam pembinaan bangunan dan rumah seperti lantai

44.

Apakah kesan kejadian tersebut terhadap alam sekitar?

a)

Hakisan tanah

b)

Industri perabot menurun

c)

Keseimbangan ekosistem terjejas

d)

Eksort kayu balak menurun

45.

Lumpur bergerak dengan cepat dan membentuk kipas aluvium. Apakah jenis pergerakan jisim tersebut?

a)

Gelangsar

b)

Tanah runtuh

c)

Kesotan tanih

d)

Aliran lumpur

46.

Pertambahan penduduk sesebuah negara dipengaruhi oleh faktor

a)

Emigrasi

b)

Kadar kematian

c)

kadar kelahiran

d)

kepadatan penduduk

47.

Pertumbuhan penduduk positif bermaksud

a)

kadar kelahiran melebihi kadar kematian

b)

kadar kematian melebihi kadar kelahiran

c)

Migrasi masuk sama dengan kadar kelahiran

d)

Migrasi keluar sama dengan kadar kematian

48.

Kawasan penduduk padat adalah di kawasan

a)

pertanian

b)

perikanan

c)

pembalakan

d)

perindustrian

49.

Kawasan Mersing dan Kuala Besut dapat dikaitkan dengan

a)

penduduk padat

b)

penduduk jarang

c)

penduduk sederhana

d)

kepadatan rendah

50.

Kawasan seperti Delta Kelantan dan Delta Kedah Perlis dapat dikaitkan dengan

a)

penduduk padat

b)

penduduk jarang

c)

penduduk sederhana

d)

kepadatan rendah

51.

Ciri petempatan luar bandar adalah

a)

kepadatan penduduk tinggi

b)

kegiatan perindustian dan perbankan

c)

menjalankan industri keropok dan kraftangan

d)

jumlah penduduk lebih daripada 10,000 orang

52.

Kuala Lumpur dan Seremban merupakan kawasan petempatan awal kerana faktor

a)

pertanian

b)

perikanan

c)

pembalakan

d)

perlombongan

53.

Kejadian Pulau Haba dapat dikaitkan dengan

a)

Kegiatan Pembalakan

b)

Pembinaan kolam dan takungan air

c)

Bangunan Konkrit

d)

Penanaman kelapa Sawit

54.

Kesan kejadian hujan asid kepada manusia dan alam sekitar

a)

Jerebu

b)

Hasil Pertanian bertambah

c)

Kemusnahan tanaman

d)

Imunisasi semakin baik

55.

Apakah punca kualiti udara semakin merosot

a)

Pembinaan jalan raya

b)

Pertanian tanah tinggi

c)

Pembalakan haram

d)

Pembakaran hutan

56.

Batuan seperti arang batu dan batu kapur terhasil daripada proses

a)

pembekuan magma

b)

pemendapan bahan

c)

penyimenan bahan

d)

pengaliran magma

57.

(Kedalaman kurang 180 meter dan Kaya dengan Plankton).Bentuk muka bumi yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut ialah

a)

Arka Pulau

b)

Jurang Lautan

c)

Pentas Benua

d)

Cangkat Benua

58.

Apakah kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian gerakan jisim di Malaysia?

a)

Penanaman padi di tanah pamah

b)

Perikanan akuakultur di pinggir laut

c)

Perlombongan petroleum di luar pantai      

d)

Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi

59.

Bagaimanakah bahan yang halus dan ringan diangkut oleh aliran sungai?

a)

Larutan

b)

Seretan

c)

Ampaian

d)

Golekan

60.

Faktor penentu pergerakan jisim di kawasan cerun curam ialah

a)

litupan tumbuhan

b)

kelembapan regolit

c)

jumlah air yang cukup

d)

struktur dan kestabilan cerun

61.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh?

          

a)

Aktiviti pertanian pindah

b)

Pembinaan jalan raya dilereng bukit

c)

Hujan lebat yang berterusan dan lama

d)

Aktiviti pengkuarian yang tidak terkawal

62.

Luluh hawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun kerana 

a)

Kekurangan tumbuhan di kawasan gurun

b)

Proses beku cair berlaku pada batuan

c)

Perubahan suhu yang ekstrem

d)

Rekahan pada batuan

63.

Aktiviti penambakan laut menyebabkan

a)

zon penampan musnah

b)

hakisan pantai berkurang

c)

kemasinan air laut meningkat

d)

rantaian makanan tidak terjejas

64.

Situasi manakah menunjukkan kesan taburan penduduk jarang?

a)

Guna tenaga bertambah

b)

Persaingan guna tanah tinggi

c)

Kawasan setinggan meningkat

d)

Pasaran barangan domestik kurang

65.

Kirakan kadar pertumbuhan semula jadi penduduk di Negara P sekiranya peratus kadar kelahiran ialah 2.3%, peratus kadar kematian ialah 0.6% dan peratus kadar migrasi bersih ialah 0.2%.

a)

2.9%

b)

1.9%

c)

1.7%

d)

1.5%

66.

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembentukan piramid terganggu?

a)

Berlakunya sebaran penyakit berjangkit

b)

Berlakunya peralihan politik yang positif

c)

Berlakunya peningkatan tahap kesihatan penduduk

d)

Berlakunya peningkatan tahap pendidikan penduduk

67.

Apakah faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi antarabangsa?

a)

Bencana alam

b)

Kadar upah tinggi

c)

Kurang peluang pekerjaan

d)

Keadaan politik yang tidak stabil

68.

Proses urbanisasi akan berlaku apabila

a)

Perubahan tempat tinggal penduduk

b)

Perkembangan kedudukan bandar

c)

Pertambahan kesesakan di bandar

d)

Perubahan cara hidup moden

69.

Apakah kesan yang berlaku akibat proses urbanisasi terhadap alam sekitar?

a)

Pencemaran air

b)

Kesesakan lalu lintas

c)

Taraf hidup meningkat

d)

Kawasan hijau bertambah

70.

Apakah faktor yang mempengaruhi urbanisasi di Malaysia?

a)

Pertambahan penduduk

b)

Pencemaran udara

c)

Perubahan suhu

d)

Peningkatan kawasan hijau