Font size
WorksheetsBab 3 sosiologi
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
1. Apakah maksud stratifikasi sosial?
Pembahagian peranan dalam keluarga
Perbezaan kelas sosial dalam masyarakat berdasarkan tahap sosialnya
Sistem pemerintahan yang berkaitan dengan ekonomi
Kewujudan struktur hierarki politik
2. Mengikut Karl Marx, apakah yang menentukan stratifikasi sosial?
Pendidikan dan latihan
Warisan dan perkahwinan
Institusi ekonomi dan kedudukan ekonomi
Hubungan antara pemimpin dan rakyat
Apakah contoh stratifikasi sosial secara semula jadi?
Hubungan senior dan junior
jawatan rasmi dalam organisasi
Pemilikan modal dalam era industri
Mengapakah murid daripada keluarga berstatus sosioekonomi tinggi lebih cenderung memperoleh pencapaian akademik yang baik?
Mereka kurang terdedah kepada teknologi
Mereka dipaksa oleh ibu bapa untuk belajar lebih banyak
Mereka lebih bijak secara semula jadi
Mereka mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan sumber
Apakah faktor utama yang menyebabkan ketidaksamaan politik dalam masyarakat?
Pengaruh politik dan dasar kerajaan
Perbezaan tahap pendidikan
Kurangnya pembangunan infrastruktur
Ketidakseimbangan dalam teknologi
Apakah kesan stratifikasi sosial terhadap sekolah?
Peningkatan kadar buta huruf
Pelebaran jurang status antara masyarakat
Penghapusan ketidaksamaan sosial
Mewujudkan pelbagai jenis sekolah dengan matlamat yang berbeza.
Bagaimana Model Pendidikan Berkualiti 6S dapat membantu menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan kerohanian?
Dengan penglibatan agensi kerajaan sahaja.
Dengan hanya menekankan kecemerlangan akademik tanpa mengambil kira nilai sahsiah
Dengan membiarkan murid belajar tanpa bimbingan ibu bapa atau sekolah.
Dengan kerjasama antara pentadbir, guru, ibu bapa, dan komuniti.
Jelaskan kepentingan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam membentuk generasi pelajar yang cemerlang.
Menghasilkan pelajar yang hanya berjaya dari aspek akademik.
Menggalakkan nilai sahsiah yang baik serta keseimbangan rohani dan emosi.
Membebankan ibu bapa dengan terlalu banyak aktiviti sekolah.
Mengabaikan peranan komuniti dalam pembangunan murid.
Apakah enam jenis penglibatan ibu bapa dalam pendidikan menurut Joyce Epstein (2009)?
Parenting (Keibubapaan)
Volunteering (Kesukarelawanan)
Ignoring (Mengabaikan sekolah)
Collaborating with the Community (Kerjasama dengan Komuniti Setempat)
Mengapa sikap lepas tangan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak boleh menimbulkan konflik dengan pihak sekolah?
Sikap lepas tangan ibu bapa menyebabkan pihak sekolah terpaksa memikul tanggungjawab penuh dalam mendidik pelajar.
Sikap ibu bapa tidak memberi kesan kepada perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.
Pihak sekolah tidak perlu mengambil kira peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Sikap ibu bapa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kecemerlangan pelajar di sekolah.
Bagaimanakah jurang lokasi tempat tinggal memberi kesan kepada akses pendidikan bagi pelajar luar bandar berbanding pelajar di kawasan bandar?
Masyarakat bandar mempunyai lebih banyak akses kepada kemudahan pendidikan seperti sekolah dan pusat pembelajaran.
Murid di luar bandar mempunyai akses pendidikan yang sama seperti murid di bandar tanpa sebarang kekangan.
Kekurangan kemudahan pendidikan di luar bandar menyebabkan ketidaksamaan dalam akses pendidikan.
Lokasi tempat tinggal tidak mempengaruhi kualiti pendidikan seseorang murid.
Mengapa stratifikasi sosial dalam masyarakat boleh mempengaruhi keutamaan seseorang terhadap pendidikan, dan apakah kesannya terhadap generasi akan datang?
Semua lapisan masyarakat mempunyai peluang yang sama dalam pendidikan tanpa dipengaruhi oleh faktor sosial.
Masyarakat yang mengutamakan pendidikan akan memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik.
Stratifikasi sosial dalam masyarakat tidak memberi sebarang kesan terhadap generasi akan datang.
