wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu T1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Syahir dan Razi ___________ apabila mendengar suara yang merdu daripada guru-guru di sekolahnya.

a)

tertawa

b)

tersenyum

c)

teruja

d)

terkedu

2.

Peserta ekspedisi berjaya mendaki Gunung Kinabalu dengan bantuan _______________ arah yang berpengalaman.

a)

jurumudi

b)

jurutunjuk

c)

jurulatih

d)

jurupandu

3.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan BETUL.

I Pada malam itu, bunyi kilat yang kuat telah menakutkan penduduk Kampung Seroja.

II Dia pulang ke rumah pada pukul 10 malam.

III Pada siapakah hadiah ini hendak diberikan?

IV Kes kehilangan budak mestilah dilaporkan pada pihak polis.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

4.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan BETUL.

I Perempuan itu menjinjing sebaldi air di atas kepalanya untuk kegunaan dalam masakan.

II Atlet itu menjinjing harapan untuk memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.

III Ibu menjinjing bakul sambil memilih bahan masakan di pasar raya.

IV Guru penasihat sedang mengagihkan tugas kepada ahli pengakap seperti menanak nasi, menjinjing air dan mendirikan khemah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I dan III

d)

II, III dan IV

5.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Lain-lain hal yang kurang penting tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

a)

Hal lain-lain

b)

Lain hal

c)

Hal-hal lain

d)

Lain-lain hal

6.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Koleksi Butik Cempaka mengetengahkan fesyen pakaian tradisional wanita seperti baju kurung dan baju kebaya.

a)

Butik Cempaka Koleksi

b)

Butik Koleksi Cempaka

c)

Cempaka Butik Koleksi

d)

Koleksi Butik Cempaka

7.

Pilih ayat-ayat yang BETUL.

I Abang membantu ayah memasang kuda-kuda pada kerangka bumbung rumah baharu kami.

II Beberapa orang kanak-kanak sedang berkejar-kejaran di padang.

III Kak Rohana gemar memakai wangi-wangi sebelum ke tempat kerja.

IV Cikgu Ahmad meletakkan buku-buku yang baru dibelinya di perpustakaan.

a)

I dan IV

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

8.

Pilih ayat-ayat yang BETUL.

I Ibu menghidangkan goreng pisang untuk minum petang.

II Cikgu Liza mencadangkan projek mini zoo dalam aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.

III Rendang daging merupakan makanan istimewa setiap kali hari raya.

IV Ibu menuangkan sos cili ke dalam pinggan ayah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

9.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.

"Amalan gotong-royong perlu dipupuk dalam kalangan murid untuk melahirkan masyarakat yang harmoni."

a)

Masyarakat yang harmoni akan memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan murid.

b)

Amalan gotong-royong dalam masyarakat yang harmoni perlu dipupuk dalam kalangan murid.

c)

Untuk melahirkan mayarakat yang harmoni, amalan gotong-royong perlu dipupuk dalam kalangan murid.

d)

Keharmonian dalam masyarakat membolehkan amalan gotong-royong dipupuk dalam kalangan murid.

10.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Sempena sambutan Hari Polis baru-baru ini, anggota polis yang ________________itu telah dianugerahi pingat.

a)

cepat seperti kilat

b)

kuat seperti guruh

c)

berani seperti singa

d)

bebas seperti burung

11.

Berdasarkan petikan, rangkai kata semakin melarat membawa maksud...

Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

a)

menjadi sakit

b)

menjadi kronik

c)

bertambah kritikal

d)

bertambah sengsara

12.

Yang berikut merupakan keadaan Lim Pooi, KECUALI ...

Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

a)

kuyu

b)

risau

c)

kurus

d)

cengkung

13.

Berdasarkan petikan, apakah persoalan yang PALING TEPAT dengan pernyataan tersebut?

Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

a)

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.

b)

Keinsafan akan kesalahan yang dilakukan.

c)

Kemaafan terhadap perbuatan yang lalu.

d)

Keprihatinan akan masalah yang dihadapi.

14.

Mengapakah Sim Pau mengharapkan kepulangan Lim Meng ?

Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

a)

Kesakitan yang dialami oleh Lim Pooi

b)

Memujuk Lim Pooi untuk berjumpa dengan doktor

c)

Memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

d)

Tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

15.

"Lim Meng baliklah nak, papa kau dah tak marahkan kau lagi."

Apakah persoalan yang paling TEPAT dengan pernyataan di atas?

a)

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.

b)

Kemaafan terhadap kesilapan yang lalu.

c)

Keprihatinan terhadap sesuatu masalah.

d)

Keinsafan terhadap kesalahan lalu.