wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROSA MODEN

Total questions: 11

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Aku tidak mahu tersilap lagi. Aku ingin memohon maaf pada Rosa. Aku

sudah terbiasa dan terlatih untuk menjadi seorang berterus terang. Aku punya

amanah yang perlu disampaikan kepada setiap warga watanku. Aku hanya

menyampaikan sesuatu yang benar. Lantas aku tidak pantas berkias dalam

bicaraku.

Nyatakan perwatakan ‘aku’ berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen

tersebut.

a)

seorang yang insaf

b)

seorang yang meminta maaf

c)

Berterus terang dan meminta maaf

d)

Insaf dan berterus terang

2.

Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung kerana dilanda musibah

yang paling memedihkan. Ratu hati kami pergi menghadap Ilahi. Aku terasa sepi

sejak emak hilang daripada kami kerana emak tempat kami bermanja.

Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen

tersebut.

a)

Masyarakat yang berkasih sayang

b)

Masyarakat berkeluarga

c)

Masyarakat yang penyayang

d)

Masyarakat dalam kesedihan

3.

BLACKWAY: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu.

Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas,

penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah kami lakukan

dulu. Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah kami lakukan dulu.

Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang

pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk!

Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan drama tersebut.

a)

Nilai rasa malu

b)

Nilai keinsafan

c)

Nilai kemaafan

d)

Nilai kekejaman

4.

Tiada apa-apa yang wujud di atas pulau itu melainkan sebuah rumah api dan ketulan

batu-batu. la bukan pulau peranginan. Tetapi kedudukannya memberi kepentingan

kepada negara yang memilikinya.

Aku masih teringat semasa kami berbual secara online. Rosa begitu

bersemangat sekali mempertahankan negaranya.

Nyatakan dua teknik plot dalam petikan cerpen tersebut.

a)

Teknik imbas muka

b)

Teknik pemerian

c)

Teknik suspens

d)

teknik imbas kembali

5.

"Nora nak jadi dalang?"

"Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya. "

"Mana ada dalang perempuan, Nora."

"Yang tak ada itulah, kita kena adakan, pak cik."

Nyatakan satu sanjungan terhadap watak Nora dalam

petikan cerpen tersebut.

a)

Berani melakukan perubahan

b)

Mencintai warisan kesenian bangsa

c)

Bersunguh-sungguh dalam menuntut ilmu

d)

Berani membuat perkara baharu

6.

ANNA : Saya harap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala. Saya harap kasih

sayang anak dan ibu ini tambah kuat. Tambah lagi dengan cucunya yang manis,

Tina. Saya ini, apalah doktor, mengharapkan sesuatu yang tak kunjung datang.

Kadang-kadang saya tak percaya Zaki sampai boleh lupakan saya.

Nyatakan satu pandangan terhadap pengajaran berserta contoh dalam petikan drama

tersebut.

a)

Kita hendaklah sanggup berkorban untuk menjamin

kejayaan ahli keluarga

b)

Kita hendaklah sanggup berkorban untuk menjamin

kesejahteraan ahli keluarga

c)

Kita hendaklah berharap agar orang lain sentiasa dalam keadaan yang baik

d)

Kita hendaklah bersangka baik terhadap orang lain bagi

mengelakkan salah faham dalam perhubungan

7.

ANNA : Aku tahu sia-sia saja aku duduk lebih lama lagi bersamamu, Zaki.

Kau ahli sejarah, mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap bangsa dan tanah

airmu.

Nyatakan dua pengajaran berserta contoh berdasarkan petikan drama tersebut.

a)

Kita janganlah berprasangka terhadap orang lain

b)

Kita hendaklah sayang / setia akan negara

c)

Kita janganlah mudah berputus asa

d)

Kita hendaklah memohon maaf atas kesilapan yang telah

dilakukan

8.

SUARA GHAIB THOMAS CARPENTAR: Engkau akan tahu nanti,

mereka tak sama seperti kita. Aku kira Zaki lebih setia kepada ibunya daripada

engkau sendiri. Engkau akan ke tepi.

Nyatakan satu citra masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama

tersebut.

a)

Gambaran masyarakat yang mementingkan diri/

individualistik

b)

Gambaran masyarakat yang hidup bersatu / bekerjasama

c)

Gambaran masyarakat yang kejam

d)

Gambaran masyarakat yang lebih mementingkan / setia

terhadap ibu dalam hidup

9.

Penduduk-penduduk kampung tertanya-tanya akan agenda randau. Tetapi

Penghulu Sudin membisu seribu bahasa. Memang begitulah sikap Penghulu

Sudin selama menjawat jawatan penghulu di Kampung Kuah. Dia tidak pernah

berterus terang kepaada penduduk kampung, lebih-lebih lagi kepada Sahat.

Huraikan satu saranan terhadap perwatakan penghulu Sudin berdasarkan petikan

cerpen tersebut.

a)

Berterus-terang/jujur dalam melaksanakan tugas

b)

Berdiam diri lebih baik daripada menimbulkan fitnah

c)

Sabar/ tenang dalam menyelesaikan masalah

d)

Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas dan amanah

10.

Siang berganti malam dan malam bertukar menjadi siang. Nora benar-benar

mewarisi ilmu pendalangan Pak Yasok. Upacara memperlimaukan murid akan

diadakan. Abah dan mama Nora dari Kuala Lumpur juga balik ke Kelantan untuk

melihat upacara memperlimaukan Nora menjadi dalang. Anak dan cucunya dipanggil

balik oleh Pak Yasok dan Mak Esah. Pak Yasok akan menyerahkan panggung

wayangnya kepada pewaris tradisi ilmunya.

Nyatakan dua latar masa yang terdapat dalam petikan tersebut.

a)

siang berganti malam

b)

malam bertukar menjadi siang

c)

siang

d)

malam

11.

Namun, kami tidak melupakanmu kerana kami menganyam benih-benih kasih ke

warna darah tubuh kami. Kami bangsa yang tidak tahu melupakan nilai setia

kawan kerana kami tidak bisa berubah mengikut rentak arus ganas yang

melanda dunia kami dan duniamu juga.

Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen

tersebut.

a)

sinkope

b)

repitisi frasa

c)

metafora

d)

kata ganda